BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 30, 2012

Apabila Kita Redha....

 
 
 
apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH 
akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka...
Hadiah tidak semestinya berbungkus dengan 
BAHAGIA, kadang-kadang ia berbungkus dengan UJIAN... 
tetapi di dalamnya ada HIKMAH =)
 
 
 
 
 

Monday, September 24, 2012

Aku Ingin Dicintai

...Dudukku termenung
Masih kaku di hamparan sajadah
Sujudku sayup sebentar tadi
Masih ada ruang yang berbekas
Kisah lampau yang sering menjadi mimpi ngeri
Puas aku jatuh dan kembali bangun
Namun, langkah masih tersungkur di kala ini....




...Dalam kelam malam
Doa masih dititipkan
Mengharapkan padaNya, Allah Yang Esa
Semoga hati ini masih dijaga
Jiwa ini masih utuh mencintaiNya 
Supaya tingkahku ini tidak mengecewakan si pemilik hati itu
Walaupun hakikat, aku ingin dicintai lagi...




...Bersama angin malam
Aku sampaikan utusan rindu
Semoga ada secebis kasih buat si pemilik hati itu
MelaluiNya, aku mengharapkan redha Ilahi
Semoga kisah ini terus kekal di jannah
Tanpa ada air mata duka lagi
Tanpa ada yang terus memperjudikan diri...

 
 





Luahan Rasa : 10:31-240912-perak





Sunday, September 23, 2012

Good Bye !

 
 
 
#googLe
 
...Ketika rindu menyelubungi diri, sedekahkan al-fatihah buat dirinya agar rindu bertaut kasih...

...Bila kasih bertaut dihati, sampaikan salam doa kita melalui Allah yang Maha Esa agar menciptakan cinta berpanjangan..
 
 
 
 
 
 

Thursday, September 20, 2012

I'm Sorry

#Google 







Monday, September 17, 2012

Terima Kasih

 
 
 
 
 
"Jangan sesekali menangis kepada dia
 yang telah mengecewakan kita,
 sebaliknya berterima kasih kepadanya kerana 
buat kita single kembali dan berpeluang untuk
 mendapat pasangan yang lebih baik! "
 
 
 
 
 

Sunday, September 16, 2012

..................................

 
 
 
 
Kehebatan seorang wanita terletak di wajahnya; yang boleh menyimpan pelbagai jenis perasaan, walaupun dia tahu perit pasti menanti di hati.
 
 
 
 
 
 
 dan...akulah WANITA yang HEBAT itu ~

Wednesday, September 12, 2012

Sekeping Bahagia

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

#google


...apakah makna BAHAGIA? aku sering bermonolog.. tidak ada istilah MEMBAZIR pada aku kalau aku BAHAGIA.. dan kalau dengan MEMBAZIR itu aku boleh kecapi BAHAGIA, walaupun sesaat, akan aku korbankan, walaupun NYAWA sebagai ganti..

...tak semua orang yang dilahirkan akan melalui proses BAHAGIA, ada yang kecapi BAHAGIA itu secara berperingkat-peringkat.. aku pernah dikhianat, jua pernah dikecewakan.. untuk melalui proses BAHAGIA yang berterusan itu adalah sesuatu yang sukar.. mungkin ALLAH belum bagi lagi rasa itu.. *ini yang selalu aku fikirkan*

...saat ini, tidak perlulah disoalkan mengapakah aku MEMBAZIR.. kalau MEMBAZIR itu BEBANAN, jangan digusarkan.. kerana aku masih waras untuk membezakan sekeping BAHAGIA dan juga segunung BEBANAN..

...aku juga diajukan soalan seperti ini.. 

#hurm..in case kan..kalau kamu dah jumpa dan kamu x suka..
then kamu rasa membazir x?#

...mungkin rasa ini yang ALLAH nak bagi.. Siapalah "seorang kita" untuk menolak rasa kasih terhadap "seorang kamu"?? 

...aku menulis untuk luahan rasa.. selagi aku mampu mencoret tinta-tinta BAHAGIA, izinkan aku berbuat demikian.. seandainya ada rasa yang terbeban di hati itu, bisikkan padaku, akan aku usahakan untuk mengawal semuanya.. dan as U wish, aku akan follow segala-galanya..




# Lelaki yang hebat atau gagah ialah lelaki yang pandai mencuri hati seseorang perempuan itu dan setia pada hati itu sampai bila-bila.. ~ tiru&tampal

Tuesday, September 11, 2012

Wordless Wednesday #1

sumber : KhadimulQuran | Wisdom for the Seeker





... dan permulaan yang pahit pastinya ada kemanisan di pengakhiran episod.. 
bila pasakkan keyakinan yang tinggi kepada ALLAH, pasti hati terpujuk.. 
InsyaALLAH, semoga ALLAH redha.. 







Monday, September 10, 2012

Pilihan & Impian

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

...Orang selalu cakap, tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia, nampak di mana? persoalannya, aku menganggur bukan kerana terlalu memilih kerja.. aku menganggur kerana belum ada rezeki bekerja dan membanting tulang empat kerat untuk kerajaan Malaysia.. itulah mentaliti dunia hari ini.. 

#google

...kadang-kadang PILIHAN itu ada, sejauh mana kita membuat PILIHAN dan sejauh mana impian itu tercapai dek kerana PILIHAN yang dibuat.. persoalan lagi..

...kadang-kadang CITA-CITA itu juga perlu dikorbankan, supaya PILIHAN yang dibuat mampu mengukir senyuman dan kebahagiaan buat mereka yang mengharap.. 


#impian dan cita-cita

#redha dengan PILIHAN yang dipilih


...dan aku memilih untuk menjadi warga PENDIDIK di Sekolah Rendah Agama #$%&*(*&^, Ipoh.. Semoga ALLAH redha, mak dan ABAH restu..

Sunday, September 9, 2012

Happiness






Jangan bimbang jika diri tidak dihargai... 
Tapi bimbanglah jika diri tidak berharga...

















Thursday, September 6, 2012

AXE Anarchy Island Getaway : 3 Tips dan Teknik Anda untuk Menawan Hati Si Dia

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.. 

Bagi sesetengah orang, mencari jodoh bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Perjalanan, pertemuan dan masa untuk seseorang bertemu jodoh masing-masing adalah berbeza. Ada orang yang terpaksa dikecewakan beberapa kali sebelum bertemu dengan buah hati yang setia. Ada orang yang jodohnya dipermudahkan. Seseorang yang mencari jodoh sudah tentu berusaha untuk memikat hati si dia yang mungkin telah bertahta dihatinya. Namun sejauh manakah kita perlu berusaha memikat hatinya? 




# Tips 1 : Memenuhi Impian # 


Mr. A : Nak pergi New Zealand tiba-tiba? Why? 
Miss S : Ur dream, right? 
Mr. A : Yup ! my dream, tapi macam susah nak tercapai.. 
Miss S : Nothing impossible.. Usaha tak cukup lagi ini.. 
Mr. A : kat rumah? baca blog? 
Miss S : Nope ! kenapa? 
Mr. A : Macam mana boleh ingat my dream? terharu.. 
Miss S : *sebab dah sayang*

 Antara petikan dialog seorang KITA dan seorang KAMU..



  ...dan aku sebenarnya tahu, impian ke New Zealand mungkin tinggal impian di atas sekeping kertas saja kerana kerjayanya baru bermula.. Mengejar cita-cita menjadi seorang IT Programmer, sekaligus melenyapkan impiannya untuk menjejakkan kaki di New Zealand pada umur yang ke 25 ! Aku juga sebenarnya mengerti dan memahami bait-bait ini "....macam susah nak tercapai.." 

Dalam diam, aku juga mencipta impian, semoga kelahiran yang ke 28 pada 5 Oktober 2012, ingin sekali antara aku dan si dia melakar kenangan walaupun bukan di kota New Zealand, mungkin ke Pulau Tropikal Caribbean.. Walaupun berpeluh, mungkin ini keringat terakhir aku untuk membuatkan si dia tersenyum, menggapai impian bersama Mr. Nuffnang .. =) 



Pulau Tropikal Caribbean





# Tips 2 : Tidak Perlu Melampau #


...tidak perlu berusaha sedaya upaya mengambil hatinya dengan berlakon baik dan mengubah diri untuknya. Jika mahu berubah, biarlah kerana ALLAH. Usaha kita yang melampau untuk memikat hatinya juga akan menyebabkan dirinya menerima kita atas dasar kasihan, bukannya cinta yang sebenar. Mampukah faktor kasihan seperti ini memberikan kebahagiaan berpanjangan? Cinta dan kasih sayang yang paling baik adalah cinta dan kasih sayang kerana ALLAH.

Aku sedar, dalam memikat hatinya, aku juga perlu menjadi seorang insan yang mengasihi ALLAH dan menjalankan tanggungjawab sebagai manusia dengan sempurna.





# Tips 3 :  Hormati dan Percaya untuk Dipercayai # 


...Lelaki atau perempuan yang memberi penghormatan sesama sendiri TIDAK akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat..Antara aku dan si dia, sedaya mungkin aku hormatinya, andai ada hati yang terguris, tidak perlu terlalu ego untuk meminta maaf.

Untuk membuat orang lain percaya kepada kita bukanlah perkara mudah, dan untuk membuatkan mereka TIDAK percaya pada kita bukanlah payah. Apabila si dia tidak percayakan kita, amat sukar untuk si dia mengubah pendiriannya. Dan aku belajar melalui pengalaman. Aku pernah rasa sakit dikhianati kerana terlalu memberi kepercayaan kepada Si Durjana Tamak Haloba.





Contest by : Mr. Nuffnang
Due Date : 09/09/2012
Informasi terbaru: Selain daripada Hadiah Utama percutian 4 hari 3 malam ke pulau tropikal Caribbean dan 10 hamper AXE bernilai RM200, pihak AXE secara ikhlasnya telah menawarkan hadiah 4 X RM250 wang tunai untuk direbut! Dalam masa 30 saat anda membaca post in, peluang anda untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut telah digandakan!