Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
Bagi sesetengah orang, mencari jodoh bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Perjalanan, pertemuan dan masa untuk seseorang bertemu jodoh masing-masing adalah berbeza. Ada orang yang terpaksa dikecewakan beberapa kali sebelum bertemu dengan buah hati yang setia. Ada orang yang jodohnya dipermudahkan. Seseorang yang mencari jodoh sudah tentu berusaha untuk memikat hati si dia yang mungkin telah bertahta dihatinya. Namun sejauh manakah kita perlu berusaha memikat hatinya?
# Tips 1 : Memenuhi Impian #
Mr. A : Nak pergi New Zealand tiba-tiba? Why?
Miss S : Ur dream, right?
Mr. A : Yup ! my dream, tapi macam susah nak tercapai..
Miss S : Nothing impossible.. Usaha tak cukup lagi ini..
Mr. A : kat rumah? baca blog?
Miss S : Nope ! kenapa?
Mr. A : Macam mana boleh ingat my dream? terharu..
Miss S : *sebab dah sayang*Antara petikan dialog seorang KITA dan seorang KAMU..
...dan aku sebenarnya tahu, impian ke New Zealand mungkin tinggal impian di atas sekeping kertas saja kerana kerjayanya baru bermula.. Mengejar cita-cita menjadi seorang IT Programmer, sekaligus melenyapkan impiannya untuk menjejakkan kaki di New Zealand pada umur yang ke 25 ! Aku juga sebenarnya mengerti dan memahami bait-bait ini "....macam susah nak tercapai.."
Dalam diam, aku juga mencipta impian, semoga kelahiran yang ke 28 pada 5 Oktober 2012, ingin sekali antara aku dan si dia melakar kenangan walaupun bukan di kota New Zealand, mungkin ke Pulau Tropikal Caribbean.. Walaupun berpeluh, mungkin ini keringat terakhir aku untuk membuatkan si dia tersenyum, menggapai impian bersama Mr. Nuffnang .. =)
Pulau Tropikal Caribbean |
# Tips 2 : Tidak Perlu Melampau #
...tidak perlu
berusaha sedaya upaya mengambil hatinya dengan berlakon baik dan
mengubah diri untuknya. Jika mahu berubah, biarlah kerana ALLAH. Usaha kita yang melampau untuk memikat
hatinya juga akan menyebabkan dirinya menerima kita atas dasar kasihan,
bukannya cinta yang sebenar. Mampukah faktor kasihan seperti ini
memberikan kebahagiaan berpanjangan? Cinta dan kasih sayang yang paling
baik adalah cinta dan kasih sayang kerana ALLAH.
Aku sedar, dalam memikat hatinya, aku juga perlu menjadi
seorang insan yang mengasihi ALLAH dan menjalankan tanggungjawab
sebagai manusia dengan sempurna.
# Tips 3 : Hormati dan Percaya untuk Dipercayai #
...Lelaki atau perempuan yang memberi penghormatan sesama sendiri TIDAK akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat..Antara aku dan si dia, sedaya mungkin aku hormatinya, andai ada hati yang terguris, tidak perlu terlalu ego untuk meminta maaf.
Untuk membuat orang lain percaya kepada kita bukanlah perkara mudah, dan untuk membuatkan mereka TIDAK percaya pada kita bukanlah payah. Apabila si dia tidak percayakan kita, amat sukar untuk si dia mengubah pendiriannya. Dan aku belajar melalui pengalaman. Aku pernah rasa sakit dikhianati kerana terlalu memberi kepercayaan kepada Si Durjana Tamak Haloba.
Contest by : Mr. Nuffnang
Due Date : 09/09/2012
Informasi terbaru: Selain daripada Hadiah Utama percutian 4 hari 3 malam ke pulau tropikal Caribbean dan 10 hamper AXE bernilai RM200, pihak AXE secara ikhlasnya telah menawarkan hadiah 4 X RM250 wang tunai untuk direbut! Dalam masa 30 saat anda membaca post in, peluang anda untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut telah digandakan!
0 comments:
Post a Comment