BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 13, 2009

+ I LOVE U, APAKAH DOA ANDA?? +

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

dh 2-3 hari x update blog.. lawat2 blog org lain, then turun g gerai tolong family niaga.. sO, xde la bosan sgt dok umah cuiti ni.. heheheh.. aku suka kt entry ni.. my ex yg kasi dulu.. sumber tu, aku tak pasti dr mne plak..



Apakah doa kamu?"

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh
membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal
mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru.
Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh,
mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang
diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan
wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam
sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk
mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah
dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut
kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya
kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki
yang soleh akan menyuruh, malah kekadang
sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya
solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat,
sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan
suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si
suami kejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si
gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat
lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat
tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam
mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang
soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah
atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau
berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh
akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada
isteri kurang senang dengan perkara begini.
Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat
suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda
bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah
sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang
hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara
program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar
untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki
halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam.
Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda
dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara
hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid
sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak
suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua
ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya
melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan
sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda
mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada
ibunya), bila dah dapat, anda marah pula!
Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-
mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam
perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan
segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah
beri barang-barang mewah seperti rumah besar,
kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan
keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang
tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh,
tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada
maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu
perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini
memang mana-mana perempuan pantang, malah
membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu
anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai
oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat
suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang
dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh
tidak dapat memberikan sebahagian besar
daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak
perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana
doa untuk mendapatkan suami yang soleh,
mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-
isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan
pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya
mereka memilih akhirat.

p/s: yang baik dgn yang baik.. yang utk yang jahat..

p/s: doa korang apa plak??

11 comments:

Unknown said...

salu baca "doa melihat cermin"...

black_mel said...

act..dlm contaks berjuang tu sebenarnya bukan saha bekerja sampai mlm2 baru balik.kan islam itu mudah dan kesederhanaan dalam islam itu penting.so,kena bahagikan dunia dan akhirat.

bab kawin 4 pulak ditegaskan bagi yang mampu.so kalau tak mampu x kisah dari segi zahir/batin,tak bole kawin 4.

hisham said...

salam...u punye X yg bg...hhehe..ok ..tk cre

Ibu Ammar said...

aku suka laki pi masjid solat jemaah..pahala 27 kali ganda, suami dapat pahala, is3 pun dapat sama dapat pahala..

p3perak said...

to Miss N:
~iyep, sunat tu.. tp, kekadang je buat.. hehehe..


to black_mel:
~untungnya la spe yg dpt kamu ek.. setuju2..
Islam itu simple je.. tp, kita yg wt bnda2 ni jd remeh.. btul x??


to Hisham:
~wsalam.. kisah la, my ex kasi.. dia pn kategori ni gk.. lelaki2 soleh.. xde jodoh dh, redha je..


to nursarah87:
~kita leh dpt laki cm2 klu kita pn g masjid solat jemaah.. ALLAH dh janji, sesungguhnya, utk mendapat yg terbaik, kita mesti la baik..

Along said...

saya ni kira soleh la jgk..nk try bole je..kuota ada lg 3..tp kena tya tuan punya teratak usang dulu..

p3perak said...

to Mr_A:
dh kawen ek?? nk try apa ni??
ngak fhm sih..

Dak Wan® said...

Tukar doa untuk dapat suami jahat? Hehehe. Hari2 mmakan pelempang? Adeih.... Camner erk nak buat?

Sharinginfoz said...

apa yang penting happpy kan.... apa kata awak link saya dan saya akan link back....

http://peribadiz.blogspot.com/

p3perak said...

to Dak Wan:
~suami jahat, x mau kawen la terus..
nnt ada isu keganasan umahtgga plak gitu..
hehehe...


to Sharinginfoz:
~hidup kan happy, asalkan agama disanjung..
pasaknya iman dan syariat dijunjung..

ok.. already finish add ur links..

Blog Eazy Izzuddin said...

hype
salam petang