BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 3, 2009

+ 13 WASIAT RASULULLAH SAW +



Salam 1 Malaysia..

Lama rasanya tak update blog ni, walaupun everyday view.. hari ini, kesempatan itu mengizinkan utk aku mencoretkan beberapa patah di sini sebagai perkongsian dengan kalian semua.. *agak skema bahasa ku skrg, mungkin sudah matang, dulu bebudak lagi..*

First time seorang bloggers tanya aku, “npe tak update blog??” Tiba2 aku teringat kata-kata Haniff, teman bloggers Selebar Senyuman Bersama, followers akan tnya kenapa kita tak update blog.. Malam ini, aku just nak share 1 Wasiat Rasulullah SAW.. sebab aku rasa, apa yang kita buat selama ini ada cacat cela di sisi ALLAH SWT.. terasa rugi plak klu ilmu yang aku ada, tp aku tak dapat share dengan org lain..

Let’s check it out..
adakah tindak tanduk kita selaras dengan suruhanNya??

Rasulullah SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah SAW melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Rasulullah SAW kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:


Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
[adakah kalian mengamalkannya??]

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
[semakin berleluasa golongan ini di dunia, kadang2, kita yg tau psl bnda ni pn tak nak tegur, betul x??]

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
[lebih baik mengumpat dari beristighfar, tu la yg kita selalu buat.. lupa padaNYA..]

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
[ni problem aku, sampai hari ni, aku tak leh nak maafkan jiran aku.. hati aku sakit sgt bila dia tuduh mak ayah aku tak pandai nak jaga anak (aku la).. sesedap sesuka hati je main tduh2 family org.. dpn kami, dia burukkan hal family lain.. semua jiran2 dengar je apa yg dia cakap, tp diorg tak percaya.. sebab sume dah kena kelentong sama makcik ni..]

p/s: Org disekeliling tak mampu memberikan tafsiran siapa diri kita, kerana sesungguhnya hanya kita yang kenal siapa kita dan apa matlamat kita hidup di muka bumi ini.. kalau ada lagi wasiat2 yang tertinggal, inform la pada ku, smoga ilmu ini perkongsian buat kita bersama.. Renung2kan dan selamat beramal ~ Prof. Izzi.. (*_*)

4 comments:

::FAIZ:: said...

P3Perak~ Saya Suka Entri yg ni. Terima Kasih. Kita takleh tutup mulut orang. Biarkan saja orang nak cakap apa. Janji kita tau sapa diri kita.

Jogger said...

good effort sis

p3perak said...

to FAIZ FARISH:

ur welcome..
thanks again for reading this entry..
mmg pn, susah nk tutup mulut org..
dh org tu cakap kamu ni AKIM AF7, terima je la..
hehehehe..
be ur fans club..

p3perak said...

to Jogger:

thanks, bro..
ilmu, xleh kedekut..
sharing is caring??
btul x, Mr. black_mel??