BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label airmata cinta. Show all posts
Showing posts with label airmata cinta. Show all posts

Monday, November 22, 2010

+ Dalam Dakapan Yang Indah +


"saya mahu cinta yang indah juga.." jawab si gadis.

"awak akan dapat kalau awak pandai jaga hati saya", ringkas jawapan teruna.

"tapi, saya takut kalau saya hilang awak nanti, saya tak mampu nak hadapi semua ini.." risau si gadis.

"sayang, antara kita tiada siapa2.. percayalah..." janji si teruna.

dalam dakapan yang hangat, masih aku rasa saat bibir mu menguntum rindu, saat kita bersatu, bagaikan dunia ini milik kita..

dalam pelukan rindu, sangat kemas.. seolah-olah kamu tidak akan tinggalkan aku keseorangan.. seperti semalam baru berlalu, namun tetap utuh dalam dakapan hari ini..




OOOhhh..shitttt!!! report LI gua tak siap lagi..
out dulu.. muahahahhaha.. jauh gua mengelamun petang ni...

Tuesday, June 22, 2010

+ Mati Cemburu +


Sangat sibuk kerana terpaksa memenuhi permintaan LHDN

30 Jun terpaksa bayar cukai dengan rela

Sebelum masuk dalam kotak penalti sebab bayar time nak corner bulan July

Bila dah penalti, sure gol punya sebab kena bayar double

Tapi kes ini lain

Ada yang masuk gol sebab jeles

Apa sangat la menatang jeles ini? Ahh.. tak faham

Sampai ada yang mati patah tengkuk

Kes ini jadi minggu lepas

Lelaki 1 putus cinta dengan Perempuan Cun

Makanya, Perempuan Cun bebas la nak date dengan sape2 pun

Dah nama ajal berdarah, bermula la episod tragis

Perempuan Cun pun berkasih sayang la dengan Lelaki 2

Satu hari semasa Perempuan Cun keluar date memadu asmara bersama Lelaki 2

Lelaki 1 pun follow la mereka dengan sebilah motor

Sampai di satu simpang, Lelaki 1 ini menolak motor yang dijadikan sebagai alat pengangkutan bagi Perempuan Cun dan Lelaki 2

Mangsa masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian kerana patah tengkuk dan pendarahan yang banyak

Dari fail anak Perak, melaporkan masalah cinta remaja

Siasatan masih dijalankan dan saksi-saksi diminta memberi komen

Untuk siasatan seterusnya..




Mati mana lagi best?? Mati Syahid ke Mati Cemburu??





Thursday, May 20, 2010

+ Bukan Cerita Cinta +



Dalam dakapan semalam
Bicaramu masih utuh di sini
Menggamit 1001 rasa
Menghapus duka yang bersarang di jiwa
Membait kata2 indah
Bagaikan sakti yang bisa meruntun naluriku
Dalam diam aku mencintaimu
Hanya kerana peristiwa semalam

Kerana semalam aku hadir
Mengemis sekeping cinta milikmu
Mungkin esok bukan lagi milik kita
Yang pasti hari ini telah ku bisikkan
Sejuta kata yang kamu mengerti
Seribu bahasa yang kamu fahami
Cintaku hanya kamu
Jiwaku milik kamu

Hari ini ku ukir madah sepi
Tanda kasihku yang abadi
Mungkin esok harapan menjadi impian
Saksi tautan hati
Moga sepi terus lenyap
Hadir bersama kasih suci
Kerana semalam bukan impian
Tapi, kenyataan yang aku nantikan
Kerana esok pasti
Cinta ini hanya untuk kamu!!





Friday, May 7, 2010

+ Kesinambungan: Tunang Curang +

"Adik, abang dah dapat jawapan itu.."

"Jawapan apa?"

"Tunang abang dah buat pengakuan semalam.. dia lebih sayangkan lelaki itu.."

"Erk.. teruknya..."

"Abang belikan dia tudung, dia tak nak pakai bila bersama abang.. Tetapi, apa yang lelaki itu belikan, dia akan pakai.. Antara abang dengan lelaki itu, dia sayang lelaki itu.."

"Huhhh.."

"Abang dah tak ada apa2 dalam hati dia.."

"Pas2 nak teruskan ke pertunangan itu.....?"

"Kalau abang yang jumpa family dia, putuskan hubungan ini, itu maknanya abang yang bersalah.. Abang nak dia yang jumpa mak ayah abang, biar dia yang buat keputusan ini.. Biar dia yang putuskan hubungan ini..."

Abang, semoga kau tabah..




Episod 1 disini


Walaupun aku belum cukup umur untuk kenal apa itu Cinta.. bagi aku la.. kenapa kita perlu membuat keputusan untuk bertunang dengan lelaki yang kita tak cinta.. Kata orang dulu dulu, cinta lepas kawen, best, indah.. Tapi, dalam kes ini, bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain.. sekarang baru menyesal dengan keputusan sendiri.. si lelaki pula kecewa.. Sampai bila permainan ini akan berkesudahan??






Wednesday, May 5, 2010

+ Bila Curang +

Abang aku call 2 hari lepas dari Sabah

Beliau baru balik dari Semenanjung

Adik sendiri tak sempat nak jumpa

Tunang yang curang sentiasa ada masa nak ketemu

Kasihan aku tengok abang aku

Aku rasa beliau adalah insan yang betul2 tabah

Setabah manusia yang tak pernah ada hati dan perasan

Beliau ambil keputusan untuk bertunang

Nekad nak membentuk jati diri si gadis

Beliau balik Semenanjung nak lepas rindu pada si gadis

Nak hilangkan kesunyian si gadis

Masih ada yang sayang walaupun curang di belakang

Si gadis tahu abang aku ini tabah atas kecurangannya

Si gadis selalu pesan pada teman teman

Supaya menjadi setabah abang aku

Tabah melayan kecurangannya bersama kekasih gelap

"Konon doktor cinta.. pandai bagi ubat perancang pada pesakit, tapi doktor sendiri tak pandai nak merancang buat anak.."

Abang aku turun KL demi yang tersayang

Depan mata beliau, si gadis bersalaman dengan kekasih gelapnya

Abang aku tunggu si gadis 'setia' ini dalam masjid

Sempat berpesan lagi

"Syg baca buku ini, beriktikaf dalam masjid.. banyak pahala kita dapat.."

Uhh.. pandai si gadis ini, aku respect tang ini

Si gadis keluar bersama kekasih gelap

Beriktikaf di luar masjid membuat dosa
*yang ni aku rasa nak angkat jari tengah je - wlpun aku tak tahu maksudnya..*

ALLAH tu adil, DIA sentiasa membantu kita

Depan mata ALLAH tunjukkan kebenaran itu

Terbukti, si gadis berlaku curang!

Macam kisah adamaya kan? Tapi bukan!

Abang aku still bagi peluang, minta penjelasan

"Kita baru bertunang, ok!"

"Bertunang itu apa? Lelaki itu kawan, bukan suami.."

Tiba tiba si gadis tersentap, merajuk

Macam bangang je aku rasa

Abang aku kena pujuk

Si gadis 'setia' ini salahkan abang aku

Time ini aku rasa nak p Sabah

Nak temankan abang aku

Lately, aku contact abang aku

Hiburkan hati beliau

Kepercayaan beliau tinggal 30% buat masa ini

"Biar abang terluka, abang tak nak kecewakan family abang dengan family dia.."

"Abang tak rasa menyesal dengan keputusan abang ini.."

"Abang redha, adik.."

Penuh rasa derita beliau kena tanggung

"Abang cuma ada adik seorang yang boleh hiburkan hati abang.. abang dah boleh gelak.."

Kenapa jodoh bukan milik kita?

Andai aku tunangmu, aku adalah kekasih setia yang mengharap kejujuran cinta darimu

Beliau abang yang terbaik yang tak pernah mak aku lahirkan

Tapi insan yang aku sayangi yang ALLAH kurniakan pertemuan ini

"Abang, inilah kehidupan...."






si gadis 'setia' pernah main serang menyerang kerana one words, 'abang'.. ada pula perasaan jelous.. macam bongek je! kalau dia tu, main cium2 tangan, tak kawen lagi, tu kes apa??






Thursday, April 22, 2010

+ CINTA TIDAK MEMERLUKAN SYARAT +

Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat


Ini bukan puisi, tapi lirik lagu "Cinta Tak Bersyarat ~ Element"..


p/s: cinta x semestinya memiliki insan itu, namun cukup sekadar sebuah senyuman PALSU yang harus diberikan supaya si dia mengerti dan akur untuk mencintai yang selayaknya.. seandainya KEDUKAAN ku ini adalah KEBAHAGIAN untuk mu, aku akur, syg...


Tuesday, April 13, 2010

+ Terlanjur Cinta +


Sayup malam terasa sepi
Seperti kosong di jiwa
Saat dan ketika ini
Wajah itu silih berganti
Hadir tanpa diundang
Pergi tanpa dipinta
Rindu kembali bertamu
Seakan mengerti sebak dijiwa..

Kasih yang terlukis
Hanya sebentar cuma
Sesaat yang datang
Bukan lagi milik si gadis
Sesaat yang berlalu
Pastinya tangisan yang dihulur
Andai ini yang tercipta
Si gadis akur membawa diri..

Jangan pernah ada dusta
Jangan pernah ada simpati
Itulah kelemahan si gadis
Di saat diri hampir ketandusan
Kau hadir menghapus duka
Menyapu air mata
Membias kata semangat
Semoga senyuman sentiasa terukir..

Kini dan selamanya
Harapan hanya khayalan
Mimpi hanya rekaan
Puisi hanya ciptaan
Sepi terus hadir
Air mata berlinang jua
Semoga masih ada sinar baru
Dalam lipatan sejarah silam
Namamu terukir indah di situ...



4.33 am
14/4/2010

Friday, March 19, 2010

+ Tatkala Diri Difitnah, Badai Rindu Yang Menggunung +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..


Malam itu dia bersujud lagi
Dalam lipatan sejadah
Dia meratapi nasib diri
Deras mutiara itu mengalir
Di kejauhan, aku memerhati
Hatinya bungkam
Sepi dan kabut bersarang di wajahnya
Umpama merindui sang kekasih
Sayup redup sepasang mata itu
Mengharap keampunan dariMu
ALLAH Ya Rabb..


Akulah pemerhati setia
Pilu memerhatikan insan itu
Dirinya saban kali difitnah
Hatinya tidak tertanggung lagi
Segala harapan tergalas di bahunya
Didikan yang sempurna dari mak dan abah
Dijadikan perisai
Demi mempertahankan maruah diri
Demi menegakkan sebuah kebenaran
Yang pastinya tewas di tangan Sang Durjana Cinta..


Handphone
terus di capai, mesej2 itu sekali lagi ditatap.. Benarkah?? atau sebuah mimpi yang tidak pasti.. bait2 itu dihayati, baris demi baris..

"Betina Sundal, Jalang, Anjing, Babi, Cibai, Betina Pembohong, Ketiak Hapak, P*&%$# Tak Cuci, Hancing, Taik Hijau."

"Awak ni keja jilat batang lelaki je, tolong cuci air kencing, pastu jilat lubang punggung pakwe awk, jilat sisa2 taik, pastu, jilat ketiak pakwe awk, cuci daki."

...................................................................................................

Apakah ini yang tersurat buat gadis itu?? Dirinya terus difitnah dan difitnah untuk kali ke 4.. tatkala hatinya dirundung kerinduan yang memuncak.. Rindu pada insani yang saban malam menjerut mimpi2nya.. sehingga hari ini, rindu itu masih tersisip rapi di kamar sepinya.. Siapakah insan itu..??

~ bersambung....





p/s; abah,... anak abah dah berputus asa.. anak abah tak mampu nak teruskan hidup lagi.. anak abah nak mintak ampun.. anak abah takut kalau tak mampu nak tunaikan amanah abah..