BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 13, 2014

Aku Yang Hari Ini Bukan Aku Yang Sebelumnya

*dari draft April 2013*
 
officially! umur aku dah 25 tahun..
masih belum ada pekerjaan tetap seperti mereka seusia aku

masih belum ada aset tetap untuk dibanggakan
masih belum ada pendapatan yang mampu diagihkan pada mak, abah dan adik2...

masih mencari2 kehidupan selepas bergelar graduan
...dan juga masih belum terokai dunia milikNYA

__________________________________________


2014 - unofficially sudah 26 tahun
juga masih belum ada kerjaya tetap
juga belum ada lagi aset untuk dibanggakan
juga belum ada jejaka pilihan hati..


semangat kembali menulis setelah puas memerhati, makan hati, bereksprimentasi dengan diri, mengatur langkah dan terus mendidik jiwa supaya terima takdir Allah SWT dengan redha dan pasrah.

9/11/12 - saat akad dilafazkan bersaksikan wali dan saksi, sahabat handai dan saudara mara, saat itu aku bagaikan tersedar dari lamunan mimpi.. wanita itu menjadi pilihan kerana kau akur dengan keputusan keluarga.. ya ! aku di sini masih menanti, tetapi setahun yang lepas.. hari ini aku kuat untuk tidak berpaling lagi, menagih kasih dan cinta dari kau, Cikgu Shafiq! 

seloka dunia hari ini.. jika study tinggi, tiada kerjaya, masyarakat punya kesimpulan sendiri.. di buang dari Universiti ! ada kes disiplin ! ada kes skandal dengan lecturer ! isu buang anak ! gagal exam !
dan itulah adalah AKU ! aku tidak mempunyai kerjaya tetap, kerana aku malas nak berhijrah!

sembang kosong jiran-jiran hari ini, jika dilangkah bendul.. 
tak laku ! tak cantik ! hitam ! dah tua !
dan itu jugalah AKU ! aku sulung, tetapi sudah mempunyai 2 orang adik ipar, mungkin awal September 2014 aku dapat status mak long.. hebat !

azam 2014, mungkin akan rajin mencoret sesuatu untuk tingkat hasil nuff, boleh beli alza baru.. insyaAllah