BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 17, 2010

+ " Aried, Romantik itu bukan MIMPI!!" +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

Entry kali ini, realiti kehidupan yang aku teringin sangat nak kOngsi dengan kOrang.. bukan membuka aib mana2 pihak, tetapi sebagai tatapan bersama.. liku2 percintaan yang pernah aku alami [kisah benar].. sehingga kini, hati aku masih belum terbuka untuk mana2 insan yang bernama lelaki.. akulah pencinta setia.. kini dan selamanya, hanya DIA bersamaku, ALLAH SWT.. kerana ku yakin;


"Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta ALLAH S.W.T penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai ALLAH S.W.T sebagaimana cintaku terhadapNYA..."

~Coretan dariku untukmu~

Andai takdir akan menjemputku dalam masa terdekat ini
Yakinlah bahawa kau yang pernah menyentuhku
Tiada insan lain lagi yang bertakhta di dalam sanubariku ini
Puas aku cuba mencari peluang
Tapi, satu pun tidak kau hargai
Kini aku akan belajar menerima perpisahan ini
Andai itu yang mampu membahagiakan hidupmu kelak…

Andai jua warkah ini sampai di tanganmu
Mengertilah bahawa aku telah berputus asa dengan kehidupan ini
Kau senyap tanpa sebarang berita
Katamu dulu, kita bisa menjadi sahabat
Tapi, ke mana kau bila aku butuhkan seorang teman?
Andai ini nokhtah terakhir, berbahagialah kau…

Andai aku dituduh memfitnahmu, aku redha
Kau juga berhak bersuara
Kau juga berhak membuat keputusan
Tapi dengarlah keluh kesah yang bersarang di hatiku ini
Setiap kali kita bersama
Mengapa insan itu hadir?
Membongkarkan kisah hidup kalian berdua?
Salahkah aku menyayangimu?
Salahkah aku kerana hadir diantara kalian?
Andai dia pilihanmu, khabarkanlah padaku…

Mengapakah kau tidak berani berhadapan dengan situasi ini?
Kau biarkan aku terkapai keseorangan,
Kau biarkan hidupku begini
Bisakah kau bangun, tunjukkan kejantananmu
Buktikan padaku cintamu
Kuatnya ikatan cinta kita untuk musnahkannya
Tapi, dugaanku meleset
Kau hanya membisu, membiarkan aku sendirian lagi…

Kali ini kau meninggalkanku tanpa sebarang ucapan
Ku dengar dari temanmu,
Kau sihat dan hidupmu semakin tenang di tempat orang
Aku yang derita akibat perpisahan ini
Aku semakin mengerti akannya
Mungkin ada hikmah disebalik yang tercipta…

Sayang…
Kelak kau akan terima berita permergiaanku
Bukan tangisan yang ku mohon
Juga bukan meratapi nasibmu yang lepas, tapi
Sedekahkan al-fatihah, moga roh dan jasadku bersemadi dengan aman di sana…
Andai ini yang terakhir buat kita
Aku akan sentiasa hadir bila kau memerlukan ku di sisi
Sambutlah cinta kita walaupun tiada berpenghujungnya
Aku masih setia tanpa dinodai oleh cinta lain
Cintaiku hanya untukmu selain yang abadi dan hakiki milik Pencipta….

Kesakitan yang ku alami tidak terbendung lagi
Persekitaran semakin mendesak ku untuk memikirkannya
Aku yang daif ini
Terima apa yang tersurat dengan redha
Andai kematian memisahkan aku dan kau di dunia ini
Percayalah bahawa aku sentiasa mendoakan kebahagian kalian
Maafkan aku kerana menjadi penghalang hubungan suci kalian
Hargailah kemanisan yang kalian bakal kecapi
Hidupku mungkin tidak lama lagi
Sekurang-kurangnya aku bahagia kerana pernah mencintaimu….

Coretanku hanya untukmu, sayang…
Sampai aku tutup mata sekalipun, aku inginkan kau disisi
Dalam dakapanmu yang masih hangat terasa
Setiap cinta yang pernah kau bisikkan
Itulah keindahan cinta kita
Dan kini aku mohon undur diri
Hargailah setiap insan yang berada disisimu kini
Juga ini nokhtah yang terakhir buat kita….


Salam sayang;
..:Sha:..
28 February 2009
7:29PM


Inilah nukilanku, pada tarikh dan masa itu, aku menerima emel daripada Mr. F, dia melepaskan ku setelah hampir 2 tahun bersamanya.. bermula sebagai teman, seterusnya menyulam cinta bersama.. dan akhirnya, percintaan kami runtuh, tak seindah yang disangka hingga ke akhirnya..

tatkala entry ini ditaip, aku rindukan bayangannya.. Ahh.. indah sungguh detik itu.. Mr. F adalah insan pertama yang mencintaiku sejujurnya.. tanpa memandang rupa paras, akhirnya kami mengikat cinta bersama pada tanggal 01/06/2008.. mesranya hubungan kami dengan sinar harapan, membina impian untuk bersatu selamanya.. bersamanya, aku tidak perlu mengeluarkan ribuan ringgit untuk tOpup.. semuanya postpaid, dia yang tanggung.. teddy bear yang kiut, handphOne nokia mOdel apa entah, sepasang baju kurung dan cincin emas putih [tak ori pun] semua itu meninggalkan ingatanku kepadanya..

hubungan kami bermula sebagai teman melalui sahabat radio IKIM.. kami banyak berkongsi maklumat dan sumber2 ilmiah di dalam komuniti ini.. persahabatan di alam maya menjadi realiti apabila buat pertama kalinya dia turun ke kuala terengganu.. pantai dan laut menjadi saksi pertemuan kami.. kini, dia jauh di mata ku.. terlalu jauh jasad dan suara.. kini dan selamanya, dia bukan milik ku..!! bukan milik ku..!! bukan milik ku..!! ada insan lain yang pernah hadir dijiwanya sebelum aku.. yang pernah memberi cinta dan kasih.. semoga Cik NH berjaya mengisi kekosongan hati Mr. F dan hadir menggantikan aku di sisi Mr. F buat kali kedua.. semOga yang terbaik buat kalian.. aku insan lemah, aku tak dapat menghalang cinta suci kalian.. aku sanggup berkOrban demi melihat harapan kalian menjadi realiti, bersama dan mencintai.. Kemanisan itu hilang selepas aku mengenal erti cinta yang sebenar.. terima kasih kerana pernah hadir jiwaku..

Sekian...


p/s: Aku jOin cOntest lagi.. dari Blog Aried.. aku pilih tajuk 1 sebagai cabaran dari beliau.. ini kisah cintaku.. kisah aku.. hidup aku..

p/s: bahagia dan berpisah [still diterima tak untuk contest ni??]

p/s: spe nak jOin?? angkat tangan..



[klik sini]

15 comments:

ape2 jer said...

kuatkn semangat !!

p3perak said...

Cik Biol:
thanks..
cik biol ada calon tak yg boleh
ubat luka dihati ni??

ape2 jer said...

eekeke calon erk..tuk diri sendiri pun x de ehehe

FaTiN said...

ni cerita benarkah?

S.E.D.I.H

neway good luck!

macam best aje contest ni

jeng jeng jeng!

p3perak said...

Cik Biol:
single lg best kan..
setuju??

p3perak said...

Fatin:
Iyep, kisah benar..
tak edit pun mne2 part..
sedih oo sbb prnah rasa kan..

>>jOin la.. klik je link kt entry tu..

Dak Wan® said...

Tenang k? Redha dan tawakal. Insyaallah ada yg lebih baik untuk kamu nanti.

LYaFRINA said...

Ishhh...
Byk2lah bersabar...
Jika sudah tjerebak di alam pcintaan... mau x mahu kita harus bsedia utk dilukai..
Apa2 pun.. smua y terjadi adalah pgalaman & juga perjalanan normal dlm kehidupan ini sebelum anda bjumpa dgn Cinta sejati yang akn mcintai anda dgn sepenuh hati... dgn seadanya tanpa sbrg kompromi..
Percayalah.. Cinta itu msaih ada.. Tapi jgn sesekali berasa takut utk bcinta lg.. Harus usaha untk mdpt khidupan y bahagia..
Dulu pun.. sblum menemui cinta sejati.. sy pernah mgalami perasaan ini.. tp situasi berlainan.. sy bpisah krn sy sakit.. mmg tlalu sakit.. ssh nk bnafas.. xtau kmana arah tujuan.. Hidup seakan b'akhir.. Namun... sy xtlalu mgikut perasaan.. Cuba utk truskn hidup sndiri.. Tp sememangnya y tjadi ada hikmahnya.. Perpisahan ini mbuka mata sy seluas-luasnya ttg cinta sejati.. Ttg seseorg y mcintai diri kita seadanya.. Jadi.. saya mula belajar mcintai org y mcintai sy sejak dr zaman sekolah lg.. Jd lbh baik org sygkn kita dulu.. Kita akn lbh bhagia.. Perasaan cinta itu blh dipupuk.. Alhamdulillah... akhirnya sy benar2 jatuh cinta pdnya walaupun mgambil msa btahun-tahun..

**KESIMPULANNYA:-
Ntah2 cinta sejati ada di dpn mata.. Tapi kita x sedar.. Dan satu perkara penting...
Hanya DIA yang mengetahui siapa y tbaik utk kita.. Jadi jgn cpt patah semangat yer.. pjalanan msh pnjang.. Msih ada kbhagiaan d hadapan...

Gud Luck!!

::FAIZ:: said...

sad story. feeling baca Novel plak....

p3perak said...

Dak Wan:
dah cOol..
tq..
carikan 1, bOleh??
hehehe...

>>susah nak mencari, biar la..

p3perak said...

LyaFRINA:
Sis, betul..
pengalaman adalah pengajaran hari muka.. susah nak lalui benda tu semua.. skrg dah ok, dah boleh fikir waras.. try gak bercinta semula, tapi takut dan serik.. terus tak nak bg harapan kat mne2 lelaki lagi.. Andai ada yang boleh membuka hatiku kelak, insyALLAH, dialah jodohku.. yang berjaya mememadam kisah suka dan duka, yang berjaya merubah egoku..Amin..

>>sis, thanks..
smOga bhgia menjadi milik kalian, yang abadi dan dirahmati..

tq..gd luck toO..

p3perak said...

Faiz Farish:
cita2 dulu mmg nak jd nOvelis..
tp, salah masuk kapal..
amik accounting plak..
skrg ni, ayat dah tak jiwang
sgt cm dulu..
hehehehehe....

abigemok said...

nak join tapi takde idea...

Aku pon pnh gak hadapi situasi mcm tu...

Dan aku tau ianya sgt sakit... tapi masa yang menjadi ubat paling mujarab.. :D

p3perak said...

Kyuubi85:

kisah lepas..
sekarang dah ok..
kamu share la kisah cinta kamu..
kan 1 idea nak jOin cOntest ni..

>>senasib la kita..

Anonymous said...

It’s funny how many articles and news come out on a weekly basis.