BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 9, 2009

+ BFundi Broframestone dengan p3Perak +


Salam 1 Malaysia...

sempena tahun baru yang bakal kunjung tiba, ingin ku coretkan senaskah bicara buat peringatan diriku yang hina ini dan teman seperjuangan yang lain.. rata-rata masyarakat kita hari ini terlalu obses dengan konsert sana sini sempena kedatangan tahun 2010..

benar katamu, teman.. tahun baru tidak datang berulang.. setiap tahun, ia silih berganti.. tapi, adakah kau jua mengerti, hidup manusia juga tidak akan berputar kembali..?? hidup mesti enjoy beb!! Ohh..dahsyat sungguh kau bermain dengan kata-kata.. semoga kita ada impian dan azam masing-masing dalam menempuh setiap onak dan liku kehidupan di alam fana dunia dengan penuh kesungguhan dan iltizam..


entry ini ditulis bukan semata-mata menyahut cabaran daripada BroFramestone,
malah ianya sebagai 1 platform untuk aku terus mengorak langkah dan terus berdiri tanpa diperlekehkan siapa diriku yang sebenar.. apakah azam kalian??
Inilah azam ku, sebagai guideline untuk hidupku supaya perjalanan hidup ini sentiasa terarah...

1) Azzam
~ korang kenal tak budak ini? Yes, adik Azzam, peserta dalam Idola Kecil 2 TV9.. aku suka cara budak ini, even baru 12 tahun, tapi aku rasa performance dia best every week.. aku teringin nak g jumpa budak ini, nak tengok show dia live.. kot2 la leh buat adik angkat terus ke.. [sambil menyelam minum air?? Tak gitu..]

2) grad[2011] with cgpa 3.50 above
~ aku nak jadi budak skema kat U.. pasni no more futsal, bola jaring n badminton.. dah sem 6 la, nak fokus 100% pada study.. aku nak grad dengan ijazah kelas pertama.. anjakan paradigma gitu! mak aku cakap, “kalau result teruk, tak leh kahwin..” ohhHh.. tidak!! aku mau kahwin sih, sama itu kekasih gelapku [ntah la, still mencari calon lg.. hahaha]

3) yes, i’m migrain girl
~ aku la budak migrain yang pengsan dalam kelas.. [cam bangga plak..] 2010 permulaan untuk aku terus melangkah dengan bergaya, sebab aku nak lari dari hospital, tak nak follow up appoinment dengan doktor pakar.. yes! Yes! No more ubat2, cucuk sini sana.. dah penat la.. [doktor2 cinta, bebaskanlah aku..]

4) try to finish “DIA CINTAKU”
~ actually, impian aku sebenar adalah untuk menjadi novelis gitu, tapi at the same time, aku terpaksa pilih untuk menjadi seorang akauntan [bakal..].. jadi, tak salah aku punyai hobi untuk berkarya.. aku nak siapkan novel ini secepat mungkin, then nak jual pada semua bloggers.. khas kat korang, aku kasi special offer..

5) kereta
~ iyep, aku sedang berusaha membodek abah untuk dapatkan sebuah kereta, at least kancil pun dah ok.. senang nak g praktikal sem 7 nanti.. tapi, cam susah je nak dapat.. aku dah try kumpul duit biasiswa yang JPA kasi, tapi tak lepas pun nak wat payment.. mudah-mudahan 5 April 2010, abah hadiahkan aku sebuah kereta.. hehehe..

Mengapa kalian ber’blog’? masing-masing ada jawapannya tersendiri.. aku juga seperti kalian, mempunyai sebuah blog, mencoretkan setiap liku-liku kehidupan ini, hanya sekadar intipan dan perkongsian buat kita.. dunia ini hanya perhentian semata-mata.. aku mengejar ilmu duniawi sebagai bekalan untuk akhirat kelak.. apakah matlamat kalian??

Sebuah Perhentian ini merupakan perhentian dan singgahan sementara untuk aku terus memperbaiki diri dan mencari siapakah aku.. aku bertatih dari awal dalam pembikinan sebuah perhentian, bermula dengan umpatan dan kejian, aku terus mengukir bait-bait perkataan demi menutup suara-suara sumbang itu.. di sini jua, aku bertemu cinta sejatiku.. ya, aku cintakan ilmu.. bagiku, ilmu di dada masih belum cukup sempurna untuk melangkah jauh.. inilah permulaan aku di alam maya ini.. Terlalu asyik aku bersama sebuah perhentian.. kini, 6 bulan telah berlalu.. sebuah perhentian masih wujud sebagai satu wadah perkongsian.. dahulunya kosong, kini ada pengisian walaupun sekadar gurauan dan pandangan.. jutaan terima kasih kepada kalian yang terus memberi komen dan meluahkanpandangan bersamaku..

maka, terciptalah satu puisi SEBUAH PERHENTIAN buat kalian, sebagai buah tangan dariku di sini untuk membalas jasa baik kalian..

Inilah destinasiku
Ianya berdenyut seperti nadiku
Setiap hari-hari yang aku lalui
Pastinya, di sini aku akan berhenti
Ya, berhenti untuk mencoretkan pengalamanku
Sebagai iktibar dan perkongsian
Bukan tatapan dan komen semata-mata
Itulah matlamat perjalanan aku di sini
Membingkis bait-bait perkataan
Selagi hayat dikandung badan..

Sebuah perhentian
Usianya hampir menjangkau 6 bulan
Terlalu mentah untuk berkarya
Bangga aku melihat kalian
Penulisan yang penuh beremosi
Kata-kata yang penuh asyik
Ada saja isinya
Ya, aku ingin menjadi seperti kalian
Mempunyai blog yang begitu indah
Sebagai rumah kedua
Bercerita itu dan ini..

Langkah diatur dan terus bermula
Bermula dengan pasaknya iman
Syariat disanjung, agama dijunjung
Maka, lahirlah sebuah perhentian
Di ruangan ini aku titipkan pelbagai agenda
Kisah suka dan duka
Liku-liku hidup yang penuh ranjau
Perasaan cinta dan sayangku
Kisah-kisah teladan para pejuang Islam
Dengan satu pengharapan
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati..
Kata orang
Kejayaan bermula dengan langkah pertama
Usia bukan penghalang bagiku
Terima kasih teman-teman
Bermula di sini aku mengenali kalian
Berkongsi itu dan ini
Terlalu banyak aku pelajari
Kalian tidak lokek untuk menegur segala kekhilafanku
Malah, berbesar hati untuk menghulur jasa
Madah ini juga untuk kalian
Sebagai tanda ingatan dariku..

Kaki terus mengorak langkah
Walaupun ada saja yang mengkritik
Namun, ini semua semangat buatku
Untuk aku terus berkarya
Kerana itu minatku
Aku tidak pernah bosan melayaninya
Ada saja modal untuk aku bercerita padanya
Inilah teman akrabku
Untuk aku terus memuntahkan segalanya
Hanya kerana destinasiku
Sebuah Perhentian..


~p3perak

Finally;
“BroFramstone merupakan seorang blogger yang tidak pernah lokek dalam memberi idea-idea baru untuk terus berkarya ..“

15 comments:

Dak Wan said...

Kalau nak carik kereta, carik jewr yang secondhand. Murah. Kalau kereta kancil tahun 99 baru RM 5-8k jewr. Kalau nak baru try ushar proton. Boleh keluar tanpa deposit loan 9 tahun.

p3perak said...

To Dak Wan:

iyep2! thanks for that info..
nak g usha2 dulu..
susah nak decide sbnrnya..
sbb monthly my abah yang kena bayar..
hehehehe...

Framestone said...

he..23x nk kereta ek... ish die nie.. bro dulu berlajar..sume jalan kaki je tau huhu...

berlajar berdikari gitew...even bro ade motor pun, bro xbawak g berlajar... syg motor tgl2kan je kat rumah

ok entry sha bro dah usha huhuu

www.broframestone.com

FAIZ FARISH said...

P3Perak. Aku cadangkan, ko beliViva. Murah sket. Abah ko pun taklah pening kepala nak fikir CCM dia. Kancil baru dah stop dikeluarkan rasanya. (Kawan aku cakap). Tapi Skang biasa org amek Viva la. Ko amek je yang 660. Kire okla untk ko yg masih bergelar student tu. Nanti bila dah ada duit skit, boleh tambah aksesori. Takpon ko angkat kete baru. hehe

Decorater [MisS N] said...

mOge sume impian ko tercapai ye...
:)
amiin

p3perak said...

BroFramestone:
bro, cukup syarat x??

p3perak said...

FAIZ FARISH:
Owhh.. tq2!! viva lg murah la ni ek??
try to discuss with my abah..
nak keta baru terus,
tggu ada orang yang nak bg
hantaran kahwin la kot..
hikhik..

p3perak said...

Miss N:
insyALLAH, amiin..
vote utk aku gak
tau!!

atteya azmi said...

sis nk comment kat sini ker?:)

p3perak said...

atteya: ni contest la, syg..
kamu kena kasi undi..
iyep.. kt cni or kt blog BroFramestone..
nape kamu xnk join, sis??

alaqim said...

rasenyer viva lagi ok...
harganyer pun ok...
semua ok..

p3perak said...

To alaqim..
tq for that advice..
still discuss with my abah lg..

Framestone said...

rasanya ok dah nie..xde pe2 masalah huhuu

out of topic--> he..23x tp yg bro bgtau teu sikit je.. xsemua senarai lelaki bro letak huhuuh... pe2 pun even dorg buruk..pasti ada kebaikannya

www.broframestone.com

p3perak said...

erk??
x faham la, bro..

Framestone said...

BFundi sudah bermula..... Bro sebarkan maklumat ini kepada mereka yang berjaya dipilih secara lazat, ranggup & segar untuk menyertai contest bro tanpa kompromi

Apa yang perlu dibuat oleh calon-calon

1. Promote diri anda untuk diundi di blog bro sepanjang tempoh mengundi. Harap tiada sesiapa memspamkan chatbox or blog org len semata2 meraih undi.
2. Setiap pengundi boleh memetik 3 nama calon untuk mewakili 1 undi setiap seorang.
3. Pastikan mereka mempunyai blog & email yang benar2 wujud
4. pengundi hantu akan dianngap undi rosak (mereka yang mengundi mengunakan blog & emailyang berbeza sedangkan mereka individu yang sama)
5. Boleh mengundi diri sendiri asalkan nama mmg tercalon (bg yang gatai mengundi diri sendiri tapi tidak tercalon, secara tiada kompromi akan dianggap undi rosak.

Ruangan mengundi akan di buka pada pukul 8 pagi 20th . Bersiap sedia la ek

Tempoh mengundi di antara 20-24 Desember 2009

Mereka boleh mengundi di http://www.broframestone.com/2009/12/bfundi-bloggers-dengan-broframestone/