BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

+ blOg p3Perak nak tutuP..!! +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

genaplah 6 bulan usia SEBUAH PERHENTIAN..
kini, aku ingin melabuhkan tirai..
menutup catatan lama..
dan bermula la pengembaraan GENG UPIN IPIN..
memburu sekeping impian..
mengejar cita-cita..
demi SEBUAH KEJAYAAN..
disini jua la aku melepaskan lelah..
selepas seharian perjalanan..
tiba masanya, SEBUAH PERHENTIAN mengundur diri..
memberi laluan tahun 2010..

tak reti dah nk smbung.. spe berani, try la..
ini entry terakhir aku utk tahun 2009 je..
thn depan pun tak lama lg kan, bpe jam je lg..
nanti aku update la.. tajuk entry je gempak..
hahahaha...

p/s: hbz, tak yah la tutup blog, nanti sume followers rindu kamu..

p/s: spe followers ke 100?? berani?? follow la..

p/s: malam ni nak p Dataran Syahbandar.. spe nak join??

Wednesday, December 30, 2009

+ AIR MATA TUMPAH LAGI +

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..

esok lusa, dah nak masuk tahun 2010.. rasa laju je
masa tu berlalu.. umur pun makin hari makin tua..
xtau la nak tulis pe2 pagi2 buta ini.. hari ni dah masuk
hari ke 4 kelas bermula kt UDM.. dah dapat 3 assignment..
advanced betul la.. insyALLAH, sem 6 ini permulaan baru
untuk mengejar cita2..

malam ini, saat entry ini ditulis, air mata tumpah lagi..
apakah salahku..?? memberi harapan pada bukan milikku..
semakin aku ingin menjauhi kaum adam, semakin byk ujian yg ALLAH bg..
apakah dosa ku??

"Ya ALLAH, ringankanlah ujian Mu, supaya aku bisa memperoleh maghfirah dari MU.."

Saturday, December 26, 2009

+ JANGAN PANDAI 'BUAT' JE!! +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

korang dah baca paper belum pagi2 ni??
Eeeeii.. aku geram la tengok news ni.. byk sgt gosip2 pasal aku..
Ooopss.. terlebih suda.. bukan cerita2 pasal aku la yg tersiar..
ni tgok gmbr budak ni..



kasihan sungguh budak ni, baru umur 7 bulan, dh kena dera..
jom baca news ni.. aku copy dr myMetro edisi hari ini 27 Dec 2009..

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.

Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.


***********************************************

spe yang patut dipersalahkan..?? main sedap je nak buat anak, tp x reti nak jaga.. apa kes?? baik tak yah beranak.. sakit 1 hal, skrg ni tak pasal2 kena p ngadap balai polis tu..

sygilah mak, mama, mummy, ibu, umi, abi, walid, ayah, abah korang.. sebab mak bapa kita ni tak dera kita time kecik.. pdhal, dh besar2, menyusahkan diorang lagi.. lu pikirlah sendiri ~ Nabil Raja Lawak 2..

p/s: mOod geram.. cam bodOh je wt budak kecik cm2..

p/s:

+ YeaYY!!! AKU DAPAT ANUGERAH DEKAN SEM NI!! +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

Miss Dell sudah pulih seperti sediakala..
tp, hati aku tetap sakit.. gila apa..
format laptop RM60.. tp bukan semua software
di'install'kan semula.. bodoh betul la..
eeeiiii.. sakitnya jiwa aku..
laptop terus kosong.. ada gk file yg kedai laptop
ni x back up dulu before format..
pas 3 hari baru siap format, tu pun aku asyik call je..
klu x call, burn terus la kot..
hampehh...


[bermula lagi sem baru]

kpd teman2 bloggers, selamat masuk sem baru..
selamat tahun baru..
sure result final exam korang sem lepas dh
keluar kan?? korang dapat bpe??
tajuk entry je gempak.. result aku tak gempak mana pun..
belum mencapai sasaran utama lg nak dapat DL sem ni..
tp, still ada peningkatan utk result kali ni..
alhamdulillah..

p/s: tak reti nak format laptop sendiri.. ada
tak spe2 leh tolong ajarkan..?? [simpati la..]

p/s: result korang cmne ek??

Wednesday, December 23, 2009

+ VOTE FOR ME!! [due date 24 Nov 2009] +



Assalammualaikum..
salam 1 Malaysia..

dh 1 minggu tak update blog.. broadband wt hal..
nasib badan la.. kpd yg sudi klik2 Mr. Nuff, dont worry, pasni
aku leh continue utk klik2 Mr. Nuff korang plak..

1 lg, pd semua yg rajin masuk blog ini, leh undi p3perak kt blog BroFramestone..
korang leh klik kt [sini]...

p/s: vote for me!!

p/s: result tak keluar lg..

Sunday, December 13, 2009

+ I LOVE U, APAKAH DOA ANDA?? +

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

dh 2-3 hari x update blog.. lawat2 blog org lain, then turun g gerai tolong family niaga.. sO, xde la bosan sgt dok umah cuiti ni.. heheheh.. aku suka kt entry ni.. my ex yg kasi dulu.. sumber tu, aku tak pasti dr mne plak..



Apakah doa kamu?"

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh
membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal
mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru.
Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh,
mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang
diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan
wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam
sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk
mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah
dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut
kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya
kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki
yang soleh akan menyuruh, malah kekadang
sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya
solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat,
sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan
suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si
suami kejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si
gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat
lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat
tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam
mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang
soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah
atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau
berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh
akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada
isteri kurang senang dengan perkara begini.
Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat
suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda
bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah
sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang
hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara
program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar
untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki
halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam.
Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda
dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara
hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid
sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak
suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua
ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya
melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan
sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda
mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada
ibunya), bila dah dapat, anda marah pula!
Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-
mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam
perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan
segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah
beri barang-barang mewah seperti rumah besar,
kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan
keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang
tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh,
tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada
maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu
perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini
memang mana-mana perempuan pantang, malah
membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu
anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai
oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat
suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang
dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh
tidak dapat memberikan sebahagian besar
daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak
perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana
doa untuk mendapatkan suami yang soleh,
mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-
isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan
pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya
mereka memilih akhirat.

p/s: yang baik dgn yang baik.. yang utk yang jahat..

p/s: doa korang apa plak??

Wednesday, December 9, 2009

+ BFundi Broframestone dengan p3Perak +


Salam 1 Malaysia...

sempena tahun baru yang bakal kunjung tiba, ingin ku coretkan senaskah bicara buat peringatan diriku yang hina ini dan teman seperjuangan yang lain.. rata-rata masyarakat kita hari ini terlalu obses dengan konsert sana sini sempena kedatangan tahun 2010..

benar katamu, teman.. tahun baru tidak datang berulang.. setiap tahun, ia silih berganti.. tapi, adakah kau jua mengerti, hidup manusia juga tidak akan berputar kembali..?? hidup mesti enjoy beb!! Ohh..dahsyat sungguh kau bermain dengan kata-kata.. semoga kita ada impian dan azam masing-masing dalam menempuh setiap onak dan liku kehidupan di alam fana dunia dengan penuh kesungguhan dan iltizam..


entry ini ditulis bukan semata-mata menyahut cabaran daripada BroFramestone,
malah ianya sebagai 1 platform untuk aku terus mengorak langkah dan terus berdiri tanpa diperlekehkan siapa diriku yang sebenar.. apakah azam kalian??
Inilah azam ku, sebagai guideline untuk hidupku supaya perjalanan hidup ini sentiasa terarah...

1) Azzam
~ korang kenal tak budak ini? Yes, adik Azzam, peserta dalam Idola Kecil 2 TV9.. aku suka cara budak ini, even baru 12 tahun, tapi aku rasa performance dia best every week.. aku teringin nak g jumpa budak ini, nak tengok show dia live.. kot2 la leh buat adik angkat terus ke.. [sambil menyelam minum air?? Tak gitu..]

2) grad[2011] with cgpa 3.50 above
~ aku nak jadi budak skema kat U.. pasni no more futsal, bola jaring n badminton.. dah sem 6 la, nak fokus 100% pada study.. aku nak grad dengan ijazah kelas pertama.. anjakan paradigma gitu! mak aku cakap, “kalau result teruk, tak leh kahwin..” ohhHh.. tidak!! aku mau kahwin sih, sama itu kekasih gelapku [ntah la, still mencari calon lg.. hahaha]

3) yes, i’m migrain girl
~ aku la budak migrain yang pengsan dalam kelas.. [cam bangga plak..] 2010 permulaan untuk aku terus melangkah dengan bergaya, sebab aku nak lari dari hospital, tak nak follow up appoinment dengan doktor pakar.. yes! Yes! No more ubat2, cucuk sini sana.. dah penat la.. [doktor2 cinta, bebaskanlah aku..]

4) try to finish “DIA CINTAKU”
~ actually, impian aku sebenar adalah untuk menjadi novelis gitu, tapi at the same time, aku terpaksa pilih untuk menjadi seorang akauntan [bakal..].. jadi, tak salah aku punyai hobi untuk berkarya.. aku nak siapkan novel ini secepat mungkin, then nak jual pada semua bloggers.. khas kat korang, aku kasi special offer..

5) kereta
~ iyep, aku sedang berusaha membodek abah untuk dapatkan sebuah kereta, at least kancil pun dah ok.. senang nak g praktikal sem 7 nanti.. tapi, cam susah je nak dapat.. aku dah try kumpul duit biasiswa yang JPA kasi, tapi tak lepas pun nak wat payment.. mudah-mudahan 5 April 2010, abah hadiahkan aku sebuah kereta.. hehehe..

Mengapa kalian ber’blog’? masing-masing ada jawapannya tersendiri.. aku juga seperti kalian, mempunyai sebuah blog, mencoretkan setiap liku-liku kehidupan ini, hanya sekadar intipan dan perkongsian buat kita.. dunia ini hanya perhentian semata-mata.. aku mengejar ilmu duniawi sebagai bekalan untuk akhirat kelak.. apakah matlamat kalian??

Sebuah Perhentian ini merupakan perhentian dan singgahan sementara untuk aku terus memperbaiki diri dan mencari siapakah aku.. aku bertatih dari awal dalam pembikinan sebuah perhentian, bermula dengan umpatan dan kejian, aku terus mengukir bait-bait perkataan demi menutup suara-suara sumbang itu.. di sini jua, aku bertemu cinta sejatiku.. ya, aku cintakan ilmu.. bagiku, ilmu di dada masih belum cukup sempurna untuk melangkah jauh.. inilah permulaan aku di alam maya ini.. Terlalu asyik aku bersama sebuah perhentian.. kini, 6 bulan telah berlalu.. sebuah perhentian masih wujud sebagai satu wadah perkongsian.. dahulunya kosong, kini ada pengisian walaupun sekadar gurauan dan pandangan.. jutaan terima kasih kepada kalian yang terus memberi komen dan meluahkanpandangan bersamaku..

maka, terciptalah satu puisi SEBUAH PERHENTIAN buat kalian, sebagai buah tangan dariku di sini untuk membalas jasa baik kalian..

Inilah destinasiku
Ianya berdenyut seperti nadiku
Setiap hari-hari yang aku lalui
Pastinya, di sini aku akan berhenti
Ya, berhenti untuk mencoretkan pengalamanku
Sebagai iktibar dan perkongsian
Bukan tatapan dan komen semata-mata
Itulah matlamat perjalanan aku di sini
Membingkis bait-bait perkataan
Selagi hayat dikandung badan..

Sebuah perhentian
Usianya hampir menjangkau 6 bulan
Terlalu mentah untuk berkarya
Bangga aku melihat kalian
Penulisan yang penuh beremosi
Kata-kata yang penuh asyik
Ada saja isinya
Ya, aku ingin menjadi seperti kalian
Mempunyai blog yang begitu indah
Sebagai rumah kedua
Bercerita itu dan ini..

Langkah diatur dan terus bermula
Bermula dengan pasaknya iman
Syariat disanjung, agama dijunjung
Maka, lahirlah sebuah perhentian
Di ruangan ini aku titipkan pelbagai agenda
Kisah suka dan duka
Liku-liku hidup yang penuh ranjau
Perasaan cinta dan sayangku
Kisah-kisah teladan para pejuang Islam
Dengan satu pengharapan
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati..
Kata orang
Kejayaan bermula dengan langkah pertama
Usia bukan penghalang bagiku
Terima kasih teman-teman
Bermula di sini aku mengenali kalian
Berkongsi itu dan ini
Terlalu banyak aku pelajari
Kalian tidak lokek untuk menegur segala kekhilafanku
Malah, berbesar hati untuk menghulur jasa
Madah ini juga untuk kalian
Sebagai tanda ingatan dariku..

Kaki terus mengorak langkah
Walaupun ada saja yang mengkritik
Namun, ini semua semangat buatku
Untuk aku terus berkarya
Kerana itu minatku
Aku tidak pernah bosan melayaninya
Ada saja modal untuk aku bercerita padanya
Inilah teman akrabku
Untuk aku terus memuntahkan segalanya
Hanya kerana destinasiku
Sebuah Perhentian..


~p3perak

Finally;
“BroFramstone merupakan seorang blogger yang tidak pernah lokek dalam memberi idea-idea baru untuk terus berkarya ..“