di-sponsor oleh Cik Bila Jemariku Menari..
Cintanya Sedingin Salju
Seandainya awan bisa melakar kenangan terindah di antara kita, aku pasti, setiap kenangan itu milikku. Kenangan yang tersemat di sanubariku. Kenangan yang pernah menyatukan cinta kita. Ahh..aku bahagia bersama kenangan-kenangan tersebut. Tapi kini, kenangan hanya bersemadi, meninggalkan sejarah buat kita yang pernah melaluinya. Hidup pasti diteruskan, cinta mematangkan diriku.
Dalam sujud, aku memohon, "Ya ALLAH, ringankanlah ujian Mu, supaya aku bisa memperoleh maghfirah dariMU.."
“Abang, Sha pasrah dengan keputusan abang. Itu yang abang inginkan”, ujar Nurul Shatirah. Hatinya sayu.
“Sha, maafkan abang.”
“Abang tak salah, Sha serahkan abang pada Waida. Abang jagalah Waida, dia yang terbaik untuk abang.”
“Sha....”
“Abang, Sha tau. Waida pilihan keluarga abang. Dah sampai masanya abang mengatur kehidupan abang yang seterusnya dan abang juga pernah bagi harapan cinta pada dia.” Hatinya semakin pilu, melepaskan insan yang bergelar kekasih hati. Alangkah bahagianya ketika Anuar Affandy melafazkan kata-kata cinta suatu masa dahulu.
“Sha, maafkan abang, sayang.” Akhiri Anuar Affandy.
“Abang, Sha dah lama kenal abang. Kalau kebahagian yang abang impikan, kembalilah semula pada Waida. Sha tak nak lagi menjadi penghalang cinta abang dan Waida. Maafkan Sha, abang.”
“Sha, abang tau hati Sha mulia. Abang sayang Sha, abang rindu Sha. Sayang.....” Anuar Affandy mahu menjelaskan sesuatu.
“Abang, hati abang ada satu. Pastinya yang satu milik abang. Abang tak boleh miliki dua hati dalam masa yang sama. Cinta itu suci, sayang. Sha redha kalau hati abang milik Waida kelak. Ini janji Sha, abang.” Saat itu, satu persatu mutiara jernih mengalir di pipinya, deras terasa.
“Abang sayang Sha. Abang cintakan Sha.” Jelas Anuar Affandy.
“Abang... antara kami, abang berhak pilih satu. Satu diantara kami. Tak mungkin abang mampu membahagiakan Sha dan dalam masa yang sama abang dipaksa berkahwin dengan Waida. Abang, terimalah kenyataan ini.” Nurul Shatirah semakin pasrah di atas segala-galanya.
******
Anuar Affandy! Suatu masa dahulu, kehadirannya membuatkan kehidupan ini lebih bererti. Terjalinannya hubungan ini atas dasar kerja. Bersama kami menempa kejayaan. Permulaan yang sukar aku menerima hakikat. 6 bulan berlalu dengan pantas, aku cuma picisan yang bekerja untuk tuannya. Usahaku dikhianat bersama-sama calon isterinya.
Dalam istigharahku membisikkan sesuatu. Segala agenda terbongkar atas percaturan Ilahi. Pergilah, sayang! apabila SUMPAH terus memakan diri, hidup seperti tiada arah tujuan.. semakin banyak PENGKHIANATAN yang berlaku.. dan semakin banyak HATI yang terluka.. PENGORBANAN bukan lagi taruhan.. tetapi KEPALSUAN yang perlu DIHITUNG..
Masa berlalu begitu pantas. Aku masih tidak mampu memberi jawapan pada hatiku. Saat ini wajahmu, bicaramu, sentuhanmu sering aku dambakan. Mampukah aku membuat keputusan sendirian?? Aku juga bingung dengan permainan yang kita ciptakan, dengan hubungan yang tiada penghujungnya… Kasih yang aku titipkan saban waktu sampai ke nokhtah terakhir, aku pasrah dengan kehidupan ini. Aku bingkas bangun tanpa kau di sisiku. Percayalah, tanpamu, aku masih mampu meneruskan tinta-tinta kehidupan demi maruah diri. Aku tidak akan pernah kalah pada insan yang bernama lelaki!!
“Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta ALLAH S.W.T penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai ALLAH S.W.T sebagaimana cintaku terhadapNYA... – Nurul Shatirah”
<!--[if gte mso 9]>
5 comments:
waaa sha,,,jiwang giler...bagus2,,teruskn usaha anda~~
rajen nyer karang cerpen :D
tq join...=D
eeii..jiwangnyerrr ^^
setengah cerpen, setengah puisi?
Post a Comment