BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

+ PERFECT SLIM: TURUN 2kg DALAM 4 HARI +

Assalammualaikum...
Salam 1 Malaysia..




PERFECT SLIM ~ Perfect Slim Perfect Slim - Detoxification & Fats Removal Slim Patch An Korea made product where we helps you to achieve ideal body shapes and maintain excellent health.

Slim Sempurna Perfect Slim ~ Detoksifikasi & Lemak Penghapusan Slim Patch Korea Sebuah produk yang dibuat di mana kami akan membantu anda untuk mencapai bentuk tubuh yang ideal dan menjaga kesihatan yang sangat baik.


FOOT ~




BEFORE AND AFTER ~





PRICE:

BUKAN AHLI : RM90/per kotak
AHLI : RM75/ per kotak

* 2 kotak RM150 + keahlian free

CALL/SMS : 0142120708
service 24 jam

Wednesday, January 27, 2010

+ i'm overdose.. +

i'm overdOse!!

~ that's all tO say

Friday, January 22, 2010

+ stress... penat... +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

dah nak 5 minggu kat kampus, assignment korang cmne??
tak yah nak cerita la kan?? berlambak kan??
presentation lg..
kena submit report lg..
kelas full everyday..
best plak rasa jd student..
best tak??
sem depan nak p Latihan Industri..
alhamdulillah, aku dah dpt tempat..
ada gk company yg nak amik..
hehehehehe....

ok la, nak study..
esok ada quiz 1..

eleyyy.. quiz je dah kecOh kan??
meh aku cerita sikit..
ini paper AUDIT 1..
paper ni ada 24 chapter, 100% teori..
final masuk sume chapter..
ini pra syarat nak dpt pengiktiran MIA..
otak aku ni dah set calculation..
bila bab2 teori, sure hafal tp x faham pn..
jwb dlm BI.. pkai belasah je,
asalkan kertas jwpn penuh..


p/s: letih, serabut..

p/s: good luck utk sume!!

Tuesday, January 12, 2010

+ Mana Lagi Hebat Cinta Kita atau Cinta Rasulullah.....???? +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

entry sebelum ni pun pasal cinta.. tapi cinta kepada insani.. mungkin artikel kat bawah ni kOrang pernah baca.. cinta Rasullullah SAW kepada umatnya.. jOm kita tgOk tahap kecintaan baginda adakah mengatasi cinta kOrang??

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.



p/s: sampaikan walau sepatah..

p/s: adakah kita juga mencintai baginda?? selawat ke atasnya saban waktu??

p/s: untuk aku dan kalian..

Saturday, January 9, 2010

+ Aku Cinta Kamu KeranaNYA +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

1st questiOn, kOrang pernah jatuh cinta tak?? sure sume pernah terjatuh cinta, bercinta dan mencintai.. skOp cinta itu luas.. Cinta Kpd DIA, ALLAH YANG AGUNG...
Cinta Kpd Mak Abah.. Cinta sesama makhluk.. inilah fitrah kehidupan manusia..
pOst kali mengenai cOntest lagi.. 4th cOntest yang aku jOin.. it's cOme frOm adik Khai [Ceritera Khai].. jOm try.. aku pertaruhkan karya ini..



"Aku Cinta Kamu KeranaNYA"
..

Cinta itu kadang kala membahagiakan. Walaupun manis, kadang kala terasa pahitnya. Hati selalu tidak ketentuan bila memikirkan cinta. Cinta sukar ditafsirkan, susah untuk difahami dan payah untuk dimengertikan. Hakikat sebenar, cinta hadir tanpa kerelaan. Sekeping kad merah itu masih diratapi, bait-bait yang tertera terus dihayati.


Warkah ini ditujukan khas buat dirimu yang saban waktu ku rindukan belaian kasih sayangmu. Benar katamu, Hawa. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku. Wahai Hawa, seandainya kau mengetahui, aku sentiasa inginkan kebahagiaan yang melingkari hidupmu. Namun apakan daya, aku tidak selayaknya menentukan dalam setiap hal mahupun apa jua perkara lain. Ketahuilah bahawa, setiap yang hidup itu diciptakan ada pasangannya. Sesungguhnya yang terbaik adalah untuk yang terbaik. Itulah janjiNYA.

Pertemuan..
Menghadiahkan kita kasih sayang,
Jika cinta satu pasti bertemu,
Ia tidak ternilai,
Kerna antara hati kita tiada sempadannya lagi,
Yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi,
Kita berpisah hanya sementara,
Kerna pertemuan bukan milik kita,
Jasad dan suara berjauhan senantiasa,
Namun itulah cinta abadi di antara kita,
Biar berpisah selalu derita,
Kerna syurga menagih ujian,
Sedang neraka dipagari oleh nikmat,
Bertemu tidak jemu,
Berpisah tidak gelisah,
Ya ALLAH,
Gembirakan kami dengan redhaMu.

~Adam Farish


Sesekali hati bertanya, siapakah dia di hatiku? Deruan ombak bagaikan menggamit aku ke memori silam. Tempat ini pernahku kunjungi suatu masa dahulu. Ya, insan itulah hadir tatkala aku hampir ketandusan, menongkah arus yang bagai tiada berpenghujungnya. Aku pernah hadir di dalam hatinya, pernah sebati di jiwanya, dan pernah mendambakan cintanya. Ah..rindu bila berpisah sesaat denganmu, apatah lagi buat selama-lamanya. Bisakah hati menanggung lagi cinta yang semakin pudar di hatimu?

Masa berlalu begitu pantas. Aku masih tidak mampu memberi jawapan pada hatiku. Saat ini wajahmu, bicaramu sering aku dambakan. Aku juga bingung dengan permainan yang kita ciptakan, dengan hubungan yang tiada penghujungnya. Kasih yang aku titipkan saban waktu sampai ke nokhtah terakhir, aku pasrah dengan kehidupan ini. Aku bingkas bangun tanpa kau di sisiku. Percayalah, tanpamu, aku masih mampu meneruskan tinta-tinta kehidupan demi maruah diri. Aku tidak akan kalah pada insan yang bernama lelaki!

“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”
~ Farisha Damya





p/s: adik khai, finish!!

p/s: tak ada kaitan antara yang hidup dan mati.. antara yang buta dan celik.. rekaan semata2 berdasarkan pengalaman dr setiap liku yang ditempuh..

p/s: untungnya kalau jumpa adam yang betul2 menyintai hawanya.. kan??

Friday, January 8, 2010

+ BLACK_MEL: FINALLY, FINISH TO ANSWER UR TAG.... +

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..

Dengan bangga dan riaknya untuk memulakan pOst kali ini.. blog p3perak kena tag dengan seOrang blogger, yang super duper handsOme, cute, and rOmantik iaitu Mr. Black_Mel.. [sumpah ~ aku tak pernah jumpa dia, next time la cita lebih lanjut yer..] mOh baca sOalan2 yang di tag dr HBZ seterusnya kepada BLACK_MEL dan selanjutnya kepada P3PERAK.. tOlong sucikan hati, murnikan jiwa.. hahahaha...

1.Adakah anda rasa anda HOT???

Belum hOt lg.. tp, dah panas ni.. line cam hampeh je bila nk jawab tag
Black_Mel ni.. kacO line betul la..



2. Upload gambar kegemaran anda.




3.Cerita pasal gambar

tu gambar kek je, besday umur yang lepas.. 1st time kena beli kek sendiri sbb besday sendiri.. adakah patut?? tp, malam tu best.. even kuar duit sendiri, tapi sume kawan2 kelas celebrate sama.. black_mel, besday umur tahun ni, nak tuntut kek dari kamu plak.. sharing is caring kan?? hikhik..



4.Bila kali terakhir anda makan pizza


baru je makan, time cuti sem hari tu.. tapi, x rasa pun pizza yg latest tu.. sedap x??


5. lagu terakhir anda dengar

everyday dengar lagu budak kecik ni AZZAM IDOLA KECIL 2 ~ KEKASIHKU..
Lagu ni kisah ibu, mak, mama, mammy.. dengar la, best, x tipu..


6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini

chat ym with black_mel, tggu blog 1221steps mel loading dlm line yang mcm hampeh ni..


7.Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?

1)kat blog and ym : p3perak
2)time zaman kampus: sha-sha [ntah la, suka suka je nak dOuble2 nama org..]
3)kwn2 sekolah suka pggl: sha
4)black_mel pggl: sya (very special ~ hehe..)




8. Tag lagi 8 orang


ramai sgt la.. nak tag black_mel, x leh dah.. hbz dah tag dia dulu..

1)miss N

2)black_mel [special case]

3)bro framestone

4)kak ian


9. siapakah orang no.1 kepada anda


Miss N, kawan zaman kt sekolah dulu.. kawan baik gila.. skrg ni siap leh share kisah cinta dia lg..



10. kata sesuatu mengenai orang num 5

no 5 xde yang bertuah la



11. No 3 ada hubungan ngan siapa..


bro tu wat contest azam baru, seorang hacker yang Berjaya mengenal pasti siapa sy sbnrnya.. sudah ada si dia, tak sure la nama gf dia..


12. Bagaimana pula dengan no 4


kak ian, tukang ckp kt shoutbox


13. pesanan kepada orang num 6


x wujud lagi.. pasni baru update



14. kata-kata cinta tok num 2


nO 2 black_mel.. sengaja repeat his name.. tak kisah la kan?? Bukan skema final exam pun..
"Cinta Sejati bukan mengajar kita lemah
tapi membangkitkan kekuatan.
Cinta sejati bukan mengajar kita menghinakan diri
tapi menghembuskan kegagahan.
Cinta Sejati bukan melemahkan tapi
menguatkan semangat.."



15. adakah num 7 dan 8 punya persamaan?

ada, 7 dan 8 itu adalah angka..




16. berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengtag anda


1) suka berahsia [tak pernah gtau nama penuh kamu ~ helmet hitam]

2) student IT

3) bukan smoker [ciri2 bakal calOn suami yang dicari ~ hahahaha]

4) blogger yang famous

5) akan datang time kOnvo ku nanti [datang tau, black_mel!!]




17. Persamaan antara kambing ngan lembu?


bOleh buat korban dgn akikah



18. perasaan anda buat tag ini


ada persOalan: black_mel, npe tag p3perak?? Terharu rasa.. next time, kamu jgn lupa tag lg tau.. suka2.. [hikhik..]


19. adakah anda tahu si razman itu sengal?


razman tu mungkin kawan black_mel or hbz.. sO, x sure la kesengalan dia cmne..



20. GAY o LESS??


antivirus ori xde less ke?? prOmosi awal tahun ni ke??

p/s: black_mel, finally... finish answer ur tag.. very appreciate..

p/s: spe nak kena tag, gtau la ek... org yg di tag, wajib menjawab..

p/s: sucikan hati semula slps membaca jwpn2 tu sume..

Monday, January 4, 2010

+ SHARING IS CARING.. KALAU SHARE TOPUP, APA KES?? +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

entry pertama tahun 2010..
ke'bizi'an yang teramat sangat telah menyerang bdk2 bachelor of accounting part 6..
4 lecture, we got 3 assignment.. tu baru assignment bertulis.. ada plak assignment membaca lg.. duit jangan cerita la, bru 2 minggu kat kampus, dah abis beratus2.. duit biasiswa tak masuk lagi.. JPA, please help us!! we need money!! [cam orang gila je]
npe sindrom ni berlaku di kalangan kami?? sebab sume pembelian buku2 teks menggunakan cash, no more kredit.. hikhik..

berbalik tajuk entry kali ni.. aku tak sure la korang sume pernah alami or tak..??
pernah tak kawan2 korang mintak tolong topup kan?? pas2, beria2 janji nak ganti semula.. ada tak??

aku pernah la 5-6 kali topup kan untuk member2 ni, dah dapat gaji pun, tak reti2 nak pulangkan balik.. mintak topup dah la dengan aku, dengan budak sekolah plak tu.. aku pun sebab JPA simpati sangat, dapat la biasiswa.. dah diorang yang kaki mintak ni dah keja.. memang dasar tak malu la.. last2, aku halal kan je la.. same person hutang topup dgn aku ada la dalam RM 5 - RM 10.. last2, memang aku halal kan aje..

ptg tadi, start sorang laki ni, dah la tak kenal, tak pasal2 mintak krdt, suruh aku topup kan.. ada ke patut?? dengan suasana miskin sebab duit JPA tak masuk lagi, ada hati nak suruh aku topup kan.. even adik2 aku pun tak pernah suruh aku topupkan, ni kan orang luar yang tak ada relate dengan aku.. apa kes??

tapi, aku pernah suruh orang lain topup kan untuk aku.. every month, beliau akan topup kan.. beliau adalah insan yang paling aku sayang.. my ABAH la.. every month, without fail untuk topup kan hp aku.. then, start aku mula pakai broadband ni, aku gtau kat abah, tak payah la topup lagi untuk aku, sebab abah dah volunteer nak bayarkan bil broadband ni.. cam anak yang menyusahkan mak abah plak kan?? hikhik..

p/s: laki mintak topup kat pmpuan, adakah relevan??

p/s: nak masuk tido dulu..