BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 13, 2010

+ Terlanjur Cinta +


Sayup malam terasa sepi
Seperti kosong di jiwa
Saat dan ketika ini
Wajah itu silih berganti
Hadir tanpa diundang
Pergi tanpa dipinta
Rindu kembali bertamu
Seakan mengerti sebak dijiwa..

Kasih yang terlukis
Hanya sebentar cuma
Sesaat yang datang
Bukan lagi milik si gadis
Sesaat yang berlalu
Pastinya tangisan yang dihulur
Andai ini yang tercipta
Si gadis akur membawa diri..

Jangan pernah ada dusta
Jangan pernah ada simpati
Itulah kelemahan si gadis
Di saat diri hampir ketandusan
Kau hadir menghapus duka
Menyapu air mata
Membias kata semangat
Semoga senyuman sentiasa terukir..

Kini dan selamanya
Harapan hanya khayalan
Mimpi hanya rekaan
Puisi hanya ciptaan
Sepi terus hadir
Air mata berlinang jua
Semoga masih ada sinar baru
Dalam lipatan sejarah silam
Namamu terukir indah di situ...



4.33 am
14/4/2010

12 comments:

Anonymous said...

1st komen...


by,
Ichiro Akira

abigemok said...

wah2, jiwang gitu.. :D Ko cerita sapa ni, ko ke? sabar2

Sharinginfoz said...

ramai suka bercinta yang penting kena tahu batasannya

Blogging: RM10,000 Sebulan

::FAIZ:: said...

Berpuisi...

ape2 jer said...

hehe...http://www.youtube.com/watch?v=aZmJKHHsI7c&feature=related layan arr ;)

Chaon Cornerz said...

jiwang kat sini.. hehhe..

Dama-Ulan said...

Salam,

Sesungguhnya cinta itu buta..
Cinta yg tak bermata sentiasa inginkan sinar cahaya...

Sesungguhnya manusia juga buta..
Manusia yg buta sentiasa ingin mengisi kekosongan..

Sesungguhnya dunia jua buta..
Dunia yg buta tidak pernah memilih mangsa...

Dalam buta ada celik.. dalam celik ada mata.. dalam mata ada pencaindera..

Jangan salahkan cinta yg berdusta.. jangan salahkan manusia yg berdusta dan jangan salahkan dunia yg berdusta kerana setiap kesalahan yg diletakan itu kepunyaan yg maha Esa...

FIKIR-FIKIRANLAH... sekian

p3perak said...

Ichiro Akira:
1st baca..

Kyuubi_85:
aku kan suka menulis.. bukan cerita aku la..

Sharinginfoz:
betul2!!

Faiz Farish:
novelis yg belum kesampaian lg..

Miss Biol:
yup, dh dgr.. layan..

Chaon:
jiwang ke?? baru intro tu..

Dama Ulan:
thanks..

ftrhd said...

takkan ada cinta sejati selagi manusia tak berpuas hati dengan apa yang dia ada...

(Al-Fatihah) Lepas Arwah Din Beramboi, Kini Achik Spin Pula Meninggalkan Kita

Jimie SC said...

Cinta yg hakiki adalah cinta dari Ilahi,

Cintailah Allah terlebih dahulu nescaya Allah akan berikan kita cinta yg sejati...

p3perak said...

Fitrihadi:
alfatihah buat arwah achik spin

p3perak said...

jimie:
setuju