BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 1, 2009

+ Mrdaha End Year Contest: HELAIAN CINTA MESIR +



Salam 1 Malaysia

Apa yang kalian lakukan tatkala rindu menguasai diri? Rindu pada insani, rindu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.. bagiku, rindu padanya, insan yang bergelar Ahmad Mukhzani, seorang sahabat setia, yang saban waktu menemani tatkala aku ketandusan tinta-tinta dalam menerukan hidup ini.. mengapa entry ini yang aku fikirkan utk dikongsi bersama?

Mr. Ahmad, nun jauh di perantauan, mengejar sebuah cita-cita untuk menggenggam sekeping ijazah demi bergelar seorang ustaz yang bertauliah.. semoga dipermudahkan segala urusan dan impianmu di sana.. sebagai sahabat, setiap langkahmu, aku iringkan sebuah doa, agar persahabatan kita dan kejayaanmu di sana diberkati dan diredhai selalu..

Tanggal 26 September lalu, kau meninggalkanku tanpa sebarang ucap, pergi jauh meninggalkan aku di sini.. aku cuba menghubungimu, tapi, aku gagal.. namun, aku bukan lagi insan yang lemah, insan yang pernah kau hamburkan dengan kata yang pedih.. semangat yang kau tinggalkan buatku, segala kenangan kau dan aku, terpahat indah di sanubariku..

Kini, kau di tanah Mesir, menjejakkan kaki di Universiti Al-Azhar, mendalami ilmu yang kau dambakan saban waktu, untuk membuktikan kau mampu memperoleh Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah.. aku bangga mempunyai sahabat sepertimu, bercita-cita tinggi, penuh azam di dada..

tatkala aku membingkiskan kata-kata ini, ingatanku terleka dek pertama kali mendengar suaramu.. kau menghubungiku jauh diperantauan.. terlalu jauh jasad dan nyawa.. 5 November menjadi detik itu.. alangkah hampanya, saat itu aku perlu berjuang di medan final exam sem 5, panggilanmu hanya sebentar Cuma.. aku tak dapat menghubungimu kembali, no yang tertera di “private” kan.. aku tak mampu mencari jejakmu wahai sahabat.. namun, saban waktu, aku adalah insan yang setia, yang setia menunggu panggilan darimu yang tak kunjung tiba..

pernah suatu malam, kau minta aku tunaikan impianmu, mencari wanita yang mampu membuat kau bahagia, untuk kau memetiknya, menjadi suri di hatimu.. saat itu, harapanku musnah, namun ku relakan jua, demi kebahagianmu di hari muka.. Miss N, satu-satunya sahabatku, baik suka dan duka, segalanya aku kongsi bersama.. statusnya yang single, kelakuaanya yang elok, budi pekerti yang tatatertib, lantas aku kenalkannya kepadamu.. Sejak saat itu, Miss N telah salah anggap, Miss N sangka, aku yang memaksa dia bersamamu.. Niatku, hanya untuk membahagiakan kalian.. Miss N semakin mengelak untuk menjawab panggilan dariku, satu sms pn Miss N tak respon.. salahkah aku?

Bukan jodohmu dengan Miss N.. aku tak mampu menunaikan hasratmu sebelum kau berangkat ke sana.. semoga kau bertemu dengan gadis-gadis di sana, yang memenuhi segala hasrat dan citarasamu.. tiba-tiba terdetik lagi suaramu ingatanku, terlalu asyik aku melayan perasaan ini..

Miss Sha: Eeii.. tak suka la laki yang hisap rokok, tak macho langsung.. stop la smoking tu, lagipun tak elok la..

Mr. Ahmad: Awk tak boleh nak paksa sy, nak stop smoking.. kalau sy suruh awk pakai tudung labuh, awk nak tak?

Miss Sha: ~aku terkaku dan terpana~

Mr. Ahmad: ~then dia keluarkan semua hadis-hadis yang ada relate dengan menutup aurat~

Mr. Ahmad, memang kelakar, kadang-kadang time tengah marah pn, aku still boleh gelak besar dengar suara dia.. indahnya detik itu.. tapi, hampir ke saat ini, wajahnya belum aku ratapi, masih tak kelihatan.. sudah hampir dua tahun aku mengenalinya, ada saja alasan untuk aku mengelak apabila dia datang ke Terengganu.. aku malu, tak layak baginya.. cukuplah aku mengenalinya melalui telefon cap ayam ini.. dia terlalu hensem utk aku.. aku yang si buruk rupa, tak pantas bersamanya even sebagai teman..

Mr. Ahmad: kenapa awk gelap?

Miss Sha: memang sy gelap.. time lahir je putih, mkin besar, mkin hitam.. tak tau la kenapa.. sebab mak abah sy gelap juga.. tu la sebab sy gelap.. jab lagi, kalau sy cerah, orang tuduh sy anak luar nikah plak..

Mr. Ahmad: ~

Aku hambanya, terima segala kekurangan diri.. bukan aku minta lahir begini, inilah rahmat dariNYA.. soal sayang dan cinta.. adakah ini yang utama?? Cinta dan sayang berlandaskan warna kulit?? Sampai bilakah aku perlu meniti hidup ini tanpa menerima huluran cinta sang arjuna?? Adakah aku telah terkena sumpahan keturunan “Senandung SiDayang”??

Aku tidak pernah kesal siapakah aku sebenarnya.. bagiku, setiap hamba itu berpasangan.. lambat dan cepat, itulah jangakanya.. agar kalian bertemu dengan cinta insani, cinta yang mampu bersemi sehingga ke jannah..

“ Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta ALLAH S.W.T
penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada
insan yang mencintai ALLAH S.W.T sebagaimana cintaku
terhadapNYA... Amin”


p/s: spe2 yg de idea, suka karang ayat pnjang2, leh la join this contest [disini]

2 comments:

Jogger said...

nice done cik lionteen... mcm baca novel laaa... sy kasik A+++

p3perak said...

To Jogger:

thanks ek sudi baca entry pjg2 ni..
cita2 dulu nk jadi novelis, tp tersalah
pilih jalan.. sekarang sesat masuk akaun..
heheheheh...
(*_*)