BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 12, 2012

Sekeping Bahagia

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

#google


...apakah makna BAHAGIA? aku sering bermonolog.. tidak ada istilah MEMBAZIR pada aku kalau aku BAHAGIA.. dan kalau dengan MEMBAZIR itu aku boleh kecapi BAHAGIA, walaupun sesaat, akan aku korbankan, walaupun NYAWA sebagai ganti..

...tak semua orang yang dilahirkan akan melalui proses BAHAGIA, ada yang kecapi BAHAGIA itu secara berperingkat-peringkat.. aku pernah dikhianat, jua pernah dikecewakan.. untuk melalui proses BAHAGIA yang berterusan itu adalah sesuatu yang sukar.. mungkin ALLAH belum bagi lagi rasa itu.. *ini yang selalu aku fikirkan*

...saat ini, tidak perlulah disoalkan mengapakah aku MEMBAZIR.. kalau MEMBAZIR itu BEBANAN, jangan digusarkan.. kerana aku masih waras untuk membezakan sekeping BAHAGIA dan juga segunung BEBANAN..

...aku juga diajukan soalan seperti ini.. 

#hurm..in case kan..kalau kamu dah jumpa dan kamu x suka..
then kamu rasa membazir x?#

...mungkin rasa ini yang ALLAH nak bagi.. Siapalah "seorang kita" untuk menolak rasa kasih terhadap "seorang kamu"?? 

...aku menulis untuk luahan rasa.. selagi aku mampu mencoret tinta-tinta BAHAGIA, izinkan aku berbuat demikian.. seandainya ada rasa yang terbeban di hati itu, bisikkan padaku, akan aku usahakan untuk mengawal semuanya.. dan as U wish, aku akan follow segala-galanya..




# Lelaki yang hebat atau gagah ialah lelaki yang pandai mencuri hati seseorang perempuan itu dan setia pada hati itu sampai bila-bila.. ~ tiru&tampal

0 comments: