BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

+ Surat Cinta Untuk Kamu +

>

Tajuk: Surat Cinta Kita Kepada Kamu

Kehadapan kamu yang kita sayang, yang kita rindu setiap saat.. Semoga kamu sihat yer.. Kita tengah sakit.. Tapi, kita tak suka kamu risaukan pasal kita, kita tak nak simpati dari kamu lagi..

Kamu, semalam kita mimpi lagi pasal kamu.. Suara kamu, gelak kamu, nakal kamu.. hehehe.. Kita rindu kamu sangat2.. Mak kita cakap, jangan beri rindu pada kamu, sebab kamu tak pernah nak merindui kita.. Tapi, kita beritahu kat mak kita, rindu kita pada kamu seorang selain yang hakiki pada Sang Pencipta.. Mak kita senyap.. Kamu, kita tahu, seabad ini, hanya kita yang tepuk sebelah tangan.. Tapi, kita tak pernah nak marah kamu.. Sebab kita tahu kita tak layak untuk kamu.. Kamu sempurna pada setiap pandangan mata hati hawa.. Kita pernah sepi dari kamu, tapi, kamu datang dalam hati kita.. Ohh.. kamu nak try kita yer?? Tu je kita fikir time tu..

Kamu, mata kita penat sangat.. Kamu, nampak kita nangis tak?? Dulu kamu sapu air mata kita.. Kamu janji nak bagii kita gembira.. Kamu nak kita sentiasa tersenyum.. Kamu tak nak tengok kita nangis2 lagi.. Kita suke cara kamu.. Kamu, dalam surat ini, kita nak beritahu kamu, kita terjatuh cinta pada kamu.. Kita tak pernah di belai, kita tak pernah diberi kasih seindah itu.. Kita nangis sebab kita gembira sangat masa tu.. Sorry, kita pergi toilet tadi.. Kita rasa nak muntah.. Tapi, tak muntah pula, cuma kepala kita sakit lagi..

Kamu, kita tulis surat ini bertujuan nak beritahu kamu, apa yang kita rasa.. Kita pernah tulis puisi, tapi kamu kata itu bukan tulisan kita.. Sekarang, kamu dah tau kita ada blog, kalau kamu sudi, kamu lawat la kita kat blog.. Kita dah deactive akaun facebook, kita dah tukar tukar id yahoo.. Kamu, maafkan kita.. Kita sayang kamu, tapi kita tak pernah nak tinggalkan kamu.. Kita buat semua ini, untuk kita dapat jaga hati kamu, kita tak mahu kamu tertekan lagi.. Opah kita pesan, kalau sayang kamu, buat kamu gembira.. Jangan bagi kamu sedih dan bersedih.. Kamu selalu cakap kamu ok.. Kita kenal kamu, luaran je nampak tenang, tapi dalam hati kamu penuh cerita.. Kita tahu kamu selalu menangis macam kita, tapi kamu menangis kerana kamu teringat dekat si dia, bukan kerana kita.. Kita tak pernah marah kamu pun..

Kamu, kita sakit perut.. Kita takut kita tak dapat nak habiskan tulis surat ini pada kamu.. Tapi, kita cuba yer.. Kamu mesti nak dengar apa yang kita rasa lagi.. Kamu, kita suka lagu ini “The Rest Of My Life”.. Nasib baik kamu jauh dari kita, tapi kamu boleh download lagu ini dekat youtube tahu.. Kamu hayatilah lagu ini.. Sesuai dengan jiwa kita saat ini..

Banyakkan kita cakap, tapi kamu kena baca sampai habis.. Kita takut lepas ini kita tidak hantar lagi surat dekat kamu lagi macam hari2 yang sebelum ini kita buat.. Kita tidak tahu apa jadi pula lepas ini.. Mula2 kamu beritahu kamu nak kahwin, tapi kita tak pernah nak kisah kamu nak kahwin dengan siapa.. Cuma, kita kisah bila kamu beritahu secara umum, kita cuma takut tidak boleh hadapi perpisahan itu.. Sebab, bila kamu kahwin, sakit pening kamu, dia yang jaga kamu.. Kita dah tidak boleh nak pos ubat, nak ingatkan kamu untuk makan ubat, nak paksa kamu makan ubat, nak minta kamu bukti sebab kamu makan ubat.. Kita rindu semua itu.. Sebenarnya, kita cuma nak tengok gambar kamu.. hehehe.. Gatalkan kita..

Kamu, kita penat nak tulis.. Tapi kita nak tulis juga yang seterusnya.. Lepas itu kita pernah nak perli kamu.. Tibatiba, mama kamu sound kita.. Kamu, thanks sebab selamatkan keadaan time tu.. Seterusnya, kita jadi perhatian.. Kawan kamu nak kawan dengan kamu.. Dari penyamaran dia, kamu kata dia mungkin ex kamu.. Dia desak kita untuk tahu siapa kita.. Siapa kamu di hati kita? Macam mana kita berkenalan dengan kamu.. Kamu, kita wujud sebagai kawan baik kamu selepas dia tinggalkan kamu.. Kalau kita tahu dia masih inginkan kamu untuk kelahiran ini, kita tidak mungkin pernah bersahabat dengan kamu.. Bila dia desak kita macam itu, kita nak beritahu dia, Kita Sayang Kamu.. Kita Cinta Kamu.. Sebab kamu beritahu kita, jawab dengan jujur apa yang ex kamu tanya, jangan berselindung.. Itu jawapan jujur kita, kamu..

Tadi kita ym dengan kamu, kamu ingat lagikan? 20 minit lepas, tapi, tibatiba kita emo, kita terus je i’m mobile.. Kita rasa bodoh, kita tak tahu nak bezakan antara sayang dengan cinta, antara sahabat dah kekasih.. Dalam masa kita menagih kasih kamu, kamu masih terus bersama dia, hantar bekalan nasi tak kira masa.. Setiap hari.. Kena baru malam ini kamu beritahu kita? Kita tanya kamu, kamu sayang dia lagi ke? Kamu masih berkira kira.. Tibatiba kamu kata kamu sayang dia.. Tapi, lepas peristiwa 2 tahun lepas, dia curang dengan kamu, kamu terus tidak sayang dia.. Kita tanya lagi, kamu sayang dia dari hati kamu, atau kamu benci dia menurut nafsu kamu? Kamu kata kamu tak faham, tapi kita tahu, itu alasan kamu.. Kamu tak nak kita nangiskan? Hehehe.. Kamu sangat baik.. Walaupun itu hanya perasaan kita perasan..

Kamu, kita takut nak ambil keputusan ini.. Tapi, ini yang terbaik antara kamu dan dia, antara kita dan kamu.. Kamu beritahu kita, dia nak kamu kembali.. Masa itu kita tak tahu nak tulis apa dekat ym.. Tapi, kita kuat.. Kita tak nangis lagi.. Kamu pun cakap, “kita kan kawan”.. Yer, kita kawan kamu! Tapi, tibatiba kita ter-taip, macam mana kalau kita lebih dari kawan.. Kamu terus senyap.. Lepas tu, kamu beritahu kita, kamu masih tak ada jawapan yang TEPAT.. Kita tanya kamu lagi, apa jawapan yang tak TEPAT itu, kita nak dengar.. Kamu terus tanya soalan lain.. Kita tengah buat apa time tu.. Kita jawablah, kita tunggu jawapan yang tak tepat itu dari kamu.. Kamu terus senyap.. Kita pun cakap, kita ini dah tak apa2 nilai sahabat pada kamu, terus kamu cakap, kamu tak faham dengan perangai kita sekarang.. Kenapa kita emo tak tentu pasal, padahal antara kamu dengan kita tak ada perasaan lebih dari sahabat.. Suatu hari nanti, kamu akan faham persoalan kenapa itu.. Kata abah, manusia akan hargai erti perpisahan bila masing masing pergi..Pergi jauh dan terlalu jauh.. Kamu, kita anak abah.. Kita nak dengar cakap abah.. Kita nak pergi jauh, kita tak nak kejar bayang bayang kamu lagi, sebab realiti, kita tak mungkin menjadi milik kamu..

Kamu, kita rindu ALLAH.. Jahil sangat rasa bila kita mengadu dekat kamu, tapi kamu tak dengar.. Lebih baik kita mengadu dekat ALLAH, ALLAH yang boleh bantu kita mencari konklusi ini.. Kamu, kita nak beritahu satu benda, jangan sebab kisah semalam, kamu masih biarkan hati kamu terus dikunci.. Tertutup rapat untuk hawa.. Kita tahu, kita tak akan mungkin menjadi hawa itu, tapi, berilah peluang kepada hawa hawa lain, yang mengharapkan cinta insani dari kamu.. Kamu, teringin rasa kita nak letak gambar kamu dan kita dalam surat ini, tapi kita tak pernah simpan gambar kamu, kita Cuma tatap gambar kamu dekat facebook.. Bila surat ini siap, kita tak tahu nak bagi dekat posmen atau tak.. Kita takut nak ganngu emosi kamu lagi time final exam ini..

Kamu, sorry.. Kita lapar, kita makan roti sikit.. Jam dah pukul 3.30 pagi.. Time ini, kamu ingat kita tak dekat sana? Kita gatal nak on ym, kita tengok kamu invi.. Kita tahu taktik kamu.. Kamu tipu kita, kamu kata nak tidur, kepala kamu sakit.. Tapi, apa yang kamu buat sekarang ini, dah lewat.. Kamu bersama dia ke??

14 comments:

Teja Evalea said...

yes 1st,,,, hahaha

Amir Syahir said...

ces..gua no 2.

jejari said...

3rd..yes....dpt adiah

aida said...

ermmmmm ermmmmm ermmmm..

da parah da ni...

Jimie SC said...

addooii...tuan tanah tgh sedey2 korang berbut tmpt plak...huhu...

sbrla sha...jgn diikutkn sgt prasaan tue.

::FAIZ:: said...

Panjang gila hehehehhe

iLhAm_bEcKs said...

ni surat btol2 ke??
cte dlam novel??
haha

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM..r0mantik & berani..
m0ga kena caranya..
pengalaman mGajar seribu satu cara utk menelan seribu satu rasa..
luah pada dia belum tentu merasa, luah pd Yang Esa sudah tentu bahgia

rizal jabai said...

huu..sayup je bace surat cinta nih..huhu



teringat dulu buat surat cinta time skola dulu2 siap taruk bedak lg,,hehe

Norul Malakiah Sidek said...

pewittttttttt

p3perak said...

Slap Me Plz: yeay!


Hiro: sorry der, lu lambat sejam, spe sruh dok pahang..


jejari: xde..

p3perak said...

Nina: terhiris je.. wakakaka..


jimie: huhu.. ntah la.. thanks..


Faiz Farish: loorr.. nama pon surat kan.. hikhik

p3perak said...

Ilham_Becks: surat betul la.. nnt tggu novel plak k.. hehe


Azrai: thanks, bro.. kena pakai simplysiti, bru ada yg tertarik kot.. haha..

p3perak said...

rizal jabal: romantik betol, ijai.. ijai bubuh bedak apa?? hehe...


miss havoc: pewwwwiit...