BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 9, 2010

+ Aku Cinta Kamu KeranaNYA +

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

1st questiOn, kOrang pernah jatuh cinta tak?? sure sume pernah terjatuh cinta, bercinta dan mencintai.. skOp cinta itu luas.. Cinta Kpd DIA, ALLAH YANG AGUNG...
Cinta Kpd Mak Abah.. Cinta sesama makhluk.. inilah fitrah kehidupan manusia..
pOst kali mengenai cOntest lagi.. 4th cOntest yang aku jOin.. it's cOme frOm adik Khai [Ceritera Khai].. jOm try.. aku pertaruhkan karya ini..



"Aku Cinta Kamu KeranaNYA"
..

Cinta itu kadang kala membahagiakan. Walaupun manis, kadang kala terasa pahitnya. Hati selalu tidak ketentuan bila memikirkan cinta. Cinta sukar ditafsirkan, susah untuk difahami dan payah untuk dimengertikan. Hakikat sebenar, cinta hadir tanpa kerelaan. Sekeping kad merah itu masih diratapi, bait-bait yang tertera terus dihayati.


Warkah ini ditujukan khas buat dirimu yang saban waktu ku rindukan belaian kasih sayangmu. Benar katamu, Hawa. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku. Wahai Hawa, seandainya kau mengetahui, aku sentiasa inginkan kebahagiaan yang melingkari hidupmu. Namun apakan daya, aku tidak selayaknya menentukan dalam setiap hal mahupun apa jua perkara lain. Ketahuilah bahawa, setiap yang hidup itu diciptakan ada pasangannya. Sesungguhnya yang terbaik adalah untuk yang terbaik. Itulah janjiNYA.

Pertemuan..
Menghadiahkan kita kasih sayang,
Jika cinta satu pasti bertemu,
Ia tidak ternilai,
Kerna antara hati kita tiada sempadannya lagi,
Yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi,
Kita berpisah hanya sementara,
Kerna pertemuan bukan milik kita,
Jasad dan suara berjauhan senantiasa,
Namun itulah cinta abadi di antara kita,
Biar berpisah selalu derita,
Kerna syurga menagih ujian,
Sedang neraka dipagari oleh nikmat,
Bertemu tidak jemu,
Berpisah tidak gelisah,
Ya ALLAH,
Gembirakan kami dengan redhaMu.

~Adam Farish


Sesekali hati bertanya, siapakah dia di hatiku? Deruan ombak bagaikan menggamit aku ke memori silam. Tempat ini pernahku kunjungi suatu masa dahulu. Ya, insan itulah hadir tatkala aku hampir ketandusan, menongkah arus yang bagai tiada berpenghujungnya. Aku pernah hadir di dalam hatinya, pernah sebati di jiwanya, dan pernah mendambakan cintanya. Ah..rindu bila berpisah sesaat denganmu, apatah lagi buat selama-lamanya. Bisakah hati menanggung lagi cinta yang semakin pudar di hatimu?

Masa berlalu begitu pantas. Aku masih tidak mampu memberi jawapan pada hatiku. Saat ini wajahmu, bicaramu sering aku dambakan. Aku juga bingung dengan permainan yang kita ciptakan, dengan hubungan yang tiada penghujungnya. Kasih yang aku titipkan saban waktu sampai ke nokhtah terakhir, aku pasrah dengan kehidupan ini. Aku bingkas bangun tanpa kau di sisiku. Percayalah, tanpamu, aku masih mampu meneruskan tinta-tinta kehidupan demi maruah diri. Aku tidak akan kalah pada insan yang bernama lelaki!

“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”
~ Farisha Damya





p/s: adik khai, finish!!

p/s: tak ada kaitan antara yang hidup dan mati.. antara yang buta dan celik.. rekaan semata2 berdasarkan pengalaman dr setiap liku yang ditempuh..

p/s: untungnya kalau jumpa adam yang betul2 menyintai hawanya.. kan??

11 comments:

PeJuAnG HiDup said...

1st!! hehehe...

PeJuAnG HiDup said...

cerita yg menarik. jiwang ya p3 ni?

Dak Wan said...

Uiks? Ni entry cintan ke contest? Teman tak paham ah...

p3perak said...

pejuang hidup:
yeayy!!! hr ni kamu 1st..
hikhik..

Oppss.. still single and available
lg la.. x jiwang pun.. rekaan semata2..
bukan best pun cita ni..
tq sudi baca..

p3perak said...

Dak Wan:
ate, ni cOntest la..
cOntest cintan2 adik khai..
moh yOb, jOin cOntest ni..

Jogger said...

mcm biasa... canggih nyer luahan ni..

p3perak said...

Jogger:
hikhik.. mcm biasa..
ikut perkmbgn tknOlogi la kecangihannya tu..
hahahaha...

ASaDa RyutaRo said...

wow..
gud luck pu3..
ingat nk join gak la nti..
tp lom ada mood mengarang ni. hehe

p3perak said...

ASaDa RyutaRo:
jOin2.. klu kamu menang, kita
share hadiah yer..

Deco [MisS N] said...

aku takde ideala....tahap kejiwangan ku d makin berkurang~~~but to tell u the truth,i'm in love! :)

p3perak said...

DecO?? serius ke??
fall in love with spe wey?