BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 12, 2009

05/04/2011??

Salam pertemuan kembali..
lama rasanya x update blog ni..

ha..tarikh tu ek..?? actually, posting kali ni berbeza sikit.. betul kot kata org, bila kita dah bercinta sesama makhluk, baru kita tau nilai kecintaan tu..

kepada yang berkenaan dan tau perihal tarikh ni, ketahuilah, ku x kan mengharap lagi pada cinta mu yang palsu.. ni janji ku.. terpulang padamu untuk menilai diriku.. kata2 dlu, ku tarik semula..

"ermm..susah jgak hendak fikirkan...
apatah lagi ia melibatkan hati dan perasaan..

"Bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu dan sesungguhnya kamu didalam penglihatan kami.."
-At Thuur [52:48]

janganlah berHARAP pada insan yg belum tentu JADI pilihan kita...
berHARAPlah pada JANJI ALLAH yg pasti utk kita..
-Alangkah indahnya janji2 Allah didalam firmannya..:-

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.."
-Surah Al-baqarah : 216

dan juga :-

"pempuan2 yg keji utk laki2 yg keji,dan laki2 yg keji utk pempuan2 yg keji,sedangkan
perempuan-perempuan yg baik utk laki2 yg baik,
dan laki2 yg baik utk perempuan2 yg baik, mereka itu bersih dari kejian orang.
Mereka peroleh keampunan dan rezki yg mulia(syurga)"
-surah An-Nur :26

-Jadi percayalah dan mohonlah pada Tuhan..
supaya dikurniakan pasangan yg baik utk kita..
sedangkan jodoh itu kurniaan Allah pada hamba2nya...

-Indah..indah dan sungguh indah ayat2 al-quran..
-janjiNYA pasti berlaku..

p/s:

maaf andai ada tersilap kata ye..
moga diampunkan segala dosa kita yg telah dilakukan dan yg akan dilakukan..
insyaAllah...

-BERSEMANGATLAH...dunia ini belum layak utk kita tangisi kerna kita diberikan Allah peluang utk menebus kesilapan kita..

-Salam ukhwah..salam pertemuan..hehehe.."


tu la advice dari seorg shbt blogger.. tp, bukan jua kerananya aku berubah fikiran.. tp, kerana tindakan kau yang membuatkan aku semakin melupai mu..

kepada insan itu, ku mohon maaf.. hati ku telah pulih dek kerana pertemuan ku dgn seseorg.. insan yang aku sanjung budi pekertinya, insan yang aku hormati jua insan yang aku dambakan sebagai teman hidupku.. InsyALLAH.. dia lah insan itu, yang membuka pintu hatiku.. dan kerana dia, aku telah berjanji, untuk melupakan kisah kita.. janganlah kau ganggu ku lagi..

untuk insan yang baru aku kenali, aku sentiasa bersyukur kerana dapat mengenalimu, walaupun dalam tempoh yang terlalu singkat.. kisah cerita cinta kita sama.. smoga hati2 kita pulih sepenuhnya drpd insan yang sering melukakan hati2 ini..

"Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta ALLAH S.W.T penyuluh hidupku, moga kelak akan ada cinta untukku drpd insan yang mencintai ALLAH S.W.T sebagaimana cintaku terhadapNYA.."

p/s: hargailah setiap insan yang mencintai kita, dan kita mohon padaNYA supaya dialah cinta sejati kita, dunia dan akhirat.. Amin..

0 comments: