BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 30, 2010

+ BILA LELAKI PULA MENGADA +


lelaki idaman malaya ~ gambar di curik dari puan google pregnant


Kalau perempuan majOk still cOmel kan

Sebab perempuan kurang kasih sayang

Perhatian kalahkan puan google pregnant

Tapi bila lelaki tibatiba pula nak mengada-ngada

Huhh.. bukan aku la perempuan itu yang nak layan


situasi 1: sms

lelaki: awk, saya demam panas la, asyik panas je badan ni.. hukhuk :(

perempuan: p la klinik

lelaki: tak nak la.. kesian la kat kita.. nak awak la...

perempuan: delete sms itu!


situasi 2: call

lelaki: awk, sy penat la.. banyak keja.. badan panas.. [baca dalam irama geli2 ~ nada]
*siap bunyi2 gedik, suara pOn x jelas*

perempuan: hello! hello! ada orang tak? tak dengar la.. sila cuba sebentar lagi

Personally, aku lebih suka lelaki matang

Lelaki yang tak mengada-ngada

Tapi suka mengadu masalah dengan cara berhemat

Bukan lelaki mengada-ngada yang nak perhatian

Tak payah la nak report sakit pening bagai

Tips untuk lelaki yang mahu perempuan prihatin

Si perempuan akan msg bila si lelaki senyap selama 1 minggu

Bila bercakap kat telepon

Bunyi batuk je, si perempuan itu akan tanya

Kenapa batuk? bila start batuk? dah makan ubat?

Si perempuan akan sentiasa ingatkan untuk makan ubat bagai

Dah menglahkan ibu si lelaki

Siap suruh 3G lagi bukti bila si lelaki dah makan ubat

Si perempuan itu adalah aku

Sebab aku adalah si perempuan yang caring bagai itu

Dan bukan taste aku lelaki yang mengada itu

Ada ciri2 mengada tak?

Sila tinggalkan resume untuk proses penyingkiran





Wednesday, April 28, 2010

+ KINI BERSTATUS +


Huh.. dah lama aku menanti detik ini

Satu demi satu cabaran aku kena tempuh

Bukan mudah bergelar manusia berstatus

Masih ada yang sudi

Masih ada yang hadir untuk terus menyokong

Bukan mudah untuk membuat keputusan

Mak abah harus diutamakan

Pelajaran masih berbaki sebelum memiliki segulung ijazah

Apakah tindakan ini betul?

Adakah tepat sehingga tidak menyakiti hatimu, syg?

Ahh.. aku lebih rela menerima cinta yang ikhlas

Daripada cinta dusta yang kau pernah mainkan

Aku yakin dengan keputusan ini

Pilihan yang terbaik dalam hidup

Keputusan yang memberi manfaat kepada semua

Terimalah bahawa.....

Aku kini bergelar full-time bloggers

Untuk 7 bulan ini aku mengikat kontrak

Sebelum bermula semester akhir

Sudilah kiranya meninggalkan url blog kalian

Menjadi teman dan sahabat kepada P3Perak's Page....


NotaKakiKiri: Aku ingin membawa diri pulang ke Perak malam ini, doakan perjalanan aku.. Ampukan segala salah silap andai ini pertemuan kita yang terakhir.. Semoga maghfirah ALLAH sentiasa bersama kita.. Jika sudi untuk ber-exchange-link dengan p3perak, tinggalkan resume di bahagian komen, nama femes dan jantina untuk memudahkan proses peminangan pembahagian status.. hehehehe..

Jalan cerita gempak?




Tuesday, April 27, 2010

+ Surat Cinta Untuk Kamu +

>

Tajuk: Surat Cinta Kita Kepada Kamu

Kehadapan kamu yang kita sayang, yang kita rindu setiap saat.. Semoga kamu sihat yer.. Kita tengah sakit.. Tapi, kita tak suka kamu risaukan pasal kita, kita tak nak simpati dari kamu lagi..

Kamu, semalam kita mimpi lagi pasal kamu.. Suara kamu, gelak kamu, nakal kamu.. hehehe.. Kita rindu kamu sangat2.. Mak kita cakap, jangan beri rindu pada kamu, sebab kamu tak pernah nak merindui kita.. Tapi, kita beritahu kat mak kita, rindu kita pada kamu seorang selain yang hakiki pada Sang Pencipta.. Mak kita senyap.. Kamu, kita tahu, seabad ini, hanya kita yang tepuk sebelah tangan.. Tapi, kita tak pernah nak marah kamu.. Sebab kita tahu kita tak layak untuk kamu.. Kamu sempurna pada setiap pandangan mata hati hawa.. Kita pernah sepi dari kamu, tapi, kamu datang dalam hati kita.. Ohh.. kamu nak try kita yer?? Tu je kita fikir time tu..

Kamu, mata kita penat sangat.. Kamu, nampak kita nangis tak?? Dulu kamu sapu air mata kita.. Kamu janji nak bagii kita gembira.. Kamu nak kita sentiasa tersenyum.. Kamu tak nak tengok kita nangis2 lagi.. Kita suke cara kamu.. Kamu, dalam surat ini, kita nak beritahu kamu, kita terjatuh cinta pada kamu.. Kita tak pernah di belai, kita tak pernah diberi kasih seindah itu.. Kita nangis sebab kita gembira sangat masa tu.. Sorry, kita pergi toilet tadi.. Kita rasa nak muntah.. Tapi, tak muntah pula, cuma kepala kita sakit lagi..

Kamu, kita tulis surat ini bertujuan nak beritahu kamu, apa yang kita rasa.. Kita pernah tulis puisi, tapi kamu kata itu bukan tulisan kita.. Sekarang, kamu dah tau kita ada blog, kalau kamu sudi, kamu lawat la kita kat blog.. Kita dah deactive akaun facebook, kita dah tukar tukar id yahoo.. Kamu, maafkan kita.. Kita sayang kamu, tapi kita tak pernah nak tinggalkan kamu.. Kita buat semua ini, untuk kita dapat jaga hati kamu, kita tak mahu kamu tertekan lagi.. Opah kita pesan, kalau sayang kamu, buat kamu gembira.. Jangan bagi kamu sedih dan bersedih.. Kamu selalu cakap kamu ok.. Kita kenal kamu, luaran je nampak tenang, tapi dalam hati kamu penuh cerita.. Kita tahu kamu selalu menangis macam kita, tapi kamu menangis kerana kamu teringat dekat si dia, bukan kerana kita.. Kita tak pernah marah kamu pun..

Kamu, kita sakit perut.. Kita takut kita tak dapat nak habiskan tulis surat ini pada kamu.. Tapi, kita cuba yer.. Kamu mesti nak dengar apa yang kita rasa lagi.. Kamu, kita suka lagu ini “The Rest Of My Life”.. Nasib baik kamu jauh dari kita, tapi kamu boleh download lagu ini dekat youtube tahu.. Kamu hayatilah lagu ini.. Sesuai dengan jiwa kita saat ini..

Banyakkan kita cakap, tapi kamu kena baca sampai habis.. Kita takut lepas ini kita tidak hantar lagi surat dekat kamu lagi macam hari2 yang sebelum ini kita buat.. Kita tidak tahu apa jadi pula lepas ini.. Mula2 kamu beritahu kamu nak kahwin, tapi kita tak pernah nak kisah kamu nak kahwin dengan siapa.. Cuma, kita kisah bila kamu beritahu secara umum, kita cuma takut tidak boleh hadapi perpisahan itu.. Sebab, bila kamu kahwin, sakit pening kamu, dia yang jaga kamu.. Kita dah tidak boleh nak pos ubat, nak ingatkan kamu untuk makan ubat, nak paksa kamu makan ubat, nak minta kamu bukti sebab kamu makan ubat.. Kita rindu semua itu.. Sebenarnya, kita cuma nak tengok gambar kamu.. hehehe.. Gatalkan kita..

Kamu, kita penat nak tulis.. Tapi kita nak tulis juga yang seterusnya.. Lepas itu kita pernah nak perli kamu.. Tibatiba, mama kamu sound kita.. Kamu, thanks sebab selamatkan keadaan time tu.. Seterusnya, kita jadi perhatian.. Kawan kamu nak kawan dengan kamu.. Dari penyamaran dia, kamu kata dia mungkin ex kamu.. Dia desak kita untuk tahu siapa kita.. Siapa kamu di hati kita? Macam mana kita berkenalan dengan kamu.. Kamu, kita wujud sebagai kawan baik kamu selepas dia tinggalkan kamu.. Kalau kita tahu dia masih inginkan kamu untuk kelahiran ini, kita tidak mungkin pernah bersahabat dengan kamu.. Bila dia desak kita macam itu, kita nak beritahu dia, Kita Sayang Kamu.. Kita Cinta Kamu.. Sebab kamu beritahu kita, jawab dengan jujur apa yang ex kamu tanya, jangan berselindung.. Itu jawapan jujur kita, kamu..

Tadi kita ym dengan kamu, kamu ingat lagikan? 20 minit lepas, tapi, tibatiba kita emo, kita terus je i’m mobile.. Kita rasa bodoh, kita tak tahu nak bezakan antara sayang dengan cinta, antara sahabat dah kekasih.. Dalam masa kita menagih kasih kamu, kamu masih terus bersama dia, hantar bekalan nasi tak kira masa.. Setiap hari.. Kena baru malam ini kamu beritahu kita? Kita tanya kamu, kamu sayang dia lagi ke? Kamu masih berkira kira.. Tibatiba kamu kata kamu sayang dia.. Tapi, lepas peristiwa 2 tahun lepas, dia curang dengan kamu, kamu terus tidak sayang dia.. Kita tanya lagi, kamu sayang dia dari hati kamu, atau kamu benci dia menurut nafsu kamu? Kamu kata kamu tak faham, tapi kita tahu, itu alasan kamu.. Kamu tak nak kita nangiskan? Hehehe.. Kamu sangat baik.. Walaupun itu hanya perasaan kita perasan..

Kamu, kita takut nak ambil keputusan ini.. Tapi, ini yang terbaik antara kamu dan dia, antara kita dan kamu.. Kamu beritahu kita, dia nak kamu kembali.. Masa itu kita tak tahu nak tulis apa dekat ym.. Tapi, kita kuat.. Kita tak nangis lagi.. Kamu pun cakap, “kita kan kawan”.. Yer, kita kawan kamu! Tapi, tibatiba kita ter-taip, macam mana kalau kita lebih dari kawan.. Kamu terus senyap.. Lepas tu, kamu beritahu kita, kamu masih tak ada jawapan yang TEPAT.. Kita tanya kamu lagi, apa jawapan yang tak TEPAT itu, kita nak dengar.. Kamu terus tanya soalan lain.. Kita tengah buat apa time tu.. Kita jawablah, kita tunggu jawapan yang tak tepat itu dari kamu.. Kamu terus senyap.. Kita pun cakap, kita ini dah tak apa2 nilai sahabat pada kamu, terus kamu cakap, kamu tak faham dengan perangai kita sekarang.. Kenapa kita emo tak tentu pasal, padahal antara kamu dengan kita tak ada perasaan lebih dari sahabat.. Suatu hari nanti, kamu akan faham persoalan kenapa itu.. Kata abah, manusia akan hargai erti perpisahan bila masing masing pergi..Pergi jauh dan terlalu jauh.. Kamu, kita anak abah.. Kita nak dengar cakap abah.. Kita nak pergi jauh, kita tak nak kejar bayang bayang kamu lagi, sebab realiti, kita tak mungkin menjadi milik kamu..

Kamu, kita rindu ALLAH.. Jahil sangat rasa bila kita mengadu dekat kamu, tapi kamu tak dengar.. Lebih baik kita mengadu dekat ALLAH, ALLAH yang boleh bantu kita mencari konklusi ini.. Kamu, kita nak beritahu satu benda, jangan sebab kisah semalam, kamu masih biarkan hati kamu terus dikunci.. Tertutup rapat untuk hawa.. Kita tahu, kita tak akan mungkin menjadi hawa itu, tapi, berilah peluang kepada hawa hawa lain, yang mengharapkan cinta insani dari kamu.. Kamu, teringin rasa kita nak letak gambar kamu dan kita dalam surat ini, tapi kita tak pernah simpan gambar kamu, kita Cuma tatap gambar kamu dekat facebook.. Bila surat ini siap, kita tak tahu nak bagi dekat posmen atau tak.. Kita takut nak ganngu emosi kamu lagi time final exam ini..

Kamu, sorry.. Kita lapar, kita makan roti sikit.. Jam dah pukul 3.30 pagi.. Time ini, kamu ingat kita tak dekat sana? Kita gatal nak on ym, kita tengok kamu invi.. Kita tahu taktik kamu.. Kamu tipu kita, kamu kata nak tidur, kepala kamu sakit.. Tapi, apa yang kamu buat sekarang ini, dah lewat.. Kamu bersama dia ke??

Monday, April 26, 2010

+ Bloggers Adalah Kekasih Setia +

Assalammualaikum..
Salam 1 M'sia..

Lately, ramai blOggers yang putus cinta..
*refers on bloggers yang tak kawen lg* kOrang perasan?? tak kisah la, cinta 1st ke? 2nd ke? 3rd ke? putus sebab orang ke 3 ke, ke 4 ke, ke 10 sekalipOn.. time tu pula study week, nak final exam.. Uishh.. serius, benda ini bOleh effect CGPA.. personally, aku pernah alami, sebab tu aku tau.. alhamdulillah, aku amik masa 1 tahun, baru bOleh recOver cinta selama 6 bulan itu.. mungkin ada sinar cinta baru yang lebih kekal pula lepas ini.. sebab aku mahu menuju konsep 1 Keprihatinan, makanya, aku nak share la sepatah dua perkataan..



said "WELCOME A NEW LOVE"

1) Jaga Diri Sendiri
Bila putus cinta je, semua dah tak terurus
Makan minum, penampilan diri, kesihatan
Hey, guys! mudah sangatkan kita meratapi perpisahan insani
Cakap dalam diri korang, "I still laku lagi ok, U tolak I hari ini, I pasti akan jumpa cinta baru esOk.. jadi, I tetap akan terus melaram tapi, bukan untuk U, untuk bakal kekasih baru I.."

2) Jual Mahal
Bila dah putus, masing2 akan rindu.. tibatiba je bOleh rasa menyesal.. pas2 send
mms, sms, 3G bagai, nak minta maaf, nak kembali bersatu
I tak boleh lupa U, merajuk manja U, gelak nangis U..
ahhh.. semua itu cuma mainan untuk kali kedua
Cakap dalam diri korang, "I tak akan pernah jilat ludah
I semata2 mainan palsu U.. tahniah, hari ini dan selamanya
I tak akan kembali bersatu dengan U, kenalkan ini gf/bf baru I.."

3) Jangan Paksa Cinta
Biarkan cinta itu hadir, bukan dalam paksaan tapi dalam kerelaan
Semua manusia inginkan teman, hidup bahagia
Ambil masa yang lama untuk saling kenali cinta baru
Jangan biarkan sejarah silam berulang
Cakap dalam diri korang, "I adalah kekasih setia.."

4) Kasi Warning
Selagi ada jodoh, semua inginkan kebahagian sampai ke akhir hayat..
Cakap dalam diri korang, " I bercinta dengan U, bukan sekadar gurauan atau mengisi kekosongan, tapi I bercinta dengan U kerana I
mahukan U menjadi ibu/bapa yang terbaik kepada anakanak I..
kalau U tak nak nikah dengan I, sila blah!!"

5) Jiwa Taman
Even pernah termain atau di mainkan, jangan anggap
laki/perempuan
semua sama..
Kenapa perempuan kecewa?? sebab lelaki kan??
Kenapa lelaki kecewa?? sebab perempuan kan??
ketidakadilan berlaku tatkala lelaki masih di belenggu permainan si gadis curang,
and directly terus tutup pintu hati buat manamana gadis yang
masih belum dinodai oleh cinta laki lain..
Cakap dalam diri korang, " U, biarpOn muka I buruk, tapi dalam hati I ada taman.."

6) Setia
Setia selagi mana si dia setia dan menjaga hubungan yang baru..
Cakap dalam diri korang, "Klu U curang, I boleh 10 kali ganda
curang dengan U.. I lagi femes dari U
kerana I seorang blOggers idaman gadis/teruna.."


Step akhir;
Ulang proses 1~6
selagi masih belum temui cinta sejati..




Nota Cinta:
biarkan cinta itu hadir kerana ALLAH, pastinya ia kekal milik kita.. cinta perlu dicari, bukan hanya ucapan bibir.. cinta sejati adalah cinta sampai mati.. cinta bukan terkorban, tapi perlu berkorban di jalanNya..




BLOGGERS ADALAH KEKASIH SETIA KERANA MASIH MENGUPDATE BLOG, tak kira bersedih, bergembira, bersama dan berpisah, blOg adalah kekasih yang saban saat dirindui sepanjang masa..

Thursday, April 22, 2010

+ CINTA TIDAK MEMERLUKAN SYARAT +

Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat


Ini bukan puisi, tapi lirik lagu "Cinta Tak Bersyarat ~ Element"..


p/s: cinta x semestinya memiliki insan itu, namun cukup sekadar sebuah senyuman PALSU yang harus diberikan supaya si dia mengerti dan akur untuk mencintai yang selayaknya.. seandainya KEDUKAAN ku ini adalah KEBAHAGIAN untuk mu, aku akur, syg...


Tuesday, April 20, 2010

+ Cara-cara Membuang Janin Di Dalam Kandungan +

Assalammualaikum..
Salam Fil Imtihan..


*sila lihat dengan teliti untuk mengaplikasikannya*


Untuk pertama kalinya P3pERAK Page
mendedahkan bagaimana mahu membuang
janin di dalam kandungan..
Harap maklum kepada
ibu-ibu yang bangang dan bapa-bapa yang dayus sahaja

Mana lagi sakit?
Nak melahirkan atau menggugurkan?

Aku tengOk video ni semalam
Aku yang tak pernah alami pun rasa
Ohh.. aku anak dara lagi ok
Camne la kejamnya
Kaum aku sendiri pula yang buat
Tapi benda ni tak akan jadi kalau kaum laki tak jOin
So, samasama bangang juga

"Ya ALLAH, aku bersyukur kerana aku masih dapat melihat dunia ciptaanMu.. Jauh lebih baik dari anakanak kecil yang sudah cukup sifat di sisi Kau, di buang dan teraniaya.."


Sunday, April 18, 2010

+ Soalan Spot Untuk Semua Bloggers +

Apa itu KEBERANIAN?
Berani jawab test bila belum habis study

Apa itu KETABAHAN?
Tabah bila keluar dewan exam dengan muka blurr tapi still boleh gelakgelak

Apa itu KESABARAN?
Sabar bila tengah bincang jawapan ada yang tak kena

Apa itu KEKACAUAN?
Kacau je bila mood nak study datang tapi gatal nak update blOg



All the best and good luck fOr the next paper..