BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

+ 5 Tips Persediaan Sekiranya Putus Cinta +

~pic ihsan abg google syg~


putus cinta tu dalam tangan gua je, serah pada gua kalau lu org hadapi kebuntuan..
gua ada penyelesaiannya.. ikuti tips gua, persediaan sekiranya putus cinta.. tak perlu kos, tapi
perlu pemahaman..

#tips 1: prepaid
pastikan handphone lu org ada prepaid.. kalau tak ada, lu org boleh share dgn ex gf / ex bf lu org.. ataupun lu org mintak advanced kat maxis atau celcom.. kalau tak ada juga, handphone lu org cuma layak baling kat anjing kurap saja.. muahahaha..

#tips 2: lepaskan perasaan lu org
kan senang bila ada prepaid.. nOw, langkah kedua, lepaskan sume perasaan lu org.. mau maki? silakan.. tu je yg terbaeeeekk utk ex gf / ex bf lu org.. contoh ayat, gua boleh kasik.. lu org copy paste je, gua tarak hal punya..

"nape la perlu tipu? terlalu banyak menipu, tak takut ke apa akan jadi? gua dah halal sume benda buat lu, gua tak nak ada kaitan dgn lu.. harapan lu sume palsu, jgn jadi laki / pmpuan sejati la kalau takut nak terus terang.."

ayat tu gua dah try, 2 hari pas2 sure mereka2 akan dtg untuk mintak maaf atas khilaf mereka.. betulkan, syg??

#tips 3: latih semula hati lu org
tak payah la lu org nangis bagai cm bangang, buat sakit mata je, relax dan cool.. byk gila bloggers yg single, lu org boleh tackle.. gua masih single, mau? sila jumpa mak abah gua.. muahahaha..

#tips 4: buat kunci kira2 dan untung rugi hbgn lu org yg dh putus
gua bdk akaun, gua mmg berkira bab2 ni.. sure lu org tarak untung punya, rugi je.. pikir pasal duit yg lu org labur utk "cinta" lu org, hadiah2 lu org time hangat bercinta, prepaid2 yg lu org share or top up.. ada untung ka?? huhhh.. pening.. mana mau cari duit setelah cinta berakhir?? hahahahaha...

#tips 5: tutup pintu rumah lu org
kalau nak tutup pintu hati lu org, gua tak ada hal punya, mana2 pon boleh saja.. tutup pintu rumah lagi baik, tak ada sapa nak kacau lu org.. nak buat onani ke, apa ke, bukan ada yg tau.. muahahahaha...

last dr gua,

iF u love smeone so deeply, let it go.
iF it comes back to u, it's your's, forever to hold.

Monday, November 22, 2010

+ Dalam Dakapan Yang Indah +


"saya mahu cinta yang indah juga.." jawab si gadis.

"awak akan dapat kalau awak pandai jaga hati saya", ringkas jawapan teruna.

"tapi, saya takut kalau saya hilang awak nanti, saya tak mampu nak hadapi semua ini.." risau si gadis.

"sayang, antara kita tiada siapa2.. percayalah..." janji si teruna.

dalam dakapan yang hangat, masih aku rasa saat bibir mu menguntum rindu, saat kita bersatu, bagaikan dunia ini milik kita..

dalam pelukan rindu, sangat kemas.. seolah-olah kamu tidak akan tinggalkan aku keseorangan.. seperti semalam baru berlalu, namun tetap utuh dalam dakapan hari ini..




OOOhhh..shitttt!!! report LI gua tak siap lagi..
out dulu.. muahahahhaha.. jauh gua mengelamun petang ni...

Thursday, November 18, 2010

+ Antara Persahabatan dan Perampas +



Persahabatan: sahabat umpana kasih yang tak akan terputus, yang sentiasa bersama, mendaki gunung harapan, membasmi air mata duka

Perampas: perampas umpama memutuskan kasih antara 2 insan, pemusnah impian, mengharap air mata terus mengalir

Persahabatan: sentiasa hadir menghulur secebis kasih sayang bila sahabat berduka, kesepian bila ditinggalkan oleh insan yang mereka syg

Perampas: sentiasa hadir menabur benih2 cinta baru, mengharapkan simpati untuk menagih kasih si dia

Persahabatan: selalu setia di sisi, menjaga kebajikan, tak sanggup melihat sahabatnya kesempitan.. seboleh mungkin mahu menjadi sahabat terbaik

Perampas: selalu setia untuk memotong jalan, mahu menjadi awek terbaik yang sentiasa peka dengan keadaan semasa

Persahabatan: tak mengharapkan balasan, sanggup berkorban demi cinta seorang sahabat

Perampas: pengorbanan untuk cinta bukan dari hati yg ikhlas


kesimpulan: perampas bermula dari persahabatan, timbul kasih, terbit sayang.. hadir tanpa diduga, pergi tanpa dipinta.. adakah ini harus berlaku? mengharap pada kasih si dia, walapun tahu dia harus memilih antara 2 nama dan 2 hati..

Wednesday, November 17, 2010

+ Korban Cinta +



Cinta
Ku persembah cinta suciku
buat insan yang tersayang
ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
agar kau mengerti

selamilah kasih
sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

Mampukah kau mengerti perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
Ohhhh
mampukah kau selami
jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi

ku harapkan kau mengerti cintaku seadanya kasih
ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga

Friday, November 12, 2010

+ Antara Ubat dan Penawar +


sini

Wednesday, November 10, 2010

+ Kenapa Perempuan Sekarang Tak Reti Masuk Dapur?? +


bukan mau bangga diri
sebab saya antara golongan perempuan yang baru mahu
belajar untuk masuk ke dapur sebelum jumpa mertua... muahahahahaha (",)

Teruna: aku nak tanya sikit, tapi kau tak payah la nak touching2...

Gadis: ok, go on..

Teruna: kenapa perempuan sekarang malas masuk dapur?? kalau masuk pun dah kira ok la, tapi still tak reti nak masak.. tak macam zaman mak-mak kita dulu.. umur 8-9 tahun, dah tahu masak nasi, gulai, goreng ikan...

Gadis: penting sangat ke semua itu??

Teruna: sure la penting, sebab tu kan tanggungjawab seorang perempuan bila berumahtangga.. menjaga makan minum suami diorang..

Gadis: zaman dulu lain, zaman sekarang lain.. pemikiran dulu terbatas.. sekarang, perempuan lebih ramai yang berjaya ke menara gading.. peluang untuk masuk dapur sangat terbatas dengan kesempatan yang ada.. ko tak faham kan? meh aku kasi contoh.. aku start dok asrama dari form 1, bila balik umah, mak tak kasi masuk dapur, abah kata, utamakan pelajaran, take ur time utk rest puas2 kat umah.. kejayaan yang utama, bukan kepantasan memegang periuk dan kuali.. tu yang boleh membanggakan keluarga bila terima ijazah nanti..

Teruna: itu semua alasan untuk lepas tangan..

(si gadis masih sabar membela kaumnya)

Gadis: bukankah pasak rumahtangga itu bermula dengan ketua, suami adalah ketua rumahtangga, imam bagi keluarganya.. kalau memasak menjadi ukuran seorang perempuan, mengapa imam tidak dijadikan ukuran bagi seorang lelaki??

Teruna: tu kes lain.. kalau kita tengok kan, mula2 perempuan masak di rumah, lepas tu, bila dah ok bab masak2, boleh buat jamuan untuk satu kampung, kemudian, boleh cuba untuk buat catering, jual produk 1 m'sia.. dari sini juga seorang perempuan boleh berjaya.. bukan semata-mata pegang buku dan tuntut ilmu.. right??

Gadis: yes, totally correct.. tapi, tiada beza laki dan perempuan.. mula-mula menjadi imam di dalam rumahnya, memimpin anak-anak dan isteri mereka.. seterusnya boleh menjadi imam, mengetuai jemaah di surau kampung.. bila bacaan sudah lancar, tak mustahil boleh jadi imam masjid negara, bukan?? besar pahala di sisi ALLAH.. dunia kita perjuangkan, akhirat kita tawan..

Teruna: #$$$%^^&*@@



Tuesday, November 9, 2010

+ TRANSFORMER vs ULTRAMAN +

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sunday, November 7, 2010

+ UBAT JERAWAT DAN "SELUAR" +



penawar jerawat yang paling mustajab
semua produk yang ada kat pasaran belum tentu boleh saing benda ini
sumpah, aku jamin
sebab benda ini langsung tak melibatkan kos
langsung tak bagi kesan jangka panjang
untuk awet muda katanya

aku paparkan kes untuk mereka yang bujang
yang sudah kawen, ada ubat lain
nak gtau juga ke?
muahahahaha.. teeeetttt...
yang ini terbukti berkesan sebab akak ni
yang byk jerawat, terus jd awet muda
muka licin, macam anak dara
sumpah laki tak cari lain

untuk yang bujang
guna la seluar dalam anda
amalkan setiap hari
make sure, seluar tu bukan yang 'kotor'
selepas basuh, lap pada muka
ala-ala kapas gitu
muahahahaha

sumber ~ dari mereka yang telah amalkannya..





Saturday, November 6, 2010

+ Sumpah... Saya Tak Hina Awak... +




"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta pada-Nya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha Tahu jodoh kita siapa. Dan siapa dia siapa kita."


setelah kamu memberi banyak pengharapan
jagalah dia sebaik mungkin
setelah dia hadir menghapus duka kamu
jauhilah dia dari secebis luka hanya kerana perbuatan kamu
setelah kamu mendapat kasih sayang dia
hargailah sebaik mungkin sebelum hatinya berpaling

setelah dia memberi senyuman kepada kamu
jangan lemparkan kata-kata nista yang mampu merobek jiwanya
setelah cinta itu hadir dari sekeping hati
pastikan kamu hargai
kerana yang hadir sukar diganti
kerana yang pergi tetap berlalu

setelah janji diikat
pastikan kamu setia, menemani setiap perjalanan hidupnya
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...


good luck~miss u so much~iluvu