BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 18, 2012

2 # Cikgu Ganti

... aku mula masuk kelas.. students hari ini tidak sehebat students sebelum ini.. students hari ini lebih pandai daripada students zaman kita suatu masa dahulu.. sayang seribu kali sayang.. IQ hebat, malangnya disiplin diri kurang ! 

Sabtu ini mula kelas tambahan ! aku handle 4 kelas, bukan mengeluh.. malah aku bangga sebab inilah pengalaman yang bakal aku lalui, baki persekolahan tinggal kurang dari sebulan, 4 chapter belum cover sepenuhnya.. 

hari pertama masuk kelas, tak bermakna aku boleh bagi muka.. 1 masa P&P = 35 minit.. kalau masuk kelas 5 minit terakhir, aku nak ajar apa? bila masa nak cover itu ini?

tengok buku rancangan mengajar pun aku dah stress ! tak logik !!





S : Sabtu ini ada kelas..

M : Nak cuti sekolah pun ada kelas ke?

S : Ini bukan lagi pengorbanan, ini BEBAN ! BEBAN ! *aku stress*


(S - Saya, M - Mak)






Subhanallah ! sebenarnya, inilah saham akhirat.. bukan BEBANan.. inilah yang  akan dipersoalkan nanti.. terlajak kata, hati jadi gelisah, jiwa tak tenang.. Redha dan ikhlaskan hati, aku tau ini komitmen, dan bukan terpaksa..








Wednesday, October 17, 2012

1 # Cikgu Ganti

... PPD call semalam (baca:2 hari lepas), boleh lapor diri pada 17/10 di SMK S*** P****.. tanpa interview, mungkin sebab aku ada pengalaman sebelum ni, mungkin juga aku pernah melalui satu proses interview yang sangat "psiko" bulan 6/2011.. haha

Pengetua : 1 je nasihat saya, jangan terlalu ikut perangai senior..
 mungkin yang baik itu boleh dijadikan contoh.. saya tak nak 
cerita, tetapi awak belajar la daripada pengalaman sepanjang 
awak mengajar di sekolah ini nanti..



Situasi Hari Pertama :

Cikgu Senior : Guru Ganti eh? study mana dulu? kos apa? Memang amik education la ni??

Cikgu Senior : Dulu sekolah menegah kat sini ke??

Cikgu Senior : Ada adik sekolah sini dulu kan? tu la, saya macam kenal je awak ni.. awak ini kakak Ella (bukan nama sebenar)?

Cikgu Senior :  Kalau awak dapat kelas akhir tu, jangan pening2 nak ngajar diorang, diorang memang macam tu, ada yang tak reti langsung membaca.. selalu kalau ada test pun, cikgu akan bicang dengan student.. *mentaliti apakah ini? - monolog dalaman*

Cikgu Praktikal : *tak mesra alam*




Aku handle 4 kelas Tingkatan 1, Matematik.. Aku gantikan cikgu yang bersara, kali ini bergelar pendidik cuma 18 hari sebelum tamat sesi persekolahan 2012..  ada 3 chapter besar kena cover, lebih dari 10 test kena buat.. Ya, everyday ada extra class.. petang ini akan decide dengan student..

situasi dalam bilik guru

Student : Cikgu, dah ada ke cikgu ganti untuk Cikgu S?

Cikgu Senior : Kenapa??

Student : Cikgu ganti tu tua ke muda??

Cikgu Senior : Amboiii.. kamu nak cikgu yang muda je la tu..

Student : Cikgu S tu kan dah tua..

Cikgu Senior : @#$%^&*!





NotaKaki: Aku yang excited untuk berlagak garang ! ouccchh.. mesti failed la !










Tuesday, October 9, 2012

Assalammualaikum # 1

Aku menulis tentang rasa, luahan dari sekeping hati.. ya ! mungkin jiwang.. tetapi inilah kehidupan aku.. selalu dikhianati dan disakiti.. aku menulis bukan kerana simpati, bukan jua meraih cinta hakiki di dunia ini..


# MukaBuku


...Feb 2012

"Assalammualaikum.. kenapa awak semakin berubah? saya mimpi lagi, tentang kita !"

"Awak mimpi apa? share la.."

"Ada apa-apa tak yang awak sembunyikan dari saya?"

"Saya ikut keputusan umi, minggu depan saya akan bertunang, ikut pilihan family.. anak jiran saya.."

".............................................."

"Mulai sekarang kita akan teruskan kehidupan masing2, saya akan setia dengan bakal tunang saya.."

"Walaupun sebagai SAHABAT, kita tak boleh terus berhubung ke??"

"Kalau awak di tempat tunang saya, awak suka ke kalau saya berhubung dengan perempuan lain? awak perempuan, seharusnya awak lagi faham hati dan perasaan perempuan.."

" Inilah yang saya rasa, dalam mimpi-mimpi lepas.. ucapan cinta dan sayang awak selama ini cuma mainan bibir??"

"Saya tak terdaya, ini keputusan keluarga.. saya ikut kehendak umi dan abah untuk jodohkan saya dengan anak jiran itu.. kami memang dah lama kenal.."

" Sebelum itu saya nak tanya, ada kawan-kawan tak yang kerja sebagai akauntan?"

"Ermm.. kawan-kawan saya cikgu.. awak la akauntan yang saya kenal.."

 " Eh? apa maksud housemate awak, saya buah hati awak yang kerja sebagai akauntan tu?"
 

"........................................................." 

*yang lemah itu aku.. aku sengaja menangis, berlutut, merendahkan martabat seorang wanita hanya untuk mengemis sekeping hati itu.. dalam pekat malam, aku mendail nombor pemilik hati itu, aku biarkan talian sepi.. cuma ada esakkan dan rintihan dari sekeping hati yang telah hancur di sini.. aku terkilan dengan sikap si pemilik hati itu, selalu hadir dengan HARAPAN, IMPIAN dan CINTA, kadang2 EGO.. 

"Malam ini adalah mesej / call terakhir antara kita, selepas ini saya kena fikirkan perasaan tunang saya.. Kita dah tak ada apa2.. Assalammualaikum.."



 ...Ogos 2012

bersambung...











 

Thursday, October 4, 2012

51012, Happy Birthday !






#baru belajar edit !








#Am I the first one to wish you Happy Birthday today? NO? The second one? No? Doesn't matter, in my mind I was the first one who thought of you at midnight on your special day :)