BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

+ 5 Tips Persediaan Sekiranya Putus Cinta +

~pic ihsan abg google syg~


putus cinta tu dalam tangan gua je, serah pada gua kalau lu org hadapi kebuntuan..
gua ada penyelesaiannya.. ikuti tips gua, persediaan sekiranya putus cinta.. tak perlu kos, tapi
perlu pemahaman..

#tips 1: prepaid
pastikan handphone lu org ada prepaid.. kalau tak ada, lu org boleh share dgn ex gf / ex bf lu org.. ataupun lu org mintak advanced kat maxis atau celcom.. kalau tak ada juga, handphone lu org cuma layak baling kat anjing kurap saja.. muahahaha..

#tips 2: lepaskan perasaan lu org
kan senang bila ada prepaid.. nOw, langkah kedua, lepaskan sume perasaan lu org.. mau maki? silakan.. tu je yg terbaeeeekk utk ex gf / ex bf lu org.. contoh ayat, gua boleh kasik.. lu org copy paste je, gua tarak hal punya..

"nape la perlu tipu? terlalu banyak menipu, tak takut ke apa akan jadi? gua dah halal sume benda buat lu, gua tak nak ada kaitan dgn lu.. harapan lu sume palsu, jgn jadi laki / pmpuan sejati la kalau takut nak terus terang.."

ayat tu gua dah try, 2 hari pas2 sure mereka2 akan dtg untuk mintak maaf atas khilaf mereka.. betulkan, syg??

#tips 3: latih semula hati lu org
tak payah la lu org nangis bagai cm bangang, buat sakit mata je, relax dan cool.. byk gila bloggers yg single, lu org boleh tackle.. gua masih single, mau? sila jumpa mak abah gua.. muahahaha..

#tips 4: buat kunci kira2 dan untung rugi hbgn lu org yg dh putus
gua bdk akaun, gua mmg berkira bab2 ni.. sure lu org tarak untung punya, rugi je.. pikir pasal duit yg lu org labur utk "cinta" lu org, hadiah2 lu org time hangat bercinta, prepaid2 yg lu org share or top up.. ada untung ka?? huhhh.. pening.. mana mau cari duit setelah cinta berakhir?? hahahahaha...

#tips 5: tutup pintu rumah lu org
kalau nak tutup pintu hati lu org, gua tak ada hal punya, mana2 pon boleh saja.. tutup pintu rumah lagi baik, tak ada sapa nak kacau lu org.. nak buat onani ke, apa ke, bukan ada yg tau.. muahahahaha...

last dr gua,

iF u love smeone so deeply, let it go.
iF it comes back to u, it's your's, forever to hold.

Monday, November 22, 2010

+ Dalam Dakapan Yang Indah +


"saya mahu cinta yang indah juga.." jawab si gadis.

"awak akan dapat kalau awak pandai jaga hati saya", ringkas jawapan teruna.

"tapi, saya takut kalau saya hilang awak nanti, saya tak mampu nak hadapi semua ini.." risau si gadis.

"sayang, antara kita tiada siapa2.. percayalah..." janji si teruna.

dalam dakapan yang hangat, masih aku rasa saat bibir mu menguntum rindu, saat kita bersatu, bagaikan dunia ini milik kita..

dalam pelukan rindu, sangat kemas.. seolah-olah kamu tidak akan tinggalkan aku keseorangan.. seperti semalam baru berlalu, namun tetap utuh dalam dakapan hari ini..




OOOhhh..shitttt!!! report LI gua tak siap lagi..
out dulu.. muahahahhaha.. jauh gua mengelamun petang ni...

Thursday, November 18, 2010

+ Antara Persahabatan dan Perampas +



Persahabatan: sahabat umpana kasih yang tak akan terputus, yang sentiasa bersama, mendaki gunung harapan, membasmi air mata duka

Perampas: perampas umpama memutuskan kasih antara 2 insan, pemusnah impian, mengharap air mata terus mengalir

Persahabatan: sentiasa hadir menghulur secebis kasih sayang bila sahabat berduka, kesepian bila ditinggalkan oleh insan yang mereka syg

Perampas: sentiasa hadir menabur benih2 cinta baru, mengharapkan simpati untuk menagih kasih si dia

Persahabatan: selalu setia di sisi, menjaga kebajikan, tak sanggup melihat sahabatnya kesempitan.. seboleh mungkin mahu menjadi sahabat terbaik

Perampas: selalu setia untuk memotong jalan, mahu menjadi awek terbaik yang sentiasa peka dengan keadaan semasa

Persahabatan: tak mengharapkan balasan, sanggup berkorban demi cinta seorang sahabat

Perampas: pengorbanan untuk cinta bukan dari hati yg ikhlas


kesimpulan: perampas bermula dari persahabatan, timbul kasih, terbit sayang.. hadir tanpa diduga, pergi tanpa dipinta.. adakah ini harus berlaku? mengharap pada kasih si dia, walapun tahu dia harus memilih antara 2 nama dan 2 hati..

Wednesday, November 17, 2010

+ Korban Cinta +



Cinta
Ku persembah cinta suciku
buat insan yang tersayang
ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
agar kau mengerti

selamilah kasih
sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

Mampukah kau mengerti perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
Ohhhh
mampukah kau selami
jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi

ku harapkan kau mengerti cintaku seadanya kasih
ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga

Friday, November 12, 2010

+ Antara Ubat dan Penawar +


sini

Wednesday, November 10, 2010

+ Kenapa Perempuan Sekarang Tak Reti Masuk Dapur?? +


bukan mau bangga diri
sebab saya antara golongan perempuan yang baru mahu
belajar untuk masuk ke dapur sebelum jumpa mertua... muahahahahaha (",)

Teruna: aku nak tanya sikit, tapi kau tak payah la nak touching2...

Gadis: ok, go on..

Teruna: kenapa perempuan sekarang malas masuk dapur?? kalau masuk pun dah kira ok la, tapi still tak reti nak masak.. tak macam zaman mak-mak kita dulu.. umur 8-9 tahun, dah tahu masak nasi, gulai, goreng ikan...

Gadis: penting sangat ke semua itu??

Teruna: sure la penting, sebab tu kan tanggungjawab seorang perempuan bila berumahtangga.. menjaga makan minum suami diorang..

Gadis: zaman dulu lain, zaman sekarang lain.. pemikiran dulu terbatas.. sekarang, perempuan lebih ramai yang berjaya ke menara gading.. peluang untuk masuk dapur sangat terbatas dengan kesempatan yang ada.. ko tak faham kan? meh aku kasi contoh.. aku start dok asrama dari form 1, bila balik umah, mak tak kasi masuk dapur, abah kata, utamakan pelajaran, take ur time utk rest puas2 kat umah.. kejayaan yang utama, bukan kepantasan memegang periuk dan kuali.. tu yang boleh membanggakan keluarga bila terima ijazah nanti..

Teruna: itu semua alasan untuk lepas tangan..

(si gadis masih sabar membela kaumnya)

Gadis: bukankah pasak rumahtangga itu bermula dengan ketua, suami adalah ketua rumahtangga, imam bagi keluarganya.. kalau memasak menjadi ukuran seorang perempuan, mengapa imam tidak dijadikan ukuran bagi seorang lelaki??

Teruna: tu kes lain.. kalau kita tengok kan, mula2 perempuan masak di rumah, lepas tu, bila dah ok bab masak2, boleh buat jamuan untuk satu kampung, kemudian, boleh cuba untuk buat catering, jual produk 1 m'sia.. dari sini juga seorang perempuan boleh berjaya.. bukan semata-mata pegang buku dan tuntut ilmu.. right??

Gadis: yes, totally correct.. tapi, tiada beza laki dan perempuan.. mula-mula menjadi imam di dalam rumahnya, memimpin anak-anak dan isteri mereka.. seterusnya boleh menjadi imam, mengetuai jemaah di surau kampung.. bila bacaan sudah lancar, tak mustahil boleh jadi imam masjid negara, bukan?? besar pahala di sisi ALLAH.. dunia kita perjuangkan, akhirat kita tawan..

Teruna: #$$$%^^&*@@



Tuesday, November 9, 2010

+ TRANSFORMER vs ULTRAMAN +

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sunday, November 7, 2010

+ UBAT JERAWAT DAN "SELUAR" +



penawar jerawat yang paling mustajab
semua produk yang ada kat pasaran belum tentu boleh saing benda ini
sumpah, aku jamin
sebab benda ini langsung tak melibatkan kos
langsung tak bagi kesan jangka panjang
untuk awet muda katanya

aku paparkan kes untuk mereka yang bujang
yang sudah kawen, ada ubat lain
nak gtau juga ke?
muahahahaha.. teeeetttt...
yang ini terbukti berkesan sebab akak ni
yang byk jerawat, terus jd awet muda
muka licin, macam anak dara
sumpah laki tak cari lain

untuk yang bujang
guna la seluar dalam anda
amalkan setiap hari
make sure, seluar tu bukan yang 'kotor'
selepas basuh, lap pada muka
ala-ala kapas gitu
muahahahaha

sumber ~ dari mereka yang telah amalkannya..





Saturday, November 6, 2010

+ Sumpah... Saya Tak Hina Awak... +




"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta pada-Nya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha Tahu jodoh kita siapa. Dan siapa dia siapa kita."


setelah kamu memberi banyak pengharapan
jagalah dia sebaik mungkin
setelah dia hadir menghapus duka kamu
jauhilah dia dari secebis luka hanya kerana perbuatan kamu
setelah kamu mendapat kasih sayang dia
hargailah sebaik mungkin sebelum hatinya berpaling

setelah dia memberi senyuman kepada kamu
jangan lemparkan kata-kata nista yang mampu merobek jiwanya
setelah cinta itu hadir dari sekeping hati
pastikan kamu hargai
kerana yang hadir sukar diganti
kerana yang pergi tetap berlalu

setelah janji diikat
pastikan kamu setia, menemani setiap perjalanan hidupnya
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...


good luck~miss u so much~iluvu


Friday, September 3, 2010

+ lelaki patut tahu +

banyak perkara perempuan tak sempat nak bgtau kat lelaki sebab perempuan anggap lelaki itu pandai untuk meneka.. tetapi, hampa!


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



##sumber: FB

p/s: lelaki yang tak pegang pada janji sehingga buat perempuan menangis, adil ke? lelaki yang ego sehingga tidak ada langsung secalit perasaan untuk menghargai teman mereka. berlalu tanpa khabar berita.. dimanakah ketulusan itu dalam menabur janji2??


Thursday, August 26, 2010

+ Ku Ada Kamu +

mau join ke? klik banner atas tu. tq


+ KU ADA KAMU +

Seandainya awan bisa melakar kenangan terindah di antara kita, aku pasti, setiap kenangan itu milikku. Kenangan yang tersemat di sanubariku. Kenangan yang pernah menyatukan cinta kita. Ahh..aku bahagia bersama kenangan-kenangan tersebut. Tapi kini, kenangan hanya bersemadi, meninggalkan sejarah buat kita yang pernah melaluinya. Hidup pasti diteruskan, cinta mematangkan diriku.

“Abang, Lya pasrah dengan keputusan abang. Itu yang abang inginkan”, ujar Nurul Alya. Hatinya sayu.

“Lya, maafkan abang.”

“Abang tak salah, Lya serahkan abang pada Ana. Abang jagalah Ana, dia yang terbaik untuk abang.”

“Lya....”

“Abang, Lya tau. Lya yang rebut cinta abang pada Ana dulu. Dah sampai masanya abang kembali pada Ana semula.” Hatinya semakin pilu, melepaskan insan yang bergelar kekasih hati. Alangkah bahagianya ketika Megat Syafik Mukhriz melafazkan kata-kata cinta suatu masa dahulu.

“Lya, maafkan abang, sayang.” Akhiri Megat Syafik Mukhriz.

“Abang, Lya dah lama kenal abang. Kalau kebahagian yang abang impikan, kembalilah semula pada Ana. Lya tak nak lagi menjadi penghalang cinta abang dan Ana. Cinta kalian suci. Maafkan Lya, abang.”

“Lya, abang tau hati Lya mulia. Abang sayang Lya, abang rindu Farhana. Lya.....” Megat Syafik Mukhriz mahu menjelaskan sesuatu.

“Abang, hati abang ada satu. Pastinya yang satu milik abang. Abang tak boleh miliki dua hati dalam masa yang sama. Cinta itu suci, sayang. Lya redha kalau hati abang milik Ana kelak. Ini janji Lya, abang.” Saat itu, satu persatu mutiara jernih mengalir di pipinya, deras terasa.

“Abang sayang Lya. Abang cintakan Alya.” Jelas Megat Syafik Mukhriz.

“Abang... antara kami, abang berhak pilih satu. Satu diantara kami. Tak mungkin abang mampu membahagiakan Lya dan dalam masa yang sama abang cintakan Ana. Abang, terimalah kenyataan ini.” Nurul Alya semakin pasrah di atas segala-galanya.

“Terima kasih, sayang. Lya memahami abang.” Alangkah gembiranya insan itu.

Nurul Alya mengerti perasaan kekasihnya. Suatu masa dahulu, insan itulah yang sering di dambakan. Insan itulah jua yang bertakhta di hatinya. Sedang dia ingin mengecapi kebahagian bersama insan itu, insan itu sekali lagi pergi meninggalkan dirinya. Terkapai-kapai mencari di manakah salahnya. Segala-galanya telah dipertaruhkan untuk insan itu. Nurul Alya pasrah, apakah dayanya, hanya mampu menerima kenyataan itu seadanya. Itulah takdir buat dirinya.

“Abang, ampunkan salah silap Lya selama bersama abang. Lya tak mampu lagi untuk segalanya. Ini keputusan abang.”

“Lya..semoga Lya bahagia. Abang yakin, lelaki yang baik adalah untuk Lya. Lya, janganlah tangisi perpisahan ini.” Megat Syafik Mukhriz mula berdolak dalih, ingin menutup kesilapannya setelah mengecewakan Nurul Alya.

“Ahh.. aku mampu hidup tanpamu, Fik. Farhana yang kau pilih, semoga kau bahagia bersamanya. Aku yakin, Fik. Itulah yang terbaik antara kita. Fik, ketahuilah, kau cintaku.” Hatinya bermonolog. Melepaskan segala keresahan di jiwa. Nurul Alya semakin mengerti maksud perpisahan ini.

Lima tahun masa yang berlalu masih belum luput ingatan itu. Megat Syafik Mukhriz, cinta pertama Nurul Alya. Berakhirnya sebuah epilog semalam tatkala kaki si gadis melangkah ke dunia nyata. Air mata bukan lagi alasan untuk dia memendam seribu duka.

“Apabila cinta tidak berhasil, Bebaskanlah dirimu... Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya, Tapi, ketika cinta itu mati.... Kamu tidak perlu mati bersamanya.. – Saiful Lukman”

Lama Nurul Alya diam, satu demi satu perkataan itu di tafsirkan. Saiful Lukman selalu ada di kala dirinya kehilangan dalam kegelapan. Di kala dirinya bersedih, insan itu jua yang berjaya mengukir senyuman, melengkapkan semua kekurangan dirinya.

“Kalau esok langit mendung?” bisik Nurul Alya.

“Tabahlah menjunjung bersamaku,” usik Saiful Lukman.

“Kalau esok dunia bergelora?” balas Nurul Alya.

“Jangan gemuruh selagi saya di sini,” bisik saiful Lukman.

Sepi menyelubungi diri kembali. Manis bersama Saiful Lukman hanya sementara cuma. Kehidupan telah merubah segalanya. Saiful Lukman punyai kerjaya sendiri. Ada impian dan cita-cita baru. Dari jauh, Nurul Alya berdoa, dia pasti kebahagian itu milik mereka. Nurul Alya tidak pernah lekang bertanya khabar menerusi sms, walaupun jawapan tersebut sudah dijangkakan. Saiful Lukman tidak akan membalas.

Igauan bersama Saiful Lukman hanya mainan kata-kata. Sangkanya panas hingga ke petang, akhirnya hujan di tengah hari. Semakin Saiful Lukman menjauhi dirinya, semakin dia kuat untuk meneruskan hidup. Dari bening wajahnya, dia kotakan kesetiaan. Setia menunggu sehingga saat mereka disatukan.

Satu sms diterima tertera di skrin. Mohd Firdaus.

“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”

Mohd Firdaus hadir seiring dengan lamaran, mahu menyunting si gadis sebagai teman hidup. Hatinya berbelah bagi antara kekasih dan sahabat. Antara Saiful Lukman dan Mohd Firdaus.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan supaya di antara mereka tidak ada kecewa dan lara. Aku bersyukur kehadratMu, ya Allah. Masih ada ruang untuk aku memberi hati ini untuk cinta insani. Melengkapkan fitrah seorang hamba. Jauh dihatiku untuk menduakan Saiful Lukman, pilu apabila mengecewakan harapan Mohd Firdaus. Ya Allah, permudahkanlah aku dengan urusan duniaMu. Amin..”

Sehelai nota itu dihulur. Nurul Alya bingkas bangun. Diperhatikan raut wajah Saiful Lukman. Lama wajah itu ditatap. Akhirnya sebuah senyuman terukir, menghapus rindu yang telah lama bersarang di jiwanya. Lantas nota itu dibaca. Terlalu ingin mengetahui kandungannya.


Kehadapan Hawa yang dikasihi dan dihormati;

Warkah ini ditujukan khas buat dirimu yang saban waktu ku rindukan belaian dan kasih sayangmu. Benar katamu, Hawa. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku. Wahai Hawa, seandainya kau mengetahui, aku sentiasa inginkan kebahagian yang melingkari hidupmu. Namun apakan daya, aku tidak selayaknya menentukan dalam setiap hal mahupun apa jua perkara lain. Ketahuilah bahawa, setiap yang hidup itu diciptakan ada pasangannya olehNYA. Tidaklah harus kau gusarkan, Hawa. Sesungguhnya yang terbaik adalah untuk yang terbaik. Itulah janji Maha Pencipta.

Pertemuan..

Menghadiahkan kita kasih sayang,

Jika cinta satu pasti bertemu,

Ia tidak ternilai,

Kerna antara hati kita tiada sempadannya lagi,

Yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi,

Kita berpisah hanya sementara,

Kerna pertemuan bukan milik kita,

Jasad dan suara berjauhan senantiasa,

Namun itulah cinta abadi di antara kita,

Biar berpisah selalu derita,

Kerna syurga menagih ujian,

Sedang neraka dipagari oleh nikmat,

Bertemu tidak jemu,

Berpisah tidak gelisah,

Ya ALLAH,

Gembirakan kami dengan redhaMu.

Hawa yang dihargai,

Muslimah yang beriman mampu menjaga kehormatan diri dalam keadaan miskin, bahkan mampu menjauhkan rasa rendah diri dan hina. Dapat melakukan kehidupan sederhana tatkala kaya dengan mengekang diri sehingga tidak berlebih-lebihan. Pakaian yang digunakan memperlihatkan pengaruh nikmat ALLAH S.W.T terhadapnya. Tidak sombong dalam berhias sehingga dengan sengaja menunjuk-nunjuk perhiasan dunia yang ada pada kau. Sebaliknya, kau sentiasalah tawadhuk kepada ALLAH S.W.T, itulah wanita idamanku. Muslimah yang hebat dan bijaksana adalah insan yang pandai menjaga diri dalam menghadapi kehidupan hariannya. Kerana keindahan abadi itulah impiannya, keindahan sementara itulah musuhnya.

“Barangsiapa yang akhirat menjadi keinginannya, maka ALLAH S.W.T menjadikan kekayaannya ada dalam hatinya dan menghimpun perlindungaNya bagi dirinya, lalu keduniaan datang kepadanya namun ia (keduniaan) membencinya. Dan barangsiapa yang keduniaan menjadi keinginannya, maka ALLAH S.W.T menjadikan kemiskinannya di antara kedua matanya dan memisahkan perlindunganNya dari dirinya. Keduniaan tidak datang kepadanya kecuali apa yang menjadi kebahagiannya.”

(HR At-Tirmizi)

Hawa, fitrah cinta itu adalah suci. Janganlah kau impikan untuk menjadi seperti Sayyidah Aisyah ra. Cukuplah sekadar kau mencontohi setiap budi pekertinya. Ikutlah teladan yang baik dari dirinya, agar kau terhindar dari perangkap maksiat. Cinta bukanlah mainan kata-kata murahan dan lumrah yang dituturkan dari mulut ke mulut, tetapi cinta adalah anugerah ALLAH S.W.T yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Hawa yang dirindui,

Jauhilah segala risau dan gundah gulanamu, cinta lelaki sememangnya unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang seorang lelaki yang sebelumnya keras dan kasar, anehnya apabila dia sudah lembut dan egonya semakin berkurangan malah terlalu mudah berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar diramal. Ketahuilah sayangku, lelaki tidak berupaya meneruskan liku-liku kehidupannya tanpa insan bernama wanita di sisi.

Hawa, dirimu sekuntum mawar merah bagiku. Kadangkala aku mencium keharuman mawar tersebut tetapi terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Pedih. Kaulah mawar berduri tersebut yang pandai menjaga kehormatan diri daripada lelaki-lelaki yang hanya ingin memuaskan hawa nafsu semata-mata. Hakikat ini cukup menyentuh jiwa, mendorong aku untuk menyunting mawar berduri sepertimu.

“Wanita yang menjadi pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.”

Hawa, kau sebenarnya adalah makmum, akulah imammu. Kau adalah pengikutku kerana aku adalah ketua bagimu. Jika aku benar, maka benarlah kita. Jika aku lalai, maka lalailah kita. Diciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepala Adam untuk dijadikan pemimpinnya, bukan jua dari kaki Adam untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisi Adam untuk dijadikan tempat hidupnya dan dekat dengan lengannya untuk dilindungi serta dekat dengan hati untuk dicintainya.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja,

Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,

Bencilah yang kau benci itu sekadar sahaja,

Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Dari Adam untuk Hawa,

Saiful Lukman.

Mutiara jernih berguguran lagi. Pantas ada yang mengekang supaya dapat dikongsi bersama. Nurul Alya semakin yakin dengan kata hatinya. Saiful Lukman pernah hadir menghapus duka ketika Megat Syafik Mukhriz berlalu meninggalkan Nurul Alya. Kini dan selamanya, Saiful Lukman berjanji untuk menjadi pendengar setia dan kekasih yang di utuskan oleh Allah untuk menjaga cinta suci antara mereka.

Cinta memerlukan kematangan dan kedewasaan untuk membahagiakan pasangannya bukan memberi kesengsaran dan terjerumus ke lembah maksiat. Memberi seseorang cinta bukanlah suatu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali, sayang. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan. Nantikan saja ia mekar di dalam hati mereka tetapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita,” bisik Saiful Lukman ketika Nurul Alya erat dalam pelukannya.

“Ku ada kamu, sayang” bisik Nurul Alya antara dengar dan tidak, sengaja mahu menguji kasih Saiful Lukman.



KU ADA KAMU by ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu



Monday, August 23, 2010

+ kantoi +

Hari ini aku tak tentu arah lagi

Bukan sebab tengok "adik" untuk kali kedua

Mana jiwa tak panas

Aku sedaya upaya tahan nafsu

Lapar dahaga zahir batin

Dah tua tunggu masa je malaikat cabut nyawa

Tapi tak reti nak belajar puasa

Aku rasa dah tak duduk kat negara Islam

Walaupun majoriti orang Islam

Malu? taik kucing!!

Muka taroh kat jamban pastu flash

Ada malu lagi tak??

Siang siang buta p tapau makanan

Kedai orang Melayu

Pelanggan pun Melayu

Jual makanan Melayu

Ayam rempah, Kari daging

Sayur campur, Papadom

Complete!

Kalau dalam hutan, aku tak kisah lagi kalau tak kantoi

Isu sekarang, tengah bandar

24 jam manusia lalu kat situ

Langsung tak ada inisiatif Majlis Agama nak pantau

Sebab tu Islam hanya pada nama

Bukan pada ilmu dan iman..







Saturday, August 21, 2010

+ jagalah adik baik-baik +

100 kali aku fikir

batal ke tak puasa aku ni??

kalau berbuka jab lagi, apa alasan aku nak gtau kat mak

mak memang dah boleh faham

tapi tak logik kalau pisang pun berbuah 2 kali

ke hulur ke hilir aku cari jawapan

nak buka puasa ke tak?

aku cari jawapan utk soalan2 yg bakal mak tanya nnt

kalau cakap uzur, tak mungkin kot

awal2 puasa hari tu aku dah melantak siang hari

tak boleh jadi ini

nak refer kat mana ni?

kat pejabat agama ke?

sah2 aku kena kawen nanti

tido malam pun teringat

tido siang pun terbayang2

otak yg terpelihara suci habis terkena serpihan

ni sume gara2 kecanggihan teknologi

ada gak yang banggang

tunjuk "adik" beliau

memang aktif la adik dia

time aku accept invite laki ni

aku nampak air terkeluar

apakah air itu?

aku sangsi

aku konpius

menatang apakah itu??




Monday, August 16, 2010

+ kasih seuncang teh +

SL: abg utk syg, syg utk abg.. kalau ada apa-apa jgn segan gtau abg..

SNS: tq, abg.. ayg bhgia dgn abg.. ayg harap sgt kebahagian ini kekal milik kita..

saat kata-kata itu terucap, terasa dunia ini indah.. hanya berdua, tiada yg ketiga dan seterusnya.. syukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan kami.. dalam diam aku menyimpan kasih.. dalam sepi aku mengukir rindu.. dalam perit aku menguntum senyum..

dulunya pernah hadir sebagai penghapus duka, kini hadir sebagai teman setia..

SNS: abg, walau 1 saat pun, ayg tak nak berpisah dgn abg..

SL: kita hanya merancang, syg.. segalanya sudah diatur.. kita serah pd takdir ALLAH..

"Ya ALLAH, aku panjat kesyukuran kepadaMu, sesungguhnya insan yg aku damba saban waktu, kini hadir bersamaku.. berilah kami hidayah dan redhaMu supaya cinta kami adalah cinta kepadaMU.. bukan cinta nafsu.. andai ini yg tersurat buat kami, kekalkan la sehingga kelahiran yg seterusnya.. jauhkanlah kami dari dugaan yg kami sendiri tak mampu nak harungi.."

kata org, kalau takut dilambung ombak, jgn berumah ditepian pantai.. 5 tahun berlalu, akhirnya ada yg hadir, membawa harapan dgn sekeping keikhlasan..






to be continued..

Monday, July 26, 2010

+ Parasit Jalanan +

Uishh.. manusia sekarang, macam2 ragam.. atas jalan pun sempat.. jiwa memang parah.. kalu nak potong, pikir 2-3 kali kot sebab takut aku yang parah atas jalan.. atas motor sempat reply mesej awek.. tunggu la sampai rumah dulu, baring2 ngadap syiling rumah, suasana sunyi menghambat kalbu malam, tatkala rindu dan sayang makin bersemi, hati ini hanya diserah padamu, sayang.. nak jiwang pun boleh, tak ada hal.. ini buat hal atas jalan, bawa motor slow tahap babeng, motor kat belakang sound, dia macam siot je selamba badak..

bila kereta clear kat belakang, aku mencelah.. bawa motor slow rock je tepi mamat ini..

aku: der, apa kes? lu sorang ke nak guna jalan ini, slow cam babeng je.. lu ada lesen ke x??

mamat berlagak: cehh, potong kasi salam dulu.. gua reply mesej awek gua..

aku: cisss, gua ingatkan mak lu mesej, gtau kat lu bapa lu nikah 1 lagi.. ni setakat awek, celah gigi je gua settle..

mamat berlagak: tak boleh, awek gua ni sensitip.. lambat mesej je, dia pikir gua p nikah 1 lagi.. parah gua..

aku: der, gua cabut dulu, parah lu dengan awek lu.. kirim salam kat awek dulu..

motif: pmpuan cemburu kOt!


kes 2 ini kalau accident, memang penyumbang besar kepada maksiat.. tapi aku syak, pakcik makcik ini dah kahwin.. tak ada la maksiat kot.. atas motor, pakcik tu siap main raba-raba je betis makcik itu.. makcik tu pakai jubah, tp kain terangkat sebab naik motor kan.. myb pakcik tu bajet line clear, sbb dia dok bawa motor, sure mata ke depan, tangan meraba ke belakang, so, xpe kot pada firasat dia.. memang iman teruji kalah tengok video aril peterporn..

aku: assalamualaikum, pakcik!

pkcik motor sebelah: wsalam..

aku: pakcik, semalam tak dapat ke? sampai tak sempat dah ni.. atas motor pun jadi.. kot ye pun, singgah la hotel pakcik, bukan ada orang nampak pun..

pkcik motor sebelah: penangan malam jumaat kot, semalam tak sempat abis..

aku: pakcik, malu sikit, ramai ni tengok.. tunggu la sampai rumah dulu.. chow dulu pakcik!

motif: atas jalan pun macam dalam bilik!


kes 3 ni tak terlampau mana la, 16 tahun ke bawah boleh baca lagi.. tapi kalau dah namanya anak murid Hiro, Ustak Berd, Putera Frodo, mulut memang tak lepas nak cover bayaran insurans tiap2 hari.. balik keja mak ambil depan pintu ofis.. tetiba je lalu la abang dengan akak ini.. naik kereta kancil je pun.. aku syak kereta belajar memandu dekat akademi.. kot2 la si laki dia ini nak suruh si bini ni berlatih bawa kereta.. x bajet la diorang ni couple maple sebab ada budak kecik kat belakang kereta.. 2 orang.. eh 3 orang kot.. si laki ni siap landing lagi kat bahu si bini.. main gelak2.. stereng kereta tak nak jaga..

"oiiit!! dah lama ke hidup!" jerit aku dalam hati..

aku: ceh, macam dia je ada bini.. tak ingat langsung bunian2 lain yang dok bawa kapal tongkang ini..

mak aku tetap maintain je tengok laki bini itu.. mungkin zaman mak aku dulu tak ada aktiviti camtu.. pikir hati mak aku..

aku: macam tak sempat je pun nak tunggu kat rumah.. dah bini ko, yang haram pun jd halal.. sure semalam pun tak dapat gak..

motif: mulut kena cover.. kalau zaman opah dulu, sure kena belasah dah.. cakap tak fikir sape orang tu..



tips: kalau nak uji kita ini panas baran ke tak, kat atas jalan itu boleh tau.. sape reject aku?? cepat komen! hahahaha....

Tuesday, July 20, 2010

+ Episod 1 +

datang tanpa dipinta
pergi tanpa ucap
hadir silih berganti
namun tak kekal hingga ke akhir

kini masa itu tiba lagi
namun ia makin berbeda
seperti ada yang terubat
jauh dari kalam
hati melukis rindu
jauh dari lisan
sayang makin berpadu

dalam diam hati bersarat
doa dipanjat saban waktu
andai itu yang pasti
di sini aku sambut huluran cinta
di sini aku janji sehidup semati
di sini kasih bersimpul rapi

aku menanti pasti
hingga hujung nyawa
semakin dekat dengan kau
semakin dekat aku dengan Pencipta kita
aku semakin pasti
inilah suratan takdir kita
aku sentiasa di sisi
menjadi pendamping setia
untuk setiap kelahiran


bersambung..........






Sunday, July 18, 2010

+ No Entry +

Kes 1:

Aku: Hello, uncle.. saya banci punya orang..

Uncle A: apa itu banci??

Aku: Uncle, u tengok itu iklan punya TV ka?? saya ini government m'sia punya orang la, uncle.. u usah takut.. saya bukan mau jual barang la uncle..

Uncle: Ayaaa.... tarak orang punya ini rumah..

Aku: Uncle, wait! saya cuma mau tau u punya nama dengan wife u saja..

Uncle: Wife? apa itu??
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes 2:

Aku: Hello, aunty.. saya mau banci.. saya government m'sia punya orang..

Aunty: ok, sekejab..

dia pun blah, masuk rumah.. 5 minit aku tunggu.. dia keluar..

Aunty: Ini, ambillah.. tarak orang punya rumah.. saya jaga saja ini rumah..

Aku: Aunty, saya bukan minta derma punya orang la.. saya government punya orang, mau banci rumah u.. berapa itu duduk dalam ini punya rumah saja..

Aunty: Ohh..sory2, saya ingat u itu budak sekolah, kasi mintak derma..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes 3:

Aku: Hello, sis.. saya mau banci sekejab..

Sis: Ohh.. ya, ya.. saya itu banci.. u mau tanya apa?

Aku: berapa ramai ini dalam duduk ini punya rumah?

Sis: 3 orang...

Aku: Ok, u kasi nama satu2, boleh?

Sis: Ok, boleh..

Aku: Ohh, thanks for giving full commitment to finish this task..

Sis: Eh, camne u jadi pembanci ini? berapa u dapat ma?

Aku: Sikit je sis, saya praktikal student.. tapi ini part time saja.. boleh la, RM 1,600 + RM 500 elaun perjalanan..

Sis: banyak ma.. camne u boleh dapat ma..? kenapa u tak ajak saya join ma?

bla....bla...bla... spe yang membanci dan terbanci.. konpius...
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes 4:

Korang: Nak tak update?

Aku: Penat Ohh.. pas jadi akauntan, tukar uniform jd pembanci pula..

Korang: Yes! dah update..

Aku: Yes! dah baca kan? komen sekarang...

Wednesday, July 7, 2010

+ Sumpah Ayah +


setiap hari ada kelahiran baru

setiap hari ada yang berlalu pergi

setiap hari juga ada yang memproses untuk kesinambungan zuriat

dan dalam tempoh kelahiran itu, macam2 boleh jadi

9 bulan terlebih hari bini no 2 pakcik aku pregnant

bila dah cukup time, baby tu tendang2 perut bini ayah dia


disebalik tabir;

ayah baby: "tengok tu, anjing, jin, setan, hitam!!!" kata pakcik aku, merujuk kepada abah yang tengah jalan..

mak baby: "tu..tu..babi dah datang..." kata bini no 2 pakcik aku merujuk kepada abah aku..

ayah baby: "hitam betul, celaka.. bangsat.. babi.." kata pakcik aku merujuk kepada mak yang tengah masak kat dapur..

ayah baby: "hitam!! babi!! bangsat!! celaka!! anjing!! pukimak!!!" merujuk kepada semua keturunan abah aku..


realiti sekarang;

opah: "anak prmpuan dapatnya, susah nak bersalin.. baby lemas dalam perut.. selamat.. baby besar, kena masuk dalam inkubator.."

mak aku: "Ohh, yeke? tak pe la, kami tak masuk campur.."

opah: "anaknya hitam.."

mak aku: tengok mak, nasib baik hitam je.. kalau ALLAH nak tunjukkan pada dia, apa yang dia sebut2 selama ni, lagi teruk kan? kalau tetiba je time lahir, keluar tanduk, hidung mcm..... camne tu, mak?

opah: senyap~


sebab mulut, baby yang tak bersalah jadi mangsa

apa kesudahan nasib si baby ni?

family aku memang tak ambil kisah pasal keturunan pakcik aku

sebab dia pernah pukul opah aku

bila bini no 2 dia bersalin, terhengeh-hegeh minta opah aku belah mulut si baby

tu adat family aku kalau ada kelahiran baru

kata orang, bila sesuatu yang buruk itu di ulang, akhirnya akan menjadi 1 sumpahan

macam sumpah si dayang senandung pula...



adat belah mulut: supaya berkata2 manis bila dah besar.. aku syak, pakcik aku ni time lahir, arwah moyang aku tak sempat kot nak belah mulut dia, sebab tu mulut dia bau cm2..






Tuesday, June 22, 2010

+ Mati Cemburu +


Sangat sibuk kerana terpaksa memenuhi permintaan LHDN

30 Jun terpaksa bayar cukai dengan rela

Sebelum masuk dalam kotak penalti sebab bayar time nak corner bulan July

Bila dah penalti, sure gol punya sebab kena bayar double

Tapi kes ini lain

Ada yang masuk gol sebab jeles

Apa sangat la menatang jeles ini? Ahh.. tak faham

Sampai ada yang mati patah tengkuk

Kes ini jadi minggu lepas

Lelaki 1 putus cinta dengan Perempuan Cun

Makanya, Perempuan Cun bebas la nak date dengan sape2 pun

Dah nama ajal berdarah, bermula la episod tragis

Perempuan Cun pun berkasih sayang la dengan Lelaki 2

Satu hari semasa Perempuan Cun keluar date memadu asmara bersama Lelaki 2

Lelaki 1 pun follow la mereka dengan sebilah motor

Sampai di satu simpang, Lelaki 1 ini menolak motor yang dijadikan sebagai alat pengangkutan bagi Perempuan Cun dan Lelaki 2

Mangsa masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian kerana patah tengkuk dan pendarahan yang banyak

Dari fail anak Perak, melaporkan masalah cinta remaja

Siasatan masih dijalankan dan saksi-saksi diminta memberi komen

Untuk siasatan seterusnya..




Mati mana lagi best?? Mati Syahid ke Mati Cemburu??





Thursday, June 10, 2010

+ Super Hiro Malaysia Jadi Modeling +


Salam perang dari Gaza

Gua sampaikan berita terkini dari Gaza

Kekejaman makin berleluasa

Siapakah dalang di sebalik permainan ini?

Mereka? Kamu? Dia?

Dari Fail Aduan Anak Gadis melaporkan

Ramai anak gadis dari M'sia berperang sesama mereka

Bukan kerana kezaliman Israel

Tetapi kerana ke-hensem-an Super Hiro

Minggu exam menjadi kucar kacir apabila semua warganegara M'sia hilang tumpuan

Exam hanya sehelai kertas putih yang ada tulisan

Hanya beberapa soalan mudah untuk di uji dari Prof

Kalau fail masih boleh repeat kata mereka la

Yang tunjang menjadi serabut

Akal semua tidak berfungsi lagi

Hilang segala kewarasan

Hanya kerana bloggers berhati suci sukar dicari

Semua hilang fokus

Masing-masing mahu bergelar bloggers tegar

Pelajaran tolak tepi dulu kata mereka di wall facebook gua

Bagi gadis-gadis ini, Super Hiro adalah pembunuh no. 1 M'sia

Kanser payudara bukan lagi penyakit yang ditakuti


akhirnya tergoda dgn taktik super hiro

Perlu ke salahkan gadis-gadis ini?

Siapa tergoda dan menggoda?

Bukan penggoda menjadi mangsa godaan


ada yang jeles?


sudah jelas bukan?


ada yang sanggup mengaku Super Hiro adalah my hero's

Super Hiro sudah menjadi pembunuh senyap

Sedikit demi sedikit ada yang terguris

Maka, gua berani membuat kesimpulan bahawa

Super Hiro adalah seorang pembunuh disegani

Tapi sayang dia hensem, patut dalam bidang modeling, bukan bidang pembunuhan

Nama pun Super Hiro yang digilai anak gadis M'sia dari Gaza

Cuma yang cun dan cute sahaja boleh buat appoinment sama beliau

Boleh hantar alamat umah lu orang ke sini Hiro





Hiro, gua dah jawab tag lu.. lu kira la words ini, kalau tak cukup 180, lu tambah la sendiri.. nanti gua upah kasi bantuan pernafasan sama lu..