BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

+ APAKAH DOA KALIAN +

Apakah doa kita wahai teman yang dikasihi dan dirahmati;

"Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh
membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal
mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru.
Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh,
mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang
diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan
wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam
sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk
mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah
dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut
kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya
kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki
yang soleh akan menyuruh, malah kekadang
sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya
solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat,
sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan
suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si
suami kejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si
gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat
lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat
tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam
mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang
soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah
atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau
berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh
akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada
isteri kurang senang dengan perkara begini.
Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat
suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda
bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah
sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang
hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara
program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar
untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki
halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam.
Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda
dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara
hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid
sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak
suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua
ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya
melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan
sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda
mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada
ibunya), bila dah dapat, anda marah pula!
Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-
mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam
perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan
segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah
beri barang-barang mewah seperti rumah besar,
kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan
keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang
tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh,
tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada
maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu
perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini
memang mana-mana perempuan pantang, malah
membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu
anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai
oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat
suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang
dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh
tidak dapat memberikan sebahagian besar
daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak
perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana
doa untuk mendapatkan suami yang soleh,
mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-
isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan
pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya
mereka memilih akhirat.

+ ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB +

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

+ AWARD LAGI +




1st, thanks to Faiz sbb bg award ni.. atas beberapa kesulitan yg dialami sejak beberapa hari ni membuatkan blog ku x update2.. alhamdulillah, ALLAH itu adil, masih memberi aku kesempatan untuk pengisian yang seterusnya..

berbalik kpd tujuan asal entry kali ni, ni adalah award yang kedua dari Faiz.. thanks a lot, Faiz.. ketahuilah, setiap yang ada di blog mu, adalah ilmu bg ku.. ilmu yang aku cari di dunia sementara ini.. terima kasih untuk penghargaan ini.. semoga kita dapat bersama dalam meneruskan perjuangan kita di dunia dan akhirat..

"Banyak bersikap diam adalah keindahan yang menghiasi orang yang berakal dan rahsia yang menutup orang bodoh" (Ulama)

Friday, July 24, 2009

+ HARAPAN CINTA +

Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang....




setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima la seadanya....

janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....

+ SURAT UNTUK ADAM +

CORETAN HAWA UNTUK ADAM

Ke hadapan adam…..

Adam maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu.Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.jadi tak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.


‘sentiasa inginkan bimbingan darimu’

Sentiasa mahu terpesong dari landasan,kerana ‘aku buruan syaitan’.

Adam,Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada kaummu di akhir zaman.Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu lebih ramai daripada kaumku,nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,kacau bilaulah suasana.Adam sesama adam bermusuhan kerana hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Nabil dan Qabil sehinggalah zaman cucu cicitnya. Pun begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu waktu.


Adam,bukan kerana isterimu yang membimbingku,tidak kerana sedikitnya yang kerungsingkan aku.Tapi aku risau dan gundah gulana apabila melihat tingkah laku mu. Kau sejak dulu lagi tahu bahwa aku mesri tunduk ketika menjadi isteri mu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara.


Adam, aku tahu bahawa kau megetahui dalam alquran menyatakan ‘kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita’


“kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita”

Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau bertanggungjawab untuk menjaga aku. Mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalm redha Allah S.W.T. Tapi adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi kepada kaum ku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah,jalan-jalan dipasar bukan tempatku,jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi, realiti dan hakikat nya kini,Hawa telah buat lebih dari yang patut.

Adam, mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru”itu sudah tentu”. Katamu aku ibu dan guru kepada anak-anakmutapi sekarang diwaktu yang sama aku ke medan menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara yang menganggur dan ada pula yang tidak bekerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyingsing peha mengamankan Negara. Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah kau telah hilang kasih sucimu terhadap diriku?

Adam, marahkah kau jika kukatakan .”jika hawa yang terpesong maka adam yang patut tanggung?sebab apa adam? Ramai yang orang kata anak jahat mak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh guru tak pandai ajar, Adam kau selalu kata.”hawa memang degil tak mahu dengar kata tak mudah makan nasihat, ke[ala batu”.

Pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. Apakah didikanmu kepadaku sama seperti didikan Nabi S.A.W terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadp mereka? Apakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh buat Hawa?

Adam kau sebenarnya imam dan aku adalh makmun. Aku adalh pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika benar maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku

Wednesday, July 22, 2009

+ AKU DIBIUS CINTA +

Salam..

kali ini, aku tertarik kt 1 blog ni, KELAB ANTI COUPLE.. zaman skrg ni, xde istilah lg kot psl ANTI COUPLE.. cuma terpulang pd individu cmne korang nk manage life korang klu korang terjebak dgn berCOUPLE ni..kn..kn..

3-4 hari lepas, aku join 1 forum, "AKU DIBIUS CINTA" under Fakulti Kontemporari Islam.. best gila ahli panel bg hujah.. sumpah!! x bosan.. mmg rugi la warga UDM yg x join tu..

sume ahli panel ckp, "COUPLE BOLEH!!!"
hahaha.. terkejut kn..??
meh cni aku gtau detail psl forum mlm tu..

COUPLE dlm ISLAM.. boleh TAPI...
1) perlulah berlandaskan syariat ISLAM
2) xde adegan pegang2, sbb masih belum b'gelar suami dan isteri yg sah
3) ade matlamat knpa korang couple; iaitu NIKAH

cm2 la lebih kurang syarat2 yg kna ade sblm berCOUPLE.. pas2 Ustaz Anas ckp, "klu nk cri psgn tu, bukan tgok pd sekolah atau fakulti dia (cthnya cm sblm ni bdk sekolah agama la...) tp, kna tgok AGAMA dia.." owhhh.. btul gk kn.. kdg2 sesetgh msyrkt kita ni suka pndg pd latar belakang pendidikan semata2.. tp, ilmu agama yg dipraktikkan dlm diri kna tgok gk kn.. bru la seimbang.. btul x??

Mmmm... sblm ni pn aku prnh ckp, aku dh serik nk bercinta lg.. so, aku decide x nak khwin seumur hidup ni.. aku takut klu pisang berbuah 2 kali..

Sha: Faiz, sha decide x mau kahwin..

Faiz: Sha, x lengkap iman seseorg klu x berumahtgga.. kn m'jd seorg zaujah tu senang masuk syurga..

faiz, thanks a lot.. faiz selalu bg aku motivasi.. hujah dia bernas.. kini, aku sedar dan yakin, seseorg itu diciptakan berpsgn.. aku pasrah dan menanti siapa jodohku yg telah dittp kn sejak di Loh Mahfuz lg..



Tuesday, July 21, 2009

+ MAKNANYA..??

Salam...

Teringin benar aku mengetahui maksud disebalik kata2 ini..

"USTAZAH YANG PANDAI BERMAIN GITAR"

puas aku memikirkan jawapannya.. seorg shbt yg bergelar lelaki memberikan ku kata2 ini..
katanya aku akan memahami ayat tersebut andai aku berfikir..

sblm mengakhiri msg kami, dia sempat bermadah...
"seseorg ustazah sudah tentu pandai ilmu agama.. jika ditimpa sesuatu musibah, ustazah tersebut akan berserah sepenuhnya kpd ALLAH SWT tanpa ada sebarang tindakan susulan.. ttp, ustazah yg pandai bermain gitar.... (sengaja x nak gtau)"

andai kalian tahu maksud yg tersirat, bantu la diriku mencari maknanya...

kata seorg sahabat, bg pndangannya, "mengambil sesuatu yg bukan haknya"..

Ya ALLAH, seandainya aku telah melukai hati mana2 hambaMU di muka bumi ini, terimalah taubatku.. sesungguhnya aku menyesali setiap perbuatan yang aku lakukan.. kau berikanlah insan2 itu kegembiraan dan kebahagian bersama pasangan yang mereka impikan.. Amin.. (^_^)

Friday, July 17, 2009

insan teristimewa..untukmu


15/07/2009

penantian ku berbaloi krn berjaya m'dapatkn no hp baru mu dr sahabatmu, fahmi..
selama 2 bulan ku menanti utk menghubungimu, penderitaan ini hnya di ketahui oleh ashraf.. dia juga yg byk tenangkn diri ku ketika kerinduan terhadapmu mencengkam kalbuku..

andai kau membaca tulisanku ini, mmg benar ianya dicoretkan khas utk dirimu..
kau memutuskan hbgn ini melalui emel, tanpa menjelaskan sbbnya.. aku masih bingung, m'jd persoalan di benak ku, apakah salahku padamu wahai kekasih hati...

tujuan ku bukan la utk mendedahkan kisah peribadi, ttp ku butuhkan sebuah jwpn darimu.. ini sj caranya padaku.. tatkala aku m'hantar sms kpdmu, kau tuduh aku perempuan x tau malu.. di manakah maruah harga diri ku padamu?? selama hampir 1 tahun, akulah wanita itu, yg kau dambakan.. kini, kau lemparkan pelbagai tohmahan...

air mata ku puas ku alirkan, demi merebut cintamu yg 1, demi m'beri kehidupan semula padamu.. kini ku pasrah wahai kekasih hati.. aku setia menanti cintamu.. 05/04/2011... ini la tarikh keramat, sebuah penantian yg aku impikan.. ku kn setia menanti kehadiran mu di dlm hatiku..

wahai kekasih hatiku, smoga kau bahagia di sana.. andai hatimu sudah dimiliki, khabarkan la padaku, supaya aku tidak mengharap lg pada cintamu.. utk pengetahuan mu, sehingga saat ni ku telah abadikan segala kenangan dan cinta kita..

sambut la syg sepenuh hati dan ikhlas,
~sha..