BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

+ blOg p3Perak nak tutuP..!! +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

genaplah 6 bulan usia SEBUAH PERHENTIAN..
kini, aku ingin melabuhkan tirai..
menutup catatan lama..
dan bermula la pengembaraan GENG UPIN IPIN..
memburu sekeping impian..
mengejar cita-cita..
demi SEBUAH KEJAYAAN..
disini jua la aku melepaskan lelah..
selepas seharian perjalanan..
tiba masanya, SEBUAH PERHENTIAN mengundur diri..
memberi laluan tahun 2010..

tak reti dah nk smbung.. spe berani, try la..
ini entry terakhir aku utk tahun 2009 je..
thn depan pun tak lama lg kan, bpe jam je lg..
nanti aku update la.. tajuk entry je gempak..
hahahaha...

p/s: hbz, tak yah la tutup blog, nanti sume followers rindu kamu..

p/s: spe followers ke 100?? berani?? follow la..

p/s: malam ni nak p Dataran Syahbandar.. spe nak join??

Wednesday, December 30, 2009

+ AIR MATA TUMPAH LAGI +

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..

esok lusa, dah nak masuk tahun 2010.. rasa laju je
masa tu berlalu.. umur pun makin hari makin tua..
xtau la nak tulis pe2 pagi2 buta ini.. hari ni dah masuk
hari ke 4 kelas bermula kt UDM.. dah dapat 3 assignment..
advanced betul la.. insyALLAH, sem 6 ini permulaan baru
untuk mengejar cita2..

malam ini, saat entry ini ditulis, air mata tumpah lagi..
apakah salahku..?? memberi harapan pada bukan milikku..
semakin aku ingin menjauhi kaum adam, semakin byk ujian yg ALLAH bg..
apakah dosa ku??

"Ya ALLAH, ringankanlah ujian Mu, supaya aku bisa memperoleh maghfirah dari MU.."

Saturday, December 26, 2009

+ JANGAN PANDAI 'BUAT' JE!! +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

korang dah baca paper belum pagi2 ni??
Eeeeii.. aku geram la tengok news ni.. byk sgt gosip2 pasal aku..
Ooopss.. terlebih suda.. bukan cerita2 pasal aku la yg tersiar..
ni tgok gmbr budak ni..



kasihan sungguh budak ni, baru umur 7 bulan, dh kena dera..
jom baca news ni.. aku copy dr myMetro edisi hari ini 27 Dec 2009..

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.

Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.


***********************************************

spe yang patut dipersalahkan..?? main sedap je nak buat anak, tp x reti nak jaga.. apa kes?? baik tak yah beranak.. sakit 1 hal, skrg ni tak pasal2 kena p ngadap balai polis tu..

sygilah mak, mama, mummy, ibu, umi, abi, walid, ayah, abah korang.. sebab mak bapa kita ni tak dera kita time kecik.. pdhal, dh besar2, menyusahkan diorang lagi.. lu pikirlah sendiri ~ Nabil Raja Lawak 2..

p/s: mOod geram.. cam bodOh je wt budak kecik cm2..

p/s:

+ YeaYY!!! AKU DAPAT ANUGERAH DEKAN SEM NI!! +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

Miss Dell sudah pulih seperti sediakala..
tp, hati aku tetap sakit.. gila apa..
format laptop RM60.. tp bukan semua software
di'install'kan semula.. bodoh betul la..
eeeiiii.. sakitnya jiwa aku..
laptop terus kosong.. ada gk file yg kedai laptop
ni x back up dulu before format..
pas 3 hari baru siap format, tu pun aku asyik call je..
klu x call, burn terus la kot..
hampehh...


[bermula lagi sem baru]

kpd teman2 bloggers, selamat masuk sem baru..
selamat tahun baru..
sure result final exam korang sem lepas dh
keluar kan?? korang dapat bpe??
tajuk entry je gempak.. result aku tak gempak mana pun..
belum mencapai sasaran utama lg nak dapat DL sem ni..
tp, still ada peningkatan utk result kali ni..
alhamdulillah..

p/s: tak reti nak format laptop sendiri.. ada
tak spe2 leh tolong ajarkan..?? [simpati la..]

p/s: result korang cmne ek??

Wednesday, December 23, 2009

+ VOTE FOR ME!! [due date 24 Nov 2009] +



Assalammualaikum..
salam 1 Malaysia..

dh 1 minggu tak update blog.. broadband wt hal..
nasib badan la.. kpd yg sudi klik2 Mr. Nuff, dont worry, pasni
aku leh continue utk klik2 Mr. Nuff korang plak..

1 lg, pd semua yg rajin masuk blog ini, leh undi p3perak kt blog BroFramestone..
korang leh klik kt [sini]...

p/s: vote for me!!

p/s: result tak keluar lg..

Sunday, December 13, 2009

+ I LOVE U, APAKAH DOA ANDA?? +

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

dh 2-3 hari x update blog.. lawat2 blog org lain, then turun g gerai tolong family niaga.. sO, xde la bosan sgt dok umah cuiti ni.. heheheh.. aku suka kt entry ni.. my ex yg kasi dulu.. sumber tu, aku tak pasti dr mne plak..



Apakah doa kamu?"

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh
membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal
mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru.
Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh,
mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang
diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan
wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam
sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk
mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah
dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut
kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya
kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki
yang soleh akan menyuruh, malah kekadang
sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya
solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat,
sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan
suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si
suami kejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si
gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat
lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat
tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam
mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang
soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah
atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau
berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh
akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada
isteri kurang senang dengan perkara begini.
Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat
suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda
bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah
sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang
hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara
program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar
untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki
halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam.
Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda
dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara
hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid
sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak
suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua
ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya
melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan
sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda
mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada
ibunya), bila dah dapat, anda marah pula!
Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-
mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam
perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan
segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah
beri barang-barang mewah seperti rumah besar,
kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan
keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang
tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh,
tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada
maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu
perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini
memang mana-mana perempuan pantang, malah
membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu
anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai
oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat
suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang
dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh
tidak dapat memberikan sebahagian besar
daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak
perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana
doa untuk mendapatkan suami yang soleh,
mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-
isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan
pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya
mereka memilih akhirat.

p/s: yang baik dgn yang baik.. yang utk yang jahat..

p/s: doa korang apa plak??

Wednesday, December 9, 2009

+ BFundi Broframestone dengan p3Perak +


Salam 1 Malaysia...

sempena tahun baru yang bakal kunjung tiba, ingin ku coretkan senaskah bicara buat peringatan diriku yang hina ini dan teman seperjuangan yang lain.. rata-rata masyarakat kita hari ini terlalu obses dengan konsert sana sini sempena kedatangan tahun 2010..

benar katamu, teman.. tahun baru tidak datang berulang.. setiap tahun, ia silih berganti.. tapi, adakah kau jua mengerti, hidup manusia juga tidak akan berputar kembali..?? hidup mesti enjoy beb!! Ohh..dahsyat sungguh kau bermain dengan kata-kata.. semoga kita ada impian dan azam masing-masing dalam menempuh setiap onak dan liku kehidupan di alam fana dunia dengan penuh kesungguhan dan iltizam..


entry ini ditulis bukan semata-mata menyahut cabaran daripada BroFramestone,
malah ianya sebagai 1 platform untuk aku terus mengorak langkah dan terus berdiri tanpa diperlekehkan siapa diriku yang sebenar.. apakah azam kalian??
Inilah azam ku, sebagai guideline untuk hidupku supaya perjalanan hidup ini sentiasa terarah...

1) Azzam
~ korang kenal tak budak ini? Yes, adik Azzam, peserta dalam Idola Kecil 2 TV9.. aku suka cara budak ini, even baru 12 tahun, tapi aku rasa performance dia best every week.. aku teringin nak g jumpa budak ini, nak tengok show dia live.. kot2 la leh buat adik angkat terus ke.. [sambil menyelam minum air?? Tak gitu..]

2) grad[2011] with cgpa 3.50 above
~ aku nak jadi budak skema kat U.. pasni no more futsal, bola jaring n badminton.. dah sem 6 la, nak fokus 100% pada study.. aku nak grad dengan ijazah kelas pertama.. anjakan paradigma gitu! mak aku cakap, “kalau result teruk, tak leh kahwin..” ohhHh.. tidak!! aku mau kahwin sih, sama itu kekasih gelapku [ntah la, still mencari calon lg.. hahaha]

3) yes, i’m migrain girl
~ aku la budak migrain yang pengsan dalam kelas.. [cam bangga plak..] 2010 permulaan untuk aku terus melangkah dengan bergaya, sebab aku nak lari dari hospital, tak nak follow up appoinment dengan doktor pakar.. yes! Yes! No more ubat2, cucuk sini sana.. dah penat la.. [doktor2 cinta, bebaskanlah aku..]

4) try to finish “DIA CINTAKU”
~ actually, impian aku sebenar adalah untuk menjadi novelis gitu, tapi at the same time, aku terpaksa pilih untuk menjadi seorang akauntan [bakal..].. jadi, tak salah aku punyai hobi untuk berkarya.. aku nak siapkan novel ini secepat mungkin, then nak jual pada semua bloggers.. khas kat korang, aku kasi special offer..

5) kereta
~ iyep, aku sedang berusaha membodek abah untuk dapatkan sebuah kereta, at least kancil pun dah ok.. senang nak g praktikal sem 7 nanti.. tapi, cam susah je nak dapat.. aku dah try kumpul duit biasiswa yang JPA kasi, tapi tak lepas pun nak wat payment.. mudah-mudahan 5 April 2010, abah hadiahkan aku sebuah kereta.. hehehe..

Mengapa kalian ber’blog’? masing-masing ada jawapannya tersendiri.. aku juga seperti kalian, mempunyai sebuah blog, mencoretkan setiap liku-liku kehidupan ini, hanya sekadar intipan dan perkongsian buat kita.. dunia ini hanya perhentian semata-mata.. aku mengejar ilmu duniawi sebagai bekalan untuk akhirat kelak.. apakah matlamat kalian??

Sebuah Perhentian ini merupakan perhentian dan singgahan sementara untuk aku terus memperbaiki diri dan mencari siapakah aku.. aku bertatih dari awal dalam pembikinan sebuah perhentian, bermula dengan umpatan dan kejian, aku terus mengukir bait-bait perkataan demi menutup suara-suara sumbang itu.. di sini jua, aku bertemu cinta sejatiku.. ya, aku cintakan ilmu.. bagiku, ilmu di dada masih belum cukup sempurna untuk melangkah jauh.. inilah permulaan aku di alam maya ini.. Terlalu asyik aku bersama sebuah perhentian.. kini, 6 bulan telah berlalu.. sebuah perhentian masih wujud sebagai satu wadah perkongsian.. dahulunya kosong, kini ada pengisian walaupun sekadar gurauan dan pandangan.. jutaan terima kasih kepada kalian yang terus memberi komen dan meluahkanpandangan bersamaku..

maka, terciptalah satu puisi SEBUAH PERHENTIAN buat kalian, sebagai buah tangan dariku di sini untuk membalas jasa baik kalian..

Inilah destinasiku
Ianya berdenyut seperti nadiku
Setiap hari-hari yang aku lalui
Pastinya, di sini aku akan berhenti
Ya, berhenti untuk mencoretkan pengalamanku
Sebagai iktibar dan perkongsian
Bukan tatapan dan komen semata-mata
Itulah matlamat perjalanan aku di sini
Membingkis bait-bait perkataan
Selagi hayat dikandung badan..

Sebuah perhentian
Usianya hampir menjangkau 6 bulan
Terlalu mentah untuk berkarya
Bangga aku melihat kalian
Penulisan yang penuh beremosi
Kata-kata yang penuh asyik
Ada saja isinya
Ya, aku ingin menjadi seperti kalian
Mempunyai blog yang begitu indah
Sebagai rumah kedua
Bercerita itu dan ini..

Langkah diatur dan terus bermula
Bermula dengan pasaknya iman
Syariat disanjung, agama dijunjung
Maka, lahirlah sebuah perhentian
Di ruangan ini aku titipkan pelbagai agenda
Kisah suka dan duka
Liku-liku hidup yang penuh ranjau
Perasaan cinta dan sayangku
Kisah-kisah teladan para pejuang Islam
Dengan satu pengharapan
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati..
Kata orang
Kejayaan bermula dengan langkah pertama
Usia bukan penghalang bagiku
Terima kasih teman-teman
Bermula di sini aku mengenali kalian
Berkongsi itu dan ini
Terlalu banyak aku pelajari
Kalian tidak lokek untuk menegur segala kekhilafanku
Malah, berbesar hati untuk menghulur jasa
Madah ini juga untuk kalian
Sebagai tanda ingatan dariku..

Kaki terus mengorak langkah
Walaupun ada saja yang mengkritik
Namun, ini semua semangat buatku
Untuk aku terus berkarya
Kerana itu minatku
Aku tidak pernah bosan melayaninya
Ada saja modal untuk aku bercerita padanya
Inilah teman akrabku
Untuk aku terus memuntahkan segalanya
Hanya kerana destinasiku
Sebuah Perhentian..


~p3perak

Finally;
“BroFramstone merupakan seorang blogger yang tidak pernah lokek dalam memberi idea-idea baru untuk terus berkarya ..“

Tuesday, December 8, 2009

+ MOOD UNTUK BER'CONTEST' LAGI ~ EKSPERIMEN BAHASA +

Salam 1 Malaysia..

next contest yang aku join ni namanya Cabaran Eksperimen Bahasa from Miss N..

Perkataan yg aku pertaruhkan adalah CINTA.. 20 words CINTA dalam 1 ayat.. korang, jom sahut cabaran ini.. ni ayat jiwang yang tercipta slps 1 malam berjaga.. fuhh.. susah weii..

CINTA itu buta kerana aku gagal menilai CINTA yang sebenar demi membajai CINTA-cinta kita di alam perCINTAan ini dan yang pasti, aku yakin CINTA itu milik abadi buat kita serta CINTA kita kepadaNya demi membuktikan kesetian CINTA ku terhadapmu walaupun engkau mengerti, ingin ku menyelami rasa CINTA itu agar kita kembali berCINTA kerana aku tak mampu untuk kehilangan senaskah CINTA yang tercipta antara kau dan aku tatkala CINTA kita hampir dijerat oleh kepalsuan CINTAmu kerana ku percaya ada CINTA dari ALLAH SWT dan semoga kelak akan ada CINTA untukku daripada insan yang menCINTAi ALLAH SWT sebagaimana CINTAku terhadapNya justeru aku ingin membingkisan sebuah ucapan CINTA untukmu, aku CINTA kamu dan semoga CINTA yang suci ini terus bersemi sehingga ke jannah seperti CINTA Adam kepada Hawa.

maklumat lanjut, g klik2 kt blog Miss N..

p/s: dont forget to vote fOr me k!!

Sunday, December 6, 2009

+ LELAKI vs PEREMPUAN [ PART 2] +


Salam 1 Malaysia..

Owhh.. akhir2 tahun cmni, ramai gak blogger wat contest.. mcm2 contest.. yang paling latest adalah Mr. Fird, "Photo Cinta Suci Contest.." nape aku tak join plak contest ni?? nape ek?? korang rasa?? hahahaha.. abaikan.. kat cni aku nak wat iklan cm Mr. Nuff jab, borang masih kosong.. sape2 nak isi borang, nak apply jd calon, leh la.. sebab tu adalah azam 2010.. sila la klik2 kt komen tu ek, utk proses seterusnya.. hehehehe..

aku ingat lagi, sebelum masuk U hari tu, de sorang pakcik ni gtau kat aku.. lagi setahun sebelum grad, baru cari calon.. esok2, dah abis belajar, terus je kahwin.. orang lelaki sekarang ni takut nak masuk meminang anak dara yang study tinggi2 ni.. *hahaha.. tergelak aku sorang2* betul ke korang??

ok la, kalau ada antara korang yang pernah baca entry aku sebelum ini, aku pernah post pasal LELAKI MELAYU?? apa kes?? hahaha.. pas aku post je entry tu, ramai gila serang aku kt YM.. yang bukan blogger pun serang gak.. antara kata2 diorag..

Mr. A: apa ini?? lelaki plak?? pmpuan tu..

Miss B: tak aci la cmni.. pmpuan pn tak perfect gk..

Miss C: ko igt ko tu apa??

Mr. D: ko anti laki ke??

Miss E: berlagak bagus je ko ni..

bla... bla... bla... [lupa dh spe lg kutuk2..]

thanks pada yang komen gk.. actually, entry kali ini adalah sambungan entry yang lepas.. seperti yang aku janjikan, aku akan bongkarkan apa maksud aku tulis entry tu..

kadang2 aku pelik, bila aku tanya je kat korang yang dah pernah rasa putus cinta [mcm aku], korang mesti nak salahkan sebelah pihak..

Mr. Lelaki: aku tak percaya dah kat mana2 pmpuan pasni.. pmpuan sume sama.. curang!!

kes yang lain plak..

Miss Perempuan: aku tak percaya kat lelaki2 ini sume.. diorang sama je.. curang!! ego!! suka salahkan sebelah pihak.. bla.. bla.. [emosi terlebih..]

Ha.. nape la kita ini sume tak boleh nak terima dugaan mcm ini..?? masing2 nak dipersalahkan.. orang ni la salah.. dia la salah.. manusia tak perfect.. aku nak petik 1 komen from Haniff... komen yang membina..

Allah menjadikan manusia berbilang bangsa,pelbagai kaum,warna kulit bukan kerna yg sia-sia..
tp Allah Maha mengetahui setiap akan hamba dan makhluknya.

hah..adakah lelaki afrika lebih baik dari itu, adakah lelaki kulit putih lebih baik dari itu, adakah lelaki cina lebih baik dari itu atau adakah lelaki india lebih baik dari itu..??

Tiap anak Adam pasti akan banyak melakukan kesalahan dan sebaik-baik pelaku kesalahan ialah yang bertaubat.

lihatlah & nilai akan dirimu dahulu adalah lebih baik dari melihat & menilai diri org lain..

teringat kata2 sahabat...
bersiap sedialah kita, apa yg kita hendak berikan alasan pada Allah diakhirat kelak..
adakah dgn ilmu engineering kita,degree kita, sijil kita, bahkan itu dunia semata2..

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? [6 : 32]


kata Mr. black_mel, mungkin belajar dari pengalaman.. tak salahkan kalau kita belajar dari pengalaman yang lepas, tapi mengapa perlu untuk membalas dendam.. sampai salahkan orang lain plak..

aku pernah bertegang urat dengan seorang sahabat.. dia minta pandangan.. then dia yang kasi jwpn.. dia terima semula pmpuan yang pernah main2 kan hati dia dulu.. sebab dia ada misi.. misi untuk membalas dendam dan merosakkan maruah pmpuan itu.. apakah ini yang korang fikirkan terbaik untuk mengajar erti kesetian??

p/s: maafkan aku atas entry ISU:LELAKI MELAYU.. yang pasti, aku ingin mencari sebuah jawapan, apakah itu kesetian, kejujuran, kasih sayang dan kecintaan.. so, tak perlu la untuk kita mencari kesalahan orang lain sebelum kita mencari salah silap kita.. dah jodoh kita bukan dengan dia, redha je la..

p/s: ALLAH SWT dah tetapkan siapa jodoh kita, yang terbaik dr sebelum ni.. sabar la menanti ek..

p/s: borang masih kosong.. [hahaha.. kegedikkan yang terlampau..]

Friday, December 4, 2009

+ SHARING IS CARING?? NO, IT'S HADIAH.. +

Salam 1 Malaysia..

malam ini aku masih diberi kesempatan untuk menaip entry ke 4.. rajin sungguh anak dara sorang ni, malam2 orang tido, tp korang mesti berjaga kan?? sebab ada misi Klik-kLik kan?? haaa.. kan betul aku cakap.. malam ni teman aku tido awal, nak g umah kenduri esok.. jadi, misi malam ini, aku bergerak secara solo la.. jangan lupa tunggu serangan aku..

entry ni pasal contest yang aku nak join ni la.. moh ler kome, yong, yob.. kita belasah Mr. Adney nya contest.. kita kasi support bloggers tempatan.. *cam promote cd original plak..* contest ni kan, sume orang leh dapat hadiah tau.. tp de syarat umur plak.. umur 3 tahun keatas je leh join contest ni..


[to Syed Afiq Farris, kamu tak leh join la syg, umur baru 3 hari.. akak join ek, syg.. wakil kamu..]

korang yang dah cukup syarat,
just wt cmni je.. copy & paste ayat ni;

Hai. Kawan saya nama Adney ada buat contest. Contest dia ni pelik sikit. Apa yang saya tahu saya join saja dan saya kompem-kompem dapat hadiah. Dapat TOPUP FREE, dapat DUIT FREE, dapat TEMPLATE FREE.

Kalau nak tahu lagi pasal contest ni boleh rujuk sendiri di laman blog saudara Adney sendiri di sini.


1st person yang aku invite is Mr. black_mel.. susah payah aku berdebat dengan beliau, last2, aku gak kalah.. inilah antara dialog aku dan beliau.. sila kemaskini niat anda, tak mau jeles2 k.. sucikan hati dulu.. just for fun.. hahahaha..

p3perak: kamu, buka link tu.. de contest, hadiah best.. kamu kan suka hadiah..

Mr. black_mel: sharing hadiah bole la.. sya masuk.. kita sharing..

p3perak: kamu pun join la.. pas2 kita share.. ok?

Mr. black_mel: x reti..

p3perak: contest tu senang je kan.. join la..

Mr. black_mel: tgok la dulu.. ilmu x cukup..

p3perak: best kan hadiah tu.. [aku wt gedik2 manja gitu.. ahhaaks.. korang caya ke??]

Mr. black_mel: kan sharing is caring.. sya join, hadiah kita share..

p3perak: kalau menang, kita tuntut hadiah kt kamu gak.. adil??

Mr. black_mel: erk?? x adil..

sama2 gelak.. he said that, "sharing is hadiah.." ni la hadiah2 yang bakal kami share together.. doa2 kan la yer..

Tempat Pertama:

-Tunai RM50

-Topup Free RM10

-Template Percuma Bernilai RM30

Tempat Kedua:

-Tunai RM20

-Topup Free RM10

-Template Percuma Bernilai RM30

Tempat Ketiga:

Topup Free RM10

-Template Percuma Bernilai RM30

Saguhati:

Hadiah saguhati bagi semua yang join, maknanya, join tapi x menang pun, still dapat hadiah. Aku x suka korang join tapi x dapat apa-apa ye x?

Hadiahnya template percuma bernilai RM10.



to Mr. Adney, if blog ini terpilih, hadiah2 tersebut dengan sukacitanya akan dikongsi bersama dengan Mr. black_mel.. hahaha.. jangan jeles2 k.. don't forget to vote both of us.. pasni tak de dah istilah SHARING IS CARING.. SHARING IS HADIAH..

+ CONTEST AKHIR TAHUN RAJA KAMIL, KEJOR YOB/YONG KEJOR!! +

Salam 1 Malaysia..

jari jemari aku semakin rajin utk menaip.. nk kuar date, tak de spe pun nak ajak.. hahahah.. better dok umah, tido + makan + tengok tv + blogwalking + YM.. tu la keja aku sepanjang cuti sem kali ini..

thanks to PiKa, dia membebel jab kt shoutbox td.. then, aku pun g la cari jejak dia.. nice blog and then cam interested je nk join contest2 tu.. second contest yang aku join is;

Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update


rules pn simple je.. just copy and paste that's word..
korang sure nak tau hadiahnya kn..?? klu tak best, tak nak join la tu.. hadiah dia best ooww.. jab2, tgok kt bawah ni.. moh sama, kita meriahkan this contest..



[Sharing is Hadiah.. (*_*)

nk join senang je, nak dapat hadiah senang tak Mr. Raja Kamil?? hehehehe..
try my best to join this contest.. bila dh start kuliah esok2, sume benda tak sempat nak buat.. wish me luck.. InsyALLAH..

Thursday, December 3, 2009

+ WAJARKAH ADA RASA JELES DI HATI +


[thanks google, pinjam siti sat na]
Salam 1 Malaysia..

Cuti2 sem ni, memang aku minat menaip je.. terbawa2 plak time kuliah hari tu kot.. assignment sana cni.. nk tido pn mimpi assignment yang tak siap taip.. last2, bangun dulu, korbankan masa tido utk taip assignment yang last minit lecturer bagi sblm study week.. *mata bengkak x yah cerita lorr..*

korban?? ikhlaskah aku?? ehh2.. ikhlas la, nk menuntut ilmu kn.. cmne raya korban korang?? apa yang korang korbankan??? kalau girls, mesti pasal berat badan punya.. hahahaha.. *gelak cm Nenek Kebaya..* aku tak risau kot, sebab aku tak pernah sentuh daging2 korban ni.. aku kasihan tgok binatang2 ni kena sembelih.. that's why, seumur hidup aku, aku tak pernah makan daging lembu, kambing, unta, segala jenis burung.. aku just makan ayam, ikan [tak sume ikan] n sayur.. pernah kawan aku tnya, ayam tu kena sembelih gak, npe kau tak kasihan ayam tu..??

ntah, tak tau la plak nk jawab soalan dia.. aku memang memilih.. semalam makcik sebelah umah offer rendang daging dia.. Oopss.. tak makan daging la.. pas2, dia leh cakap, untung suami aku nanti, tak yah nak beli2 daging.. mak plak sampuk dari belakang.. "masak pun tak pandai, tak yah bagi suaminya makan.." haaaa.. maknanya lagi untung la, dapur tak berasap, jimat duit gas.. berbaloi-baloi untungnya..

owhh.. sudah merepek ini jauh.. *ayat keling*
apakah entry ni??

semalam aku ym dengan kawan baik aku, even baru kenal bpe hari je, aku rasa jeles plak..
jeles sikit2 je la.. tak nak bagi dia syak apa2.. padahal, aku dah tutup pintu hati aku utk kaum adam buat beberapa ketika.. tiba2 dia muncul.. muncul dalam hidup aku.. aku rasa senang nak kawan dengan dia.. macam2 borak.. adakah dia bloggers?? entah la, no komen.. macam ramai pmpuan je minat dengan penulisan dia.. ym semalam pun, rasa kekurangan je.. apakah perlu ada rasa jeles di hati ini??

cmne la nak buang perasaan dan bisikan syaitan ini..?? tak sanggup nak hadapi benda yang sama dalam hidup.. pada kau yang memahami, maafkan aku.. tak patut kiranya aku mempunyai perasaan lebih dari seorang teman..

jom layan jab lagu ni;
KU PERCAYA ADA CINTA ~ DATO' SITI NURHALIZA

Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan
Segala…

Ku rela
Biar betapa pun perit
Tertusuk duri
Jalan berliku
Tiada bererti
Ku percaya
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi
Ditanah pasti…

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuma cari jawapannya
Andai meragui

Corus

Aaaa aaaaa aaaa…
Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan
Segala

Ku rela
Biar betapa pun perit
Tertusuk duri
Jalan berliku
Tiada bererti
Ku percaya
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta
Tersembunyi ditanah pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuma cari jawapannya
Andai meragui

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi

Ku rela
Biar betapa pun perit
Tertusuk duri
Jalan berliku
Tiada bererti
Ku percaya
Tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji
Ada hikmah yang pasti

Sejak mula ku percaya ada cinta
cinta itu memungkinkan segalanya
cinta suci dan abadi

+ 13 WASIAT RASULULLAH SAW +



Salam 1 Malaysia..

Lama rasanya tak update blog ni, walaupun everyday view.. hari ini, kesempatan itu mengizinkan utk aku mencoretkan beberapa patah di sini sebagai perkongsian dengan kalian semua.. *agak skema bahasa ku skrg, mungkin sudah matang, dulu bebudak lagi..*

First time seorang bloggers tanya aku, “npe tak update blog??” Tiba2 aku teringat kata-kata Haniff, teman bloggers Selebar Senyuman Bersama, followers akan tnya kenapa kita tak update blog.. Malam ini, aku just nak share 1 Wasiat Rasulullah SAW.. sebab aku rasa, apa yang kita buat selama ini ada cacat cela di sisi ALLAH SWT.. terasa rugi plak klu ilmu yang aku ada, tp aku tak dapat share dengan org lain..

Let’s check it out..
adakah tindak tanduk kita selaras dengan suruhanNya??

Rasulullah SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah SAW melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Rasulullah SAW kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:


Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
[adakah kalian mengamalkannya??]

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
[semakin berleluasa golongan ini di dunia, kadang2, kita yg tau psl bnda ni pn tak nak tegur, betul x??]

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
[lebih baik mengumpat dari beristighfar, tu la yg kita selalu buat.. lupa padaNYA..]

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
[ni problem aku, sampai hari ni, aku tak leh nak maafkan jiran aku.. hati aku sakit sgt bila dia tuduh mak ayah aku tak pandai nak jaga anak (aku la).. sesedap sesuka hati je main tduh2 family org.. dpn kami, dia burukkan hal family lain.. semua jiran2 dengar je apa yg dia cakap, tp diorg tak percaya.. sebab sume dah kena kelentong sama makcik ni..]

p/s: Org disekeliling tak mampu memberikan tafsiran siapa diri kita, kerana sesungguhnya hanya kita yang kenal siapa kita dan apa matlamat kita hidup di muka bumi ini.. kalau ada lagi wasiat2 yang tertinggal, inform la pada ku, smoga ilmu ini perkongsian buat kita bersama.. Renung2kan dan selamat beramal ~ Prof. Izzi.. (*_*)

Tuesday, December 1, 2009

+ Mrdaha End Year Contest: HELAIAN CINTA MESIR +



Salam 1 Malaysia

Apa yang kalian lakukan tatkala rindu menguasai diri? Rindu pada insani, rindu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.. bagiku, rindu padanya, insan yang bergelar Ahmad Mukhzani, seorang sahabat setia, yang saban waktu menemani tatkala aku ketandusan tinta-tinta dalam menerukan hidup ini.. mengapa entry ini yang aku fikirkan utk dikongsi bersama?

Mr. Ahmad, nun jauh di perantauan, mengejar sebuah cita-cita untuk menggenggam sekeping ijazah demi bergelar seorang ustaz yang bertauliah.. semoga dipermudahkan segala urusan dan impianmu di sana.. sebagai sahabat, setiap langkahmu, aku iringkan sebuah doa, agar persahabatan kita dan kejayaanmu di sana diberkati dan diredhai selalu..

Tanggal 26 September lalu, kau meninggalkanku tanpa sebarang ucap, pergi jauh meninggalkan aku di sini.. aku cuba menghubungimu, tapi, aku gagal.. namun, aku bukan lagi insan yang lemah, insan yang pernah kau hamburkan dengan kata yang pedih.. semangat yang kau tinggalkan buatku, segala kenangan kau dan aku, terpahat indah di sanubariku..

Kini, kau di tanah Mesir, menjejakkan kaki di Universiti Al-Azhar, mendalami ilmu yang kau dambakan saban waktu, untuk membuktikan kau mampu memperoleh Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah.. aku bangga mempunyai sahabat sepertimu, bercita-cita tinggi, penuh azam di dada..

tatkala aku membingkiskan kata-kata ini, ingatanku terleka dek pertama kali mendengar suaramu.. kau menghubungiku jauh diperantauan.. terlalu jauh jasad dan nyawa.. 5 November menjadi detik itu.. alangkah hampanya, saat itu aku perlu berjuang di medan final exam sem 5, panggilanmu hanya sebentar Cuma.. aku tak dapat menghubungimu kembali, no yang tertera di “private” kan.. aku tak mampu mencari jejakmu wahai sahabat.. namun, saban waktu, aku adalah insan yang setia, yang setia menunggu panggilan darimu yang tak kunjung tiba..

pernah suatu malam, kau minta aku tunaikan impianmu, mencari wanita yang mampu membuat kau bahagia, untuk kau memetiknya, menjadi suri di hatimu.. saat itu, harapanku musnah, namun ku relakan jua, demi kebahagianmu di hari muka.. Miss N, satu-satunya sahabatku, baik suka dan duka, segalanya aku kongsi bersama.. statusnya yang single, kelakuaanya yang elok, budi pekerti yang tatatertib, lantas aku kenalkannya kepadamu.. Sejak saat itu, Miss N telah salah anggap, Miss N sangka, aku yang memaksa dia bersamamu.. Niatku, hanya untuk membahagiakan kalian.. Miss N semakin mengelak untuk menjawab panggilan dariku, satu sms pn Miss N tak respon.. salahkah aku?

Bukan jodohmu dengan Miss N.. aku tak mampu menunaikan hasratmu sebelum kau berangkat ke sana.. semoga kau bertemu dengan gadis-gadis di sana, yang memenuhi segala hasrat dan citarasamu.. tiba-tiba terdetik lagi suaramu ingatanku, terlalu asyik aku melayan perasaan ini..

Miss Sha: Eeii.. tak suka la laki yang hisap rokok, tak macho langsung.. stop la smoking tu, lagipun tak elok la..

Mr. Ahmad: Awk tak boleh nak paksa sy, nak stop smoking.. kalau sy suruh awk pakai tudung labuh, awk nak tak?

Miss Sha: ~aku terkaku dan terpana~

Mr. Ahmad: ~then dia keluarkan semua hadis-hadis yang ada relate dengan menutup aurat~

Mr. Ahmad, memang kelakar, kadang-kadang time tengah marah pn, aku still boleh gelak besar dengar suara dia.. indahnya detik itu.. tapi, hampir ke saat ini, wajahnya belum aku ratapi, masih tak kelihatan.. sudah hampir dua tahun aku mengenalinya, ada saja alasan untuk aku mengelak apabila dia datang ke Terengganu.. aku malu, tak layak baginya.. cukuplah aku mengenalinya melalui telefon cap ayam ini.. dia terlalu hensem utk aku.. aku yang si buruk rupa, tak pantas bersamanya even sebagai teman..

Mr. Ahmad: kenapa awk gelap?

Miss Sha: memang sy gelap.. time lahir je putih, mkin besar, mkin hitam.. tak tau la kenapa.. sebab mak abah sy gelap juga.. tu la sebab sy gelap.. jab lagi, kalau sy cerah, orang tuduh sy anak luar nikah plak..

Mr. Ahmad: ~

Aku hambanya, terima segala kekurangan diri.. bukan aku minta lahir begini, inilah rahmat dariNYA.. soal sayang dan cinta.. adakah ini yang utama?? Cinta dan sayang berlandaskan warna kulit?? Sampai bilakah aku perlu meniti hidup ini tanpa menerima huluran cinta sang arjuna?? Adakah aku telah terkena sumpahan keturunan “Senandung SiDayang”??

Aku tidak pernah kesal siapakah aku sebenarnya.. bagiku, setiap hamba itu berpasangan.. lambat dan cepat, itulah jangakanya.. agar kalian bertemu dengan cinta insani, cinta yang mampu bersemi sehingga ke jannah..

“ Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta ALLAH S.W.T
penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada
insan yang mencintai ALLAH S.W.T sebagaimana cintaku
terhadapNYA... Amin”


p/s: spe2 yg de idea, suka karang ayat pnjang2, leh la join this contest [disini]

+ Mrdaha End Year Contest: HELAIAN CINTA MESIR +



Salam 1 Malaysia

Apa yang kalian lakukan tatkala rindu menguasai diri? Rindu pada insani, rindu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.. bagiku, rindu padanya, insan yang bergelar Ahmad Mukhzani, seorang sahabat setia, yang saban waktu menemani tatkala aku ketandusan tinta-tinta dalam menerukan hidup ini.. mengapa entry ini yang aku fikirkan utk dikongsi bersama?

Mr. Ahmad, nun jauh di perantauan, mengejar sebuah cita-cita untuk menggenggam sekeping ijazah demi bergelar seorang ustaz yang bertauliah.. semoga dipermudahkan segala urusan dan impianmu di sana.. sebagai sahabat, setiap langkahmu, aku iringkan sebuah doa, agar persahabatan kita dan kejayaanmu di sana diberkati dan diredhai selalu..

Tanggal 26 September lalu, kau meninggalkanku tanpa sebarang ucap, pergi jauh meninggalkan aku di sini.. aku cuba menghubungimu, tapi, aku gagal.. namun, aku bukan lagi insan yang lemah, insan yang pernah kau hamburkan dengan kata yang pedih.. semangat yang kau tinggalkan buatku, segala kenangan kau dan aku, terpahat indah di sanubariku..

Kini, kau di tanah Mesir, menjejakkan kaki di Universiti Al-Azhar, mendalami ilmu yang kau dambakan saban waktu, untuk membuktikan kau mampu memperoleh Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah.. aku bangga mempunyai sahabat sepertimu, bercita-cita tinggi, penuh azam di dada..

tatkala aku membingkiskan kata-kata ini, ingatanku terleka dek pertama kali mendengar suaramu.. kau menghubungiku jauh diperantauan.. terlalu jauh jasad dan nyawa.. 5 November menjadi detik itu.. alangkah hampanya, saat itu aku perlu berjuang di medan final exam sem 5, panggilanmu hanya sebentar Cuma.. aku tak dapat menghubungimu kembali, no yang tertera di “private” kan.. aku tak mampu mencari jejakmu wahai sahabat.. namun, saban waktu, aku adalah insan yang setia, yang setia menunggu panggilan darimu yang tak kunjung tiba..

pernah suatu malam, kau minta aku tunaikan impianmu, mencari wanita yang mampu membuat kau bahagia, untuk kau memetiknya, menjadi suri di hatimu.. saat itu, harapanku musnah, namun ku relakan jua, demi kebahagianmu di hari muka.. Miss N, satu-satunya sahabatku, baik suka dan duka, segalanya aku kongsi bersama.. statusnya yang single, kelakuaanya yang elok, budi pekerti yang tatatertib, lantas aku kenalkannya kepadamu.. Sejak saat itu, Miss N telah salah anggap, Miss N sangka, aku yang memaksa dia bersamamu.. Niatku, hanya untuk membahagiakan kalian.. Miss N semakin mengelak untuk menjawab panggilan dariku, satu sms pn Miss N tak respon.. salahkah aku?

Bukan jodohmu dengan Miss N.. aku tak mampu menunaikan hasratmu sebelum kau berangkat ke sana.. semoga kau bertemu dengan gadis-gadis di sana, yang memenuhi segala hasrat dan citarasamu.. tiba-tiba terdetik lagi suaramu ingatanku, terlalu asyik aku melayan perasaan ini..

Miss Sha: Eeii.. tak suka la laki yang hisap rokok, tak macho langsung.. stop la smoking tu, lagipun tak elok la..

Mr. Ahmad: Awk tak boleh nak paksa sy, nak stop smoking.. kalau sy suruh awk pakai tudung labuh, awk nak tak?

Miss Sha: ~aku terkaku dan terpana~

Mr. Ahmad: ~then dia keluarkan semua hadis-hadis yang ada relate dengan menutup aurat~

Mr. Ahmad, memang kelakar, kadang-kadang time tengah marah pn, aku still boleh gelak besar dengar suara dia.. indahnya detik itu.. tapi, hampir ke saat ini, wajahnya belum aku ratapi, masih tak kelihatan.. sudah hampir dua tahun aku mengenalinya, ada saja alasan untuk aku mengelak apabila dia datang ke Terengganu.. aku malu, tak layak baginya.. cukuplah aku mengenalinya melalui telefon cap ayam ini.. dia terlalu hensem utk aku.. aku yang si buruk rupa, tak pantas bersamanya even sebagai teman..

Mr. Ahmad: kenapa awk gelap?

Miss Sha: memang sy gelap.. time lahir je putih, mkin besar, mkin hitam.. tak tau la kenapa.. sebab mak abah sy gelap juga.. tu la sebab sy gelap.. jab lagi, kalau sy cerah, orang tuduh sy anak luar nikah plak..

Mr. Ahmad: ~

Aku hambanya, terima segala kekurangan diri.. bukan aku minta lahir begini, inilah rahmat dariNYA.. soal sayang dan cinta.. adakah ini yang utama?? Cinta dan sayang berlandaskan warna kulit?? Sampai bilakah aku perlu meniti hidup ini tanpa menerima huluran cinta sang arjuna?? Adakah aku telah terkena sumpahan keturunan “Senandung SiDayang”??

Aku tidak pernah kesal siapakah aku sebenarnya.. bagiku, setiap hamba itu berpasangan.. lambat dan cepat, itulah jangakanya.. agar kalian bertemu dengan cinta insani, cinta yang mampu bersemi sehingga ke jannah..

“ Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta ALLAH S.W.T
penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada
insan yang mencintai ALLAH S.W.T sebagaimana cintaku
terhadapNYA... Amin”


pd korang yg nk join this contest, leh la view [Mr. Adha blog]