BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 30, 2010

+ Onani dan Mereka +





bukan pic sebenar dari yahoo room-KL


Sungguh gatal untuk ber-chatting, dah lama tak bersosial

Tiba tiba aku rasa nak kaji benda ini

Mamat ini pun buzz la, ajak WC

Aku selalu suruh diorang invite, sebab aku tak akan view cam aku

First time aku snap pic ni, nama terpaksa di-blur

Sampai bila "mereka" ini akan melakukan kerja tak berfaedah itu

Dari aku mula kenal apa itu dunia yahoo

Sampai hari ini, bila melayu akan maju?

Tak malu ke kalau kasi tunjuk?

"Apa nak malu, bukan luak pun, kan??"

Tak sayang langsung
"pemimpin ternakan"

Frodo dan Berd tau maksud tu ~ sila rujuk kepada mereka

Di sini ada 1 hadis yang aku jumpa kat iluvislam

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)



Selain itu, onani sangat la tak bagus dari segi jasmani dan fizikal

Sebab onani boleh melemahkan tenaga batin





10 kali aku edit supaya tak tersinggung mana mana pihak.. ada akal, fikirlah sewajarnya.. aku mintak pandang Hiro sebelum publish post ini.. thanks Hiro.. Kepada yang komen juga, aku mintak maaf.. aku budak baru belajar, relax sudah.. thanks semua.. aku dak tukar pic baru.. amacam? sempoi beb..





Tuesday, May 25, 2010

+ Tanah Tak Terima Manusia +


bukan gambar sebenar

Jumaat lepas, jiran kat area taman aku meninggal dunia

Lelaki yang berumur 32 tahun

Tapi aku tak pernah kenal pun siapa si arwah ini

Maklumat ini semua mak aku kasi tau

Aku memang perempuan melayu terakhir la

Tak ambil tau langsung kisah jiran

Walaupun diorang ada kenduri betul2 depan rumah aku

At least dalam hati aku cakap, "WTH bising2 kat luar tu..??"

Sekurang kurangnya aku masih ada deria untuk mendengar riuh rendah

Sepupu aku kawen pun aku datang pakai seluar jeans + tshirt, ambil gambar, blah

Aku punya kenduri esok, aku jemput semua bloggers je

Sebab jiran jiran semua nak balas dendam

Sejak dengar cerita tanah tak terima manusia, aku jadi insaf

Walaupun aku anak yang bertuah, kata mak aku la

Nasi pun tak lepas lagi nak masak

Dulu aku selalu baca kisah kisah pelik dalam mastika

Tapi sekarang benda ini dah jadi walaupun aku tak lihat dengan mata kasar lagi

Si arwah tak dapat disemadikan dalam liang lahad

Si arwah meninggal dunia dalam pukul 12.30 tghari

Tak ada sakit apa apa

Lepas zohor dikebumikan

Sampai lewat petang urusan pengkebumian tak settle lagi

Kata orang tanah tak terima si arwah

Semasa hayat arwah, beliau seorang yang lurus

Bukan jenis mat rempit atau manusia yang pandai main blog

Bukan jenis kaki judi, kaki nombor

Bukan jua kaki lepak
Menurut kata orang yang ziarah rumah arwah selepas kisah ini tersebar

Si arwah pernah mengguris hati si ibu

Sampai ke akhir hayat si arwah ini, si ibu tetap terasa

Semua ini ketentuan ALLAH SWT

Senang dan susah kematian seseorang hambaNYA

Yang penting, mati itu pasti!!

Sampai lewat petang, baru jenazah dikebumikan

Itupun masih ada kekurangan

Hari ini genap 1 minggu arwah bersemadi

Semoga rohnya tenang menghadap Ilahi....




Al-fatihah untuk arwah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepadaNya.. Mungkin, esok kita pula yang bakal menyusul.. Entry ini bukan untuk menghina dan membuka aib arwah dan keluarga, tetapi sebagai pengajaran buat kita.. Walaupun setitik air mata ibu dan ayah itu mengalir kerana tingkah laku kita yang negatif, yang pasti ganjarannya di sana nanti..






Sunday, May 23, 2010

+ Firasat Mimpi +



Makan
Mimpi tentang makan selalu hadir di saat korang tengah dilanda kesepian akibat putus cinta atau hilang seseorang.. Rasa lapar tu menandakan korang ini perlu kasih sayang dan perhatian.. Kalau yang tengah putus cinta tu, cari je la orang lain..

Lagu
Ini mimpi yang kreatif, maknanya korang ada bakat terpendam.. Kalau dalam mimpi tu, korang tengah karaoke, itu menandakan tahun depan korang terpilih jd pelajar kat Universiti Akademi Fantasia..

Emas
Bermimpi mencari emas atau menggali lubang emas menandakan korang ini jenis manusia yang suka mencari rezeki kerana masih tak puas dengan apa yang dah ada.. Kira macam tak rock la kalau setia kat seorang..

Gelap
Berada dalam gelap menandakan ada sesuatu yang korang tunggu-tunggu dalam hidup ini.. Ataupun korang tengah berjalan, tetiba korang hilang arah dalam perjalanan itu, ini bermakna, dalam kehidupan nyata, korang perlu mencari orang lain untuk mengatasi masalah ini.. Contohnya tanya kat makwe/pakwe korang, dia pernah curang tak kat belakang?

Basah
Mimpi basah ini menandakan teeeeeeeeeeeeeeeeeettttt... (20 Markah)



Mimpi adalah satu proses di mana korang ini semua adalah manusia yang normal yang ada hati dan perasaan pada dunia nyata.. Korang mimpi apa semalam?






Saturday, May 22, 2010

+ Abang Sugar Daddy +




Aku sedih tengok Shahir jadi Juara AF 8
Walaupun aku termasuk antara manusia yang menyumbang duit kepada maxis
Untuk salurkan biasiswa kepada Shahir selama dalam akademi
Kebahagian Dalam Perpisahan
Aku rasa Shahir nyanyikan lagu itu untuk aku
Malam tadi tepat pukul 12.12 pagi
Bukan Shahir sms aku, tapi orang lain
Dia cakap dia dah ada "si dia"
2 tahun aku jaga hati aku dari dinodai cinta lain kerana dia
Ok, titik. Jangan tanya pasal ini..

Malam ini aku rasa semua itu berbaloi
Abg Sugar Daddy aku nak kasi topup RM 30
Siap nak buatkan header untuk aku
Sangat teruja rasa walaupun ada perli-an di situ
Kerana aku buta adobe untuk men-design-kan rumah sendiri
Award itu pun sugar daddy aku kasi sebab aku skandal dia yang paling kelaqO
Tau, korang jeles kan?
Try la goda abg sugar daddy aku, kot2 pasni dapat kereta sebijik cam Shahir
Boleh aku tumpang..


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)


Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Bukan Abg Sugar Daddy




Thursday, May 20, 2010

+ Bukan Cerita Cinta +



Dalam dakapan semalam
Bicaramu masih utuh di sini
Menggamit 1001 rasa
Menghapus duka yang bersarang di jiwa
Membait kata2 indah
Bagaikan sakti yang bisa meruntun naluriku
Dalam diam aku mencintaimu
Hanya kerana peristiwa semalam

Kerana semalam aku hadir
Mengemis sekeping cinta milikmu
Mungkin esok bukan lagi milik kita
Yang pasti hari ini telah ku bisikkan
Sejuta kata yang kamu mengerti
Seribu bahasa yang kamu fahami
Cintaku hanya kamu
Jiwaku milik kamu

Hari ini ku ukir madah sepi
Tanda kasihku yang abadi
Mungkin esok harapan menjadi impian
Saksi tautan hati
Moga sepi terus lenyap
Hadir bersama kasih suci
Kerana semalam bukan impian
Tapi, kenyataan yang aku nantikan
Kerana esok pasti
Cinta ini hanya untuk kamu!!





Wednesday, May 19, 2010

+ Cinta Pertama +

Dah 1 minggu aku tak muncul

Tibatiba muncul dengan cinta pertama

Uhh.. sungguh terkilan kerana cinta pertama aku sedang menuju kebahagian

Dah ada isteri cun

Ada si Iman yang comel

Si lelaki bernama Hazrul

Anak jiran aku

Time kena pakai uniform sekolah dulu, aku selalu dok usha dia

Setiap pagi dia akan lalu depan istana abah aku

Itu je kesempatan yang ada

Sekarang ini dia dah ada kerjaya sebagai pemandu lori

Tapi, bukan itu yang aku nak cerita

Jodoh dia adalah pilihan hati

Tapi bukan pilihan keluarga

Mungkin keluarga dia cadang aku kot, perasaan!

Ibu dia bantah sampai la si Iman itu lahir

Ada saja cacat cela si menantu di mata si ibu

Bila hati tabah menerima ujian duniawi

Segalanya dipermudahkan

Kini, si ibu telah menerima takdir

Walaupun si menantu tu janda, itu adalah pilihan anak bujangnya

Kata orang, kalau dah ada cucu, hidup mertua tu serba lengkap

Kini, si suami pula buat hal

Layan si isteri seperti orang gaji

Maki hamun

Dimana keadilan dalam hubungan??

Wanita itu cuma insan lemah yang perlukan bimbingan

Ohh.. aku tak kesal sebab tak kawen dengan dia

Perlukah restu ibu ayah dalam perkahwinan???







Monday, May 10, 2010

+ Penawar Seluar Dalam Wanita +

seluar dalam ini di curi dari akak google


Pendedahan eksklusif bagaimana seluar dalam wanita berfungsi

Seluar dalam wanita ini adalah penawar yang paling mujarab

Semua bomoh masih belum dapat kenalpasti kandungan penawarnya

Apa yang pasti, teknologi telah membuktikan

Seluar dalam wanita adalah penawar kepada semua jenis sakit manusia

Dendam, iri hati, dengki, peminangan di tolak

Wahai kaum wanita, janganlah sidai seluar dalam di luar rumah!!

Eeii.. sungguh tak senonoh mempamerkan sesuatu yang dianggap personal-kan

Ok, alasan diterima kalau jemur dalam rumah or dalam bilik nanti tak kering

Apa guna ada kipas? jemur la bawah kipas, itu pun kalau terdesak sangat sampai nak guna seluar dalam yang sama

Lagi takut kalau kita punya darah haid tak kering2 sampai kita mati

Pilih antara dua?

Contoh dalam kes yang aku dengar 3 hari lepas

Ada seorang lelaki ini minat gila kat seorang perempuan

Dia curi seluar dalam perempuan tu

Sampai ke akhir hayat perempuan itu, darah haid tak berhenti

Bayangkalah kalau darah keluar non-stop

Paling lama boleh tahan hidup berapa tahun?

Mak kita yang nak lahirkan kita pun bertarung nyawa, tengok la berapa banyak darah yang keluar kalau yang melahirkan secara normal

Ini kan pula darah haid tu keluar free free je

Punca cuma seluar dalam si perempuan itu kena curi

Then, si lelaki guna bomoh yang handal untuk sorokkan dalam mata air

Nak balas dendam sebab cinta lelaki tu di tolak dan supaya semua lelaki lain tidak akan dapat memiliki cinta perempuan itu

Untuk selamatkan si perempuan itu, hanya dengan 1 cara

Dapatkan kembali seluar dalam si perempuan

Mata air?? Gila apa..

Semua sungai ada mata air

So, berapa banyak sungai yang ada kat Malaysia ni?

Aku tak sure la pula kalau perempuan curi boxer lelaki, lelaki tu jadi apa pula nanti kan

So, mencegah lebih baik dari tak boleh ubat langsung

Dendam dengan manusia jangan dicari, musnah binasa diri sendiri...





benda2 cmne tak seharusnya dipercayai, tetapi kita kena ingat, makhluk halus itu sentiasa wujud.. mereka juga hamba ALLAH.. mereka juga la yang menyesatkan akidah umat Islam..



Friday, May 7, 2010

+ Kesinambungan: Tunang Curang +

"Adik, abang dah dapat jawapan itu.."

"Jawapan apa?"

"Tunang abang dah buat pengakuan semalam.. dia lebih sayangkan lelaki itu.."

"Erk.. teruknya..."

"Abang belikan dia tudung, dia tak nak pakai bila bersama abang.. Tetapi, apa yang lelaki itu belikan, dia akan pakai.. Antara abang dengan lelaki itu, dia sayang lelaki itu.."

"Huhhh.."

"Abang dah tak ada apa2 dalam hati dia.."

"Pas2 nak teruskan ke pertunangan itu.....?"

"Kalau abang yang jumpa family dia, putuskan hubungan ini, itu maknanya abang yang bersalah.. Abang nak dia yang jumpa mak ayah abang, biar dia yang buat keputusan ini.. Biar dia yang putuskan hubungan ini..."

Abang, semoga kau tabah..




Episod 1 disini


Walaupun aku belum cukup umur untuk kenal apa itu Cinta.. bagi aku la.. kenapa kita perlu membuat keputusan untuk bertunang dengan lelaki yang kita tak cinta.. Kata orang dulu dulu, cinta lepas kawen, best, indah.. Tapi, dalam kes ini, bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain.. sekarang baru menyesal dengan keputusan sendiri.. si lelaki pula kecewa.. Sampai bila permainan ini akan berkesudahan??






Thursday, May 6, 2010

+ Kawan +



Kawan ini manusia yang cepat meransang kita

Kalau baik, positif la ia

Kalau jahat, negatif la ia

Aku setuju dengan pantun ini

Bila badan kawan berbau, badan kita pun berbau

Macam kembar dah rasa

Kat bilik aku semerbak bau badan si A

Walhal dia dah lama keluar dari bilik aku

Sebab-kan wangian semerbak itu, aku sanggup basuh cadar selimut

Tak kira la tangan kasar tak bila dah pegang sabun itu

Demi menghilangkan haruman badan

Bagi aku, sekali aku mengenali "kawan"

Dia la sahabat aku dunia akhirat

Biarpun dia tikam aku dari belakang

Sebaik mungkin aku nak gembirakan hati sahabat

Masih ada lagi tak istilah itu di zaman dunia sekarang ini?

Mana hilang sahabat bila kita perlukan support?

Bukan minta balasan

Tapi cukup sekadar ihsan

Pembakar semangat di kala kesempitan mengundang dalam kesempatan

Aku selalu ingin memberi senyuman

Agar sahabat mengerti bahawa kehidupan ini perlu dihargai

"Sahabat, pergi mu tiada pengganti...."

Kawan bukan sahabat, cuma sekadar teman melepaskan gelak ketawa

Sahabat adalah teman yang berkawan dalam apa jua keadaan

Berkongsi sedih dalam tawa......






Aku rasa musim beruk2 mengawan, line macam bangang je.. sape tau ini keja sape bagi beruk2 mengawan musim ini?? tak ada feel langsung nak bermesra dengan korang sume..





Wednesday, May 5, 2010

+ Bila Curang +

Abang aku call 2 hari lepas dari Sabah

Beliau baru balik dari Semenanjung

Adik sendiri tak sempat nak jumpa

Tunang yang curang sentiasa ada masa nak ketemu

Kasihan aku tengok abang aku

Aku rasa beliau adalah insan yang betul2 tabah

Setabah manusia yang tak pernah ada hati dan perasan

Beliau ambil keputusan untuk bertunang

Nekad nak membentuk jati diri si gadis

Beliau balik Semenanjung nak lepas rindu pada si gadis

Nak hilangkan kesunyian si gadis

Masih ada yang sayang walaupun curang di belakang

Si gadis tahu abang aku ini tabah atas kecurangannya

Si gadis selalu pesan pada teman teman

Supaya menjadi setabah abang aku

Tabah melayan kecurangannya bersama kekasih gelap

"Konon doktor cinta.. pandai bagi ubat perancang pada pesakit, tapi doktor sendiri tak pandai nak merancang buat anak.."

Abang aku turun KL demi yang tersayang

Depan mata beliau, si gadis bersalaman dengan kekasih gelapnya

Abang aku tunggu si gadis 'setia' ini dalam masjid

Sempat berpesan lagi

"Syg baca buku ini, beriktikaf dalam masjid.. banyak pahala kita dapat.."

Uhh.. pandai si gadis ini, aku respect tang ini

Si gadis keluar bersama kekasih gelap

Beriktikaf di luar masjid membuat dosa
*yang ni aku rasa nak angkat jari tengah je - wlpun aku tak tahu maksudnya..*

ALLAH tu adil, DIA sentiasa membantu kita

Depan mata ALLAH tunjukkan kebenaran itu

Terbukti, si gadis berlaku curang!

Macam kisah adamaya kan? Tapi bukan!

Abang aku still bagi peluang, minta penjelasan

"Kita baru bertunang, ok!"

"Bertunang itu apa? Lelaki itu kawan, bukan suami.."

Tiba tiba si gadis tersentap, merajuk

Macam bangang je aku rasa

Abang aku kena pujuk

Si gadis 'setia' ini salahkan abang aku

Time ini aku rasa nak p Sabah

Nak temankan abang aku

Lately, aku contact abang aku

Hiburkan hati beliau

Kepercayaan beliau tinggal 30% buat masa ini

"Biar abang terluka, abang tak nak kecewakan family abang dengan family dia.."

"Abang tak rasa menyesal dengan keputusan abang ini.."

"Abang redha, adik.."

Penuh rasa derita beliau kena tanggung

"Abang cuma ada adik seorang yang boleh hiburkan hati abang.. abang dah boleh gelak.."

Kenapa jodoh bukan milik kita?

Andai aku tunangmu, aku adalah kekasih setia yang mengharap kejujuran cinta darimu

Beliau abang yang terbaik yang tak pernah mak aku lahirkan

Tapi insan yang aku sayangi yang ALLAH kurniakan pertemuan ini

"Abang, inilah kehidupan...."






si gadis 'setia' pernah main serang menyerang kerana one words, 'abang'.. ada pula perasaan jelous.. macam bongek je! kalau dia tu, main cium2 tangan, tak kawen lagi, tu kes apa??






Tuesday, May 4, 2010

+ Langgar Lari +

Bosan asyik tengok mak masak

Tapi aku tak pandai pandai pun lagi

Aku nekad nak stop belajar masak

Nak guna servis akak akak dari Indonesia

Bosan.Jemu.Boring.

Pagi tadi aku keluar menghilangkan tension

Rasa gian nak bawa motor

Landing baik punyer tak yah cakap la

Semua selekoh aku potong

Damnn.. sengal punya kereta

Tibatiba potong jalan aku

Masih sempat brek

Seterusnya sesedap sesuka hati stOp tanpa bagi signal

Senget punya driver macam tak ambil lesen

Tak masuk kelas 8 jam sebelum dapat L

Macam tak ambil test JPJ je

Sure fail time parking dengan bukit

Mesti main rasuah dengan akak JPJ cun tu

Dushhhhhhhhhh.. aku tak sempat nak buat urgent brek

Habis sisi kanan si tuan punya kereta citra itu aku ter-langgar

Cermin sisi kena redah

Aku terkaku

Bukan salah aku

Dengan selamba kaki aku tak boleh tekan gear

Terkejut!

Aku stop depan kereta manusia tu

Dia pun senyap

Tak keluar kereta pula nak belasah

Means, terbukti dia yang bersalah

Bila tersedar aku yang tak bersalah

Aku terus memecut

Meninggalkan lokasi perlanggaran

Dalam hati berdebar tahap dewa

"Mampus kalau dia cam plat no...."




*sila dapatkan lesen dari sekolah memandu yang diiktiraf oleh sirim...







Sunday, May 2, 2010

+ Belajar Masak +

3 hari lepas aku baru sampai di istana ayah bonda

Belum sempat nak rasa nikmat bantal busuk

Mak dah bising

Penat dari ganu ke perak pun tak hilang lagi

Jadual kerja rumah dah kalahkan jadual exam 6 sem

Mak nak ajar masak nasi

Mak nak ajar potong sayur

Mak nak ajar siang ikan, ayam

Teetttttttttt... aku tak pernah nak main dengan ikan, ayam

Bila umur aku 22 tahun

Tibatiba mak aku caring bagai

Nak didik aku sebelum menjadi isteri solehah esok2

Mak aku cakap, umur aku sekarang ini dah layak kawen

Dulu masa kecikkecik tak risau

Orang tuatua kata, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi

3 keturunan semua pandai masak

Tapi, kuah tu tak sampai ke generasi aku

Mungkin dah habis time zaman nenek aku

Makanya, bakat memasak memang tak tercapai dek akal

Bukan salah aku

Mungkin zaman nenek moyang aku, semua saiz besarbesar

Bakat tak sempat nak ber-waris

"Mak, penting ke pandai masak? Kalau pakai orang gaji, senang kan, kulit terjaga.."

"Kulit terjaga, perut suami kau siapa nak jaga? Orang gaji?"

"Pandai mak kasi jawapan, betul!"

"Esok, suami kau tak kenal dah siapa isteri dia, nak?"

"Ok, mak.. jOm mula belajar masak.."

Aku mula berfikir

Penting sangat ke air tangan isteri?

Sampai kena paksa main masakmasak ni...




*psiko seorang ibu untuk memaksa anak sulungnya yang tak pernah masuk dapur belajar memasak..