BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 26, 2010

+ Ku Ada Kamu +

mau join ke? klik banner atas tu. tq


+ KU ADA KAMU +

Seandainya awan bisa melakar kenangan terindah di antara kita, aku pasti, setiap kenangan itu milikku. Kenangan yang tersemat di sanubariku. Kenangan yang pernah menyatukan cinta kita. Ahh..aku bahagia bersama kenangan-kenangan tersebut. Tapi kini, kenangan hanya bersemadi, meninggalkan sejarah buat kita yang pernah melaluinya. Hidup pasti diteruskan, cinta mematangkan diriku.

“Abang, Lya pasrah dengan keputusan abang. Itu yang abang inginkan”, ujar Nurul Alya. Hatinya sayu.

“Lya, maafkan abang.”

“Abang tak salah, Lya serahkan abang pada Ana. Abang jagalah Ana, dia yang terbaik untuk abang.”

“Lya....”

“Abang, Lya tau. Lya yang rebut cinta abang pada Ana dulu. Dah sampai masanya abang kembali pada Ana semula.” Hatinya semakin pilu, melepaskan insan yang bergelar kekasih hati. Alangkah bahagianya ketika Megat Syafik Mukhriz melafazkan kata-kata cinta suatu masa dahulu.

“Lya, maafkan abang, sayang.” Akhiri Megat Syafik Mukhriz.

“Abang, Lya dah lama kenal abang. Kalau kebahagian yang abang impikan, kembalilah semula pada Ana. Lya tak nak lagi menjadi penghalang cinta abang dan Ana. Cinta kalian suci. Maafkan Lya, abang.”

“Lya, abang tau hati Lya mulia. Abang sayang Lya, abang rindu Farhana. Lya.....” Megat Syafik Mukhriz mahu menjelaskan sesuatu.

“Abang, hati abang ada satu. Pastinya yang satu milik abang. Abang tak boleh miliki dua hati dalam masa yang sama. Cinta itu suci, sayang. Lya redha kalau hati abang milik Ana kelak. Ini janji Lya, abang.” Saat itu, satu persatu mutiara jernih mengalir di pipinya, deras terasa.

“Abang sayang Lya. Abang cintakan Alya.” Jelas Megat Syafik Mukhriz.

“Abang... antara kami, abang berhak pilih satu. Satu diantara kami. Tak mungkin abang mampu membahagiakan Lya dan dalam masa yang sama abang cintakan Ana. Abang, terimalah kenyataan ini.” Nurul Alya semakin pasrah di atas segala-galanya.

“Terima kasih, sayang. Lya memahami abang.” Alangkah gembiranya insan itu.

Nurul Alya mengerti perasaan kekasihnya. Suatu masa dahulu, insan itulah yang sering di dambakan. Insan itulah jua yang bertakhta di hatinya. Sedang dia ingin mengecapi kebahagian bersama insan itu, insan itu sekali lagi pergi meninggalkan dirinya. Terkapai-kapai mencari di manakah salahnya. Segala-galanya telah dipertaruhkan untuk insan itu. Nurul Alya pasrah, apakah dayanya, hanya mampu menerima kenyataan itu seadanya. Itulah takdir buat dirinya.

“Abang, ampunkan salah silap Lya selama bersama abang. Lya tak mampu lagi untuk segalanya. Ini keputusan abang.”

“Lya..semoga Lya bahagia. Abang yakin, lelaki yang baik adalah untuk Lya. Lya, janganlah tangisi perpisahan ini.” Megat Syafik Mukhriz mula berdolak dalih, ingin menutup kesilapannya setelah mengecewakan Nurul Alya.

“Ahh.. aku mampu hidup tanpamu, Fik. Farhana yang kau pilih, semoga kau bahagia bersamanya. Aku yakin, Fik. Itulah yang terbaik antara kita. Fik, ketahuilah, kau cintaku.” Hatinya bermonolog. Melepaskan segala keresahan di jiwa. Nurul Alya semakin mengerti maksud perpisahan ini.

Lima tahun masa yang berlalu masih belum luput ingatan itu. Megat Syafik Mukhriz, cinta pertama Nurul Alya. Berakhirnya sebuah epilog semalam tatkala kaki si gadis melangkah ke dunia nyata. Air mata bukan lagi alasan untuk dia memendam seribu duka.

“Apabila cinta tidak berhasil, Bebaskanlah dirimu... Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya, Tapi, ketika cinta itu mati.... Kamu tidak perlu mati bersamanya.. – Saiful Lukman”

Lama Nurul Alya diam, satu demi satu perkataan itu di tafsirkan. Saiful Lukman selalu ada di kala dirinya kehilangan dalam kegelapan. Di kala dirinya bersedih, insan itu jua yang berjaya mengukir senyuman, melengkapkan semua kekurangan dirinya.

“Kalau esok langit mendung?” bisik Nurul Alya.

“Tabahlah menjunjung bersamaku,” usik Saiful Lukman.

“Kalau esok dunia bergelora?” balas Nurul Alya.

“Jangan gemuruh selagi saya di sini,” bisik saiful Lukman.

Sepi menyelubungi diri kembali. Manis bersama Saiful Lukman hanya sementara cuma. Kehidupan telah merubah segalanya. Saiful Lukman punyai kerjaya sendiri. Ada impian dan cita-cita baru. Dari jauh, Nurul Alya berdoa, dia pasti kebahagian itu milik mereka. Nurul Alya tidak pernah lekang bertanya khabar menerusi sms, walaupun jawapan tersebut sudah dijangkakan. Saiful Lukman tidak akan membalas.

Igauan bersama Saiful Lukman hanya mainan kata-kata. Sangkanya panas hingga ke petang, akhirnya hujan di tengah hari. Semakin Saiful Lukman menjauhi dirinya, semakin dia kuat untuk meneruskan hidup. Dari bening wajahnya, dia kotakan kesetiaan. Setia menunggu sehingga saat mereka disatukan.

Satu sms diterima tertera di skrin. Mohd Firdaus.

“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”

Mohd Firdaus hadir seiring dengan lamaran, mahu menyunting si gadis sebagai teman hidup. Hatinya berbelah bagi antara kekasih dan sahabat. Antara Saiful Lukman dan Mohd Firdaus.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan supaya di antara mereka tidak ada kecewa dan lara. Aku bersyukur kehadratMu, ya Allah. Masih ada ruang untuk aku memberi hati ini untuk cinta insani. Melengkapkan fitrah seorang hamba. Jauh dihatiku untuk menduakan Saiful Lukman, pilu apabila mengecewakan harapan Mohd Firdaus. Ya Allah, permudahkanlah aku dengan urusan duniaMu. Amin..”

Sehelai nota itu dihulur. Nurul Alya bingkas bangun. Diperhatikan raut wajah Saiful Lukman. Lama wajah itu ditatap. Akhirnya sebuah senyuman terukir, menghapus rindu yang telah lama bersarang di jiwanya. Lantas nota itu dibaca. Terlalu ingin mengetahui kandungannya.


Kehadapan Hawa yang dikasihi dan dihormati;

Warkah ini ditujukan khas buat dirimu yang saban waktu ku rindukan belaian dan kasih sayangmu. Benar katamu, Hawa. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku. Wahai Hawa, seandainya kau mengetahui, aku sentiasa inginkan kebahagian yang melingkari hidupmu. Namun apakan daya, aku tidak selayaknya menentukan dalam setiap hal mahupun apa jua perkara lain. Ketahuilah bahawa, setiap yang hidup itu diciptakan ada pasangannya olehNYA. Tidaklah harus kau gusarkan, Hawa. Sesungguhnya yang terbaik adalah untuk yang terbaik. Itulah janji Maha Pencipta.

Pertemuan..

Menghadiahkan kita kasih sayang,

Jika cinta satu pasti bertemu,

Ia tidak ternilai,

Kerna antara hati kita tiada sempadannya lagi,

Yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi,

Kita berpisah hanya sementara,

Kerna pertemuan bukan milik kita,

Jasad dan suara berjauhan senantiasa,

Namun itulah cinta abadi di antara kita,

Biar berpisah selalu derita,

Kerna syurga menagih ujian,

Sedang neraka dipagari oleh nikmat,

Bertemu tidak jemu,

Berpisah tidak gelisah,

Ya ALLAH,

Gembirakan kami dengan redhaMu.

Hawa yang dihargai,

Muslimah yang beriman mampu menjaga kehormatan diri dalam keadaan miskin, bahkan mampu menjauhkan rasa rendah diri dan hina. Dapat melakukan kehidupan sederhana tatkala kaya dengan mengekang diri sehingga tidak berlebih-lebihan. Pakaian yang digunakan memperlihatkan pengaruh nikmat ALLAH S.W.T terhadapnya. Tidak sombong dalam berhias sehingga dengan sengaja menunjuk-nunjuk perhiasan dunia yang ada pada kau. Sebaliknya, kau sentiasalah tawadhuk kepada ALLAH S.W.T, itulah wanita idamanku. Muslimah yang hebat dan bijaksana adalah insan yang pandai menjaga diri dalam menghadapi kehidupan hariannya. Kerana keindahan abadi itulah impiannya, keindahan sementara itulah musuhnya.

“Barangsiapa yang akhirat menjadi keinginannya, maka ALLAH S.W.T menjadikan kekayaannya ada dalam hatinya dan menghimpun perlindungaNya bagi dirinya, lalu keduniaan datang kepadanya namun ia (keduniaan) membencinya. Dan barangsiapa yang keduniaan menjadi keinginannya, maka ALLAH S.W.T menjadikan kemiskinannya di antara kedua matanya dan memisahkan perlindunganNya dari dirinya. Keduniaan tidak datang kepadanya kecuali apa yang menjadi kebahagiannya.”

(HR At-Tirmizi)

Hawa, fitrah cinta itu adalah suci. Janganlah kau impikan untuk menjadi seperti Sayyidah Aisyah ra. Cukuplah sekadar kau mencontohi setiap budi pekertinya. Ikutlah teladan yang baik dari dirinya, agar kau terhindar dari perangkap maksiat. Cinta bukanlah mainan kata-kata murahan dan lumrah yang dituturkan dari mulut ke mulut, tetapi cinta adalah anugerah ALLAH S.W.T yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Hawa yang dirindui,

Jauhilah segala risau dan gundah gulanamu, cinta lelaki sememangnya unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang seorang lelaki yang sebelumnya keras dan kasar, anehnya apabila dia sudah lembut dan egonya semakin berkurangan malah terlalu mudah berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar diramal. Ketahuilah sayangku, lelaki tidak berupaya meneruskan liku-liku kehidupannya tanpa insan bernama wanita di sisi.

Hawa, dirimu sekuntum mawar merah bagiku. Kadangkala aku mencium keharuman mawar tersebut tetapi terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Pedih. Kaulah mawar berduri tersebut yang pandai menjaga kehormatan diri daripada lelaki-lelaki yang hanya ingin memuaskan hawa nafsu semata-mata. Hakikat ini cukup menyentuh jiwa, mendorong aku untuk menyunting mawar berduri sepertimu.

“Wanita yang menjadi pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.”

Hawa, kau sebenarnya adalah makmum, akulah imammu. Kau adalah pengikutku kerana aku adalah ketua bagimu. Jika aku benar, maka benarlah kita. Jika aku lalai, maka lalailah kita. Diciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepala Adam untuk dijadikan pemimpinnya, bukan jua dari kaki Adam untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisi Adam untuk dijadikan tempat hidupnya dan dekat dengan lengannya untuk dilindungi serta dekat dengan hati untuk dicintainya.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja,

Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,

Bencilah yang kau benci itu sekadar sahaja,

Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Dari Adam untuk Hawa,

Saiful Lukman.

Mutiara jernih berguguran lagi. Pantas ada yang mengekang supaya dapat dikongsi bersama. Nurul Alya semakin yakin dengan kata hatinya. Saiful Lukman pernah hadir menghapus duka ketika Megat Syafik Mukhriz berlalu meninggalkan Nurul Alya. Kini dan selamanya, Saiful Lukman berjanji untuk menjadi pendengar setia dan kekasih yang di utuskan oleh Allah untuk menjaga cinta suci antara mereka.

Cinta memerlukan kematangan dan kedewasaan untuk membahagiakan pasangannya bukan memberi kesengsaran dan terjerumus ke lembah maksiat. Memberi seseorang cinta bukanlah suatu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali, sayang. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan. Nantikan saja ia mekar di dalam hati mereka tetapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita,” bisik Saiful Lukman ketika Nurul Alya erat dalam pelukannya.

“Ku ada kamu, sayang” bisik Nurul Alya antara dengar dan tidak, sengaja mahu menguji kasih Saiful Lukman.



KU ADA KAMU by ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu



14 comments:

Sya Isya said...

good luck! kreatifnya berkarya. meriah Sya tengok contest ni, kan. ramai yang join.

Anonymous said...

lagunya mana nih?

Anonymous said...

~ sila emelkan nama dan alamat saudari.. terima kasih.. :)

~ err.. ya, sila letak lagu dan liriknya.. :)

Anonymous said...

wah...terharunye....fuhhhh...

wantong said...

sedih

black_mel said...

gudluck..lagu af8??x fames pun..

iLhAm_bEcKs said...

novelist lak dah..ngee

Anonymous said...

free swing dating site http://loveepicentre.com/articles.php big beautiful women singles dating nevada

Anonymous said...

head first c# ebook http://audiobookscollection.co.uk/fr/The-Complete-Idiot-s-Guide-to-Understanding-Islam/p226267/ text to speech ebook iphone app [url=http://audiobookscollection.co.uk/es/Ultimate-Collection-10-books/p16786/]thankyou letters ebook[/url] coach ebook life training

Anonymous said...

nikki sixx ebook http://audiobooksworld.co.uk/de/Understanding-the-Dynamics-of-a-Knowledge-Economy/p226482/ ebook ecocide [url=http://audiobooksworld.co.uk/Tape-Casting-Theory-and-Practice/p225674/]the master key ebook[/url] ebook animal farm

Anonymous said...

palm software for pastors http://buyoem.co.uk/category-13/Music-Software?page=20 symbian software free [url=http://buyoem.co.uk/es/product-10273/Macromedia-Contribute-3-Mac]palm automotive diagnostic software[/url] x31 software
[url=http://buyoem.co.uk/category-200-203/Graphics-and-Publishing?page=3]Graphics & Publishing - Download OEM, Software Sale, OEM Software[/url] access honeywell dvr with software
[url=http://buyoem.co.uk/manufacturer-15/VMware][img]http://buyoem.co.uk/image/5.gif[/img][/url]

Anonymous said...

shipping recieving software http://buysoftwareonline.co.uk/fr/product-37229/OfficePopup-2-4 mercury software quality [url=http://buysoftwareonline.co.uk/fr/product-35357/3herosoft-Dvd-to-iPad-Comverter-3-5-MacOSX]temperature sensor software[/url] medical software for blackberry
[url=http://buysoftwareonline.co.uk/it/category-4/Software-di-plug-in]Software di plug-in - Cheap Legal OEM Software, Software Sale, Download OEM[/url] adobe premiere film software
[url=http://buysoftwareonline.co.uk/product-35513/Super-Flexible-File-Synchronizer-Pro-5-4][img]http://buyoem.co.uk/image/2.gif[/img][/url]

Anonymous said...

[url=http://englandpharmacy.co.uk/products/epivir.htm][img]http://onlinemedistore.com/8.jpg[/img][/url]
pharmacy bernville rd reading pa http://englandpharmacy.co.uk/categories/anti-allergic-asthma.htm independ ence pharmacy [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/cardizem.htm]cms pharmacy contacts[/url]
pharmacy rays food place sisters http://englandpharmacy.co.uk/categories/cardiovascular.htm fraud internet pharmacy scams store [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/prometrium.htm]prometrium[/url]
pharmacy colleges in us http://englandpharmacy.co.uk/products/noroxin.htm ldi pharmacy [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/pilocarpine.htm]kroger pharmacy cost[/url]
pharmacy lipitor http://englandpharmacy.co.uk/products/metformin.htm pharmacy history museum [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/hyzaar.htm]hyzaar[/url]

Anonymous said...

backdating software trading stock stocks dating http://loveepicentre.com/advice/ mature dating
free gay dating in rockmart ga [url=http://loveepicentre.com/articles/]men dating young girls[/url] speed dating in ct
computer dating sites [url=http://loveepicentre.com/success_stories/]seniors for dating[/url] sears catalog dating [url=http://loveepicentre.com/user/xhornydevil69/]xhornydevil69[/url] virtual bleach dating